Pages - Menu

Fun Dance malam Rabu di Rockafella Saujana Utama


Hello Rabu,

Hari Rabu memang hari kesukaan Misz-ella terutamanya malam kerana hari Rabu ialah hari di mana Misz-ella akan menari di lantai tari.



Pre-workout Selfie with Aishah. Aishah ni Misz-ella kenal semasa muda lagi .. masa tu Aiman masih di tadika. Alhamdulillah masih bersahabat sehingga kini. Ukhuwah itu indah.


Post workout foto dengan Zin Zaharah, Cikgu kelas Zumba/Fun Dance setiap malam Rabu. Seronok kelas kak Zaharah, sangat berinteraktif, muzik sangat catchy, step/bunga tarian simple tapi menarik .. kelas Kak Zaharah di Rockafella Dance Studio, Saujana Utama sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap stamina. Misz-ella memang dah kategori high-impact. Kalau lagu slow, Misz-ella rasa macam nak tidur je lepas tu fikiran melayang, berangan lebih kang. Orang kata, jangan pandang belakang .. tapi kalau Misz-ella toleh ke belakang, nampaknya dah hampir 20 tahun Misz-ella bersenam. Dari umur pertengahan 20an, sekarang saya sudah 44 tahun. Alhamdulillah. Syukur Allah beri tenaga, Allah kekalkan minat dan Allah beri rezeki dalam bentuk kasih sayang dan persahabatan melalui sahabat-sahabat fitness saya ini. Walau ramai orang baru, orang lama seperti Misz-ella, Angah, Mieza, Mek Da tetap gagah menghiasi lantai tari. 


Say Hello to Lydia .. Bila tengok Lydia, teringat zaman Misz-ella bersenam semasa muda dulu. Lepas kerja, kelam kabut bergegas pulang ke rumah, sediakan makan malam untuk Aiman, hantar dia ke tuisyen lepas tu Misz-ella ke kelas aerodance. Habis kelas, bergegas pulang ambil Aiman habis kelas. Bukan senang menjadi 'Hawa'. Hawa kena jaga Adam dan zuriatnya, Hawa kena bantu Adam mencari nafkah, Hawa uruskan hal-ehwal rumahtangga, Hawa juga kena bersenam untuk memastikan dia sentiasa sihat dan cergas agar dia boleh berbakti kepada keluarga tercinta. Walau Hawa penat menguruskan semua hal-ehwal rumahtangga dan kerjaya, percayalah jika niat kita baik, Allah akan permudahkan urusan kita. In Sha Allah.


Dan tiba-tiba .. Kc jom kita ambik gambar. Ohhhh .. Alin rupanya. Misz-ella gembira tiap kali nampak muka baru di lantai tari ni. Muda-muda dia orang semua but Alin is not new to me. Dah 4-5 tahun kami berkawan tapi Alin masih baru di lantai tari. Selamat Datang Alin. Semoga istiqomah dan terus bersenam menjaga kesihatan. Kalau agak-agak datang virus 'Malas' pandang wajah suami, pandang wajah anak-anak .. automatik akan datang rasa semangat untuk bersenam dan jadi lebih sihat .. demi mereka ~ kesayangan kita. Sebab masih banyak yang nak kita curahkan kepada keluarga kita .. nak berbakti kepada mereka maka kita tanamkan azam agar kita sentiasa sihat. Doa sahaja tak cukup kena lah usaha, kan. Jom kita bersenam. 

Satu pesanan Misz-ella kalau nak konsisten dan kekal lama dalam senaman ~ Tanamkan niat nak sihat dan nak cergas .. itu yang penting. Kurus tu bonus la, kan. And please remember .. Exercise is suppose to be fun .. not stressful dan bukan memenatkan. Enjoy exercise ~ smile, laugh, clap your hands, shake your body .. move .. interact with the rest. Jadikan senaman sebagai sebahagian dari amalan gaya hidup sihat . Kalau kita tak sayang dan jaga diri kita, siapa lagi, kan. OK ..Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Nak pergi buat kerja yang lebih serius.

Buat mereka yang ingin sertai Kelas-kelas senaman di Rockafella Dance Studio, Saujana Utama, sila hubungi Angah di 012-332 7472. Jom kita sihat sama-sama, demi kita dan kesayangan kita. 




1 comment: