Hello pembaca kesayangan,
Sebelum Misz-ella sambung kisah Ekspresi Media Kenyir 2019, Misz-ella nak kongsi cerita dulu tentang houseboat. Seperti yang Misz-ella maklumkan sebelum ini, di Tasik Kenyir kita boleh pilih samada mahu menginap di resort atau menyewa houseboat.
Terdapat lebih kurang 90 buah houseboat berdaftar di Tasik Kenyir dimana terdapat lebih kurang 60 buah houseboat yang masih aktif. Kesemua houseboat berpengkalan di jeti Pengkalan Gawi. Parking kenderaan anda di Pengkalan Gawi dan bersedialah untuk ekspedisi Back To Nature di Tasik Kenyir dengan menginap di dalam houseboat.
Terdapat lebih kurang 90 buah houseboat berdaftar di Tasik Kenyir dimana terdapat lebih kurang 60 buah houseboat yang masih aktif. Kesemua houseboat berpengkalan di jeti Pengkalan Gawi. Parking kenderaan anda di Pengkalan Gawi dan bersedialah untuk ekspedisi Back To Nature di Tasik Kenyir dengan menginap di dalam houseboat.
Buyong Houseboat adalah penginapan Misz-ella selama 3H/2M di Tasik Kenyir. Houseboat 2 tingkat ini mempunyai 11 buah bilik tidur iaitu 8 bilik tidur biasa di tingkat atas dan 3 bilik tidur VIP di tingkat bawah. Buyong Houseboat boleh menempatkan 25 orang dalam satu masa.
Bilik VIP di tingkat bawah disertakan dengan katil bersaiz Queen berserta dengan bilik air peribadi, penghawa dingin dan kipas.
Di tingkat bawah juga ada dapur yang lengkap dengan peralatan untuk memasak. Memandangkan konsep houseboat ini adalah penginapan di atas air, kita boleh pilih samada mahu sewa houseboat dengan mengambil pakej yang lengkap dengan tukang masak dimana kita tak perlu buat apa-apa, segalanya disediakan atau kita juga boleh memilih untuk masak sendiri. Bahan mentah seperti beras, gula dan sebagainya tidak disediakan *bawa sendiri atau boleh minta tolong pengusaha houseboat belikan*
Di tingkat bawah ada 3 unit bilik air *gambar dari FB Buyong Houseboat*
Di tingkat atas ada ruang rehat yang besar dan selesa, lengkap dengan perabot dan kipas. Disinilah tempat kami berkumpul tiap-tiap malam bersembang santai menimba ilmu tentang Tasik Kenyir ini dan juga tempat kawan-kawan Misz-ella berkaraoke.
Ini adalah laluan ke 8 unit bilik-bilik biasa yang lengkap dengan katil, selimut, bantal dan kipas.
Misz-ella menginap di Bilik No. 1 bersama Hidayah dari Berita Harian. Dia tidur di bawah, saya tidur di katil atas. Lena sungguh tidur malam di atas houseboat walaupun dinding bilik bersempadan dengan ruang rehat dimana kawan-kawan sedang seronok berkaraoke. Tips nak bagi tidur lena - Niat dalam hati nak tidur dan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim .. pejam mata. In sha Allah lena tidur kita.
Setiap bilik ada tingkap. Tiap-tiap pagi Misz-ella berterapi mata dengan pemandangan cantik Tasik Kenyir ini dulu sebelum turun dari katil. How I wish I can enjoy this beautiful view every day ... *dalam mimpi lah, kan*
Buyong Houseboat juga mempunyai life jacket dimana setiap pengunjung diwajibkan memakainya setiap kali melakukan aktivi/sukan air seperti mandi air tasik/sungai, berkayak, menaiki boat dan pelbagai lagi.
Buyong Houseboat juga mempunyai 2 buah boat fiber yang lengkap dengan enjin sangkut yang boleh digunakan untuk tujuan memancing.
Nak tau tak kenapa Misz-ella suka pilih untuk menginap di houseboat setiap kali ke Tasik Kenyir? Sebab ini lah peluang untuk merasai pengalaman menginap di atas air. Pemandangan cantik, udara bersih .. hidup tiada tekanan kerana tiada komunikasi dengan dunia luar *line telefon tak ada* .. menginap di houseboat Tasik Kenyir sememangnya akan beri kita pengalaman Back To Nature yang berbeza.
Menginap di houseboat juga lebih santai kerana kita ibarat tinggal di rumah sendiri. Rasa penat, boleh tidur. Rasa nak mandi air tasik, boleh terjun *pastikan pakai life jacket*, rasa nak makan, boleh ke dapur untuk masak *kalau tak ambil pakej berserta tukang masak lah*, kalau nak tengok TV naik tingkat atas dan tekan remote Astro. Paling best kalau nak berkaraoke tak perlu susah payah ke Pusat Karaoke kerana set karaoke turut ada.
Aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan di houseboat ialah memancing tetapi peralatan memancing seperti joran dan umpan tidak disediakan oleh pengusaha Buyong Houseboat *sila bawa sendiri*
Selain dari itu, pengunjung juga boleh ber BBQ di atas houseboat. *gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia* Kalau tak ambil pakej lengkap berserta dengan makanan disediakan, kita boleh minta tolong pengusaha houseboat untuk belikan bahan mentah untuk BBQ seperti ayam, kambing dan sebagainya.
Ruang rehat di tingkat atas juga sangat selesa dan boleh dijadikan tempat bermesyuarat *gambar dari FB Buyong Houseboat*
Harga penginapan di houseboat adalah berbeza, bergantung pada Pakej yang penyewa ~ ada pakej 2H/1M, ada Pakej A, Pakej B, Pakej C dan Pakej D untuk you all pilih.
Buat sesiapa yang merancang untuk tinggal di houseboat Tasik Kenyir, Misz-ella sarankan you all cuba Buyong Houseboat ini. Sangat selesa dan krew-krew boat pun sangat friendly. Advance booking required kerana selalu penuh nak pulak di waktu cuti umum atau cuti sekolah.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Buyong Houseboat, boleh lah hubungi Cikgu Shabri di talian 013-934 7439 dan 019-988 7439 atau email Buyong.Enterprise@yahoo.com dan jangan lupa ikut Facebook Buyong Houseboat di sini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Buyong Houseboat, boleh lah hubungi Cikgu Shabri di talian 013-934 7439 dan 019-988 7439 atau email Buyong.Enterprise@yahoo.com dan jangan lupa ikut Facebook Buyong Houseboat di sini.
Hi.. Nak tanya toilet boat ni mcm mana.. Ok tak?
ReplyDeleteBerapa orang buleh satu box tu. Berapa hargal satu box
ReplyDeleteHye..
ReplyDeleteDetails package please.
Tqvm