Pages - Menu

Bukan makanan orang Jawa

Masa kecik dulu, kita membesar dalam Masyarakat Jawa (walaupun mak kita Melayu Jati Perak dan Abah kita orang Kelantan). Kita faham dan biasa sangat dengan budaya Makan Nasi Ambang setalam beramai-ramai, bermaaf-maafan berbisik semasa raya, bawa pulang 'Berkat' dari Kenduri dan macam-macam lagilah. Kita perhatikan orang Jawa suka makan Cekur. Kebanyakan makanan dan masakan diaorang mesti ada Cekur termasuklah Pecal. 

Pokok Cekur kat rumah kita 'mati sudah'. Lalu haruslah kita dapatkan yang baru buat pengganti. Hanya RM1.50 untuk benih Cekur secomel ini. Hiris halus-halus campurkan dalam adunan Cokodok Bilis sedap ni. Wangi aromanya bila digoreng tau. Pastu cicah sos cili. Sedap. Tak percaya?? Cubalah ..

Mengejar masa dan makan tengahari kita ...

Hari ini, bakal mendera jari-jari halus dengan aktiviti mengisi Senarai Kuantiti. Bakal pulang lewat kerana sibuk dengan kerja-kerja. No complaint sebab dah biasa tapi harap-harap tak perlu berkampung di ofis sampai jam 4 pagi like others did. Hope boleh 'maintain' cara kerja yang "Work Smart, not Work Hard". Echewah ..

Meanwhile, buat yang tak da idea nak makan apa tengahari ni, cuba try menu ni kat Papa Rich. Boleh tahan sedap. Hari ni baru 1hb korang mesti poket penuh lagi, kan. Ai lain, dah 1hb pun belum gaji u. Kena cukup sebulan kerja baru Boss nak bayar gaji. Pandai betul dia kira, kan ~ Money Matters betul. Hihi.

Mee Goreng

Kuey Tiaw Goreng

Penunggu malam

Sebelum kita pergi ke Subjek utama entry ini, meh kita layan emosi orang rindu.  Kalau dah sedia untuk lakukan pengorbanan, haruslah minda juga bersedia dengan risikonya. Dalam kes ini .. pas gunting rambut pendek habis, kerinduan pulak pada rambut panjang saya. Padan muka!!

Rambut panjang kerinting lepas bahu ~ Opismet aku kata 'Cun' dan vogue gitu. Eh .. pehal muka cam Amoi jual bunga kat Petaling Street je ni? Hihihi.

Rambut lurus paras bahu ~ One of my fren kata "U look so anggun in Baju Kurung".  Offkoss .. Baju kurung baju tercantek di dunia yang saya penah jumpa. 

Rindu gak pada rambut macam baru lepas buat teknik "Rebonding" padahal memang lurus semulajadi. Walaupun orang kata kalau mekap lebih cantek, saya tetap suka muka polos camni. Saya pernah dikutuk seorang teman "Aku kalau ada position macam engkau, aku mekap lawa-lawa. Ni macam Kerani tempat aku jer aku tengok. Dasar pemalas nak berhias". Eh .. ai selesa camni u. Tanpa mekap tak berhias. BTW, buruk sangat ke muka saya? Whatever ... janji selesa dan  bahagia.

Lagi rindu rambut lurus camni. Eihhh .. cepatla panjang wahai rambut. Yang hang gatai sangat p potong pasaipa? Padan muka hang, Ella. Haha ..

BTW, inilah Penunggu Malam yang menjadi subjek utama Entry ini. Tiap-tiap pagi bukak je pintu nak start enjin kereta mesti tengok dia dulu. Kucing sekarang dah ada 'taste' tersendiri. Nak tido pun pandai pilih tempat ~ atas bumbung CRV. Jangan kau calarkan bumbung kereta ku sudah ...




Serasi Bersama

Keserasian itu penting dalam hubungan antara insan. 
Dengan keserasian, a lot of things can be done together.
Tanpa keserasian .. tak rasa rugi apa if dont see each other.

Keselesaan, persefahaman ~ penyumbang kepada Keserasian.
Sikap, perangai ~ penyumbang kepada Keselesaan.
Keserasian ~ penyumbang kepada Kerapatan dua insan.


Hurmmm ... Now u know why we are closed, kan? Sebab kita selesa bersama. Suka dengan sikap dan perangai each other. Yang mana kedua-dua itu menjadi penyumbang kepada keakraban dan kerapatan persahabatan kita.


Moga ukhuwah yang sedia ada diantara kawan-kawan rapat saya kekal selamanya. Buat kawan baru .. kalau ada keserasian bersama, bakal rapat juga akhirnya. BTW, ada ke perkataan "kerapatan"? Ke mandai aku jer ni? Thihihihi.

Acara "Burn My Wallet" sebelum ke Gathering

Masa nak ke Gathering haritu, sebelum ke rumah Kakcik Seroja, saya jemput MDTdi Kota Damansara pastu merayap kami ke Sunway Giza. Hajat hati nak singgah ke Kedai Sasa untuk beli birthday present Adik. Dah tu jalan-jalan .. cuci-cuci mata untuk habiskan masa sebelum bertolak ke rumah Kakcik. Hurmmm .. jalan-jalan gitu je pun 'total loss' menjangkau 3 angka. Tak pe la kan, sekali sekala "BMW ~ Burn My Wallet." Hihi. Thanks Eelobor for the quote. I like.
Stop jap ambek gambar kat Dinding 'ohsemm' ni. Kelakar la bila ingat balik camna kalutnya saya memilih baju untuk dipakai ke Gathering ni. Jap-jap yang tu .. jap-jap yang ni. Last-last Si merah jambu baju lama ni jadi sasaran itupun setelah dipilih oleh Aiman. Penuh 1 katil dengan baju tak jadi* Buruknya perangai* Hihi.

Kelaparan kami sebenarnya. Sanggup tak makan beria-ia pagi tu sebab nak prepare perut untuk menjamu selera kat tempat Gathering. Tetapi permintaan perut yang dah ber 'hip hop' haruslah dilayan. So, kita 'stop' kan bunyi perut di  Tutti Frutti dulu. Ce teka yang mana saya punya? Yang ada stroberi dan tanpa coklat tu le. Yang ber 'naga' tu MDT punya. Yang coklat tu dah tentulah owned by Aiman. Dia chocolate lovers but not me.

Lagi gambar di Dinding cantek dan MDT yang cantek. Eh .. sama la pulak warna baju kita. Baru hari ni perasan? Alahai .. lembabnya!!! Hihi.




BMW. Bola Itu Bulat

Lagi tentang BMW ~ yang dilabel Bring More Woman or Best Man Win (juga boleh diterima). Haha .. dua-dua lawak, saya suka.


Sebenarnya, kalau setakat BMW tu, umur belasan tahun dulu saya dah mampu naik ~ "Bas Mini Wilayah". Hahaha .. Sekadar lawak. Hidup tak boleh terlalu serius, kan. Sapa pernah naik Bas Mini Wilayah?? Meh kongsi cerita kat sini.

BMW ~ Kereta idaman tiap manusia yang ada nafsu dan selera. Tapi ukur baju haruslah di badan sendiri. Selepas jenuh ukur atas bawah, depan, belakang dan sisi .. OK .. Kita 'X' BMW sekarang juga. Jangankan sebijik BMW, tayar kereto pun den tak mampu.



BTW, Bola itu bulat. Tu pasal Negeri Sembilan monang somalam. Gol pertamo tu macam gol sendiri sobab Penjago Gol Terengganu yang molek rupo tu ibarat terkuis bola ke dalam tiang gol dongan tangannya sendiri. Wahhh ,, Kak Yang den mosti lompek-lompek suko kek rumah semalam psl suami dio orang Bongek. Den somalam atas pagar, Sapo monang tu yang den sokong. Hahaha .. tak da pendirian!! Eh .. OKlah. Ini entry memang tak da isi sekadar bebelan seorang Blogger yang free mindanya kerana terlebih rehat hari ini. Sian readers yang baca, kan? Eh .. ado ko yg baco? Ke eden yo yang syiok sendiri? Hihihi.







Weekend Long List and Wishlist.

Hai Frens .. what u do today? Whats your plan for weekend? Bangun lambat ke? Lepak dengan kesayangan ke? I have a very long list of unfinalise plan. Which one? A, B, C or none? Hihi.

Breakfast 'Banana Leaf Roti Canai with Fried Tenggiri' ~ lots of calories but OK if taken sesekali. Gonna burn it tomorrow with aero activity.

Lately, Mr. SUV banyak ragamnya till i thot of changing to a new one*mcm la banyak duit* So, there on getting a new car has become part of my Wishlist. Off course idaman hati kereta yang tinggi-tinggi sebab KL sokmo banjir. Lagipun, ada extra security, kan. So kita name a few here ..
  • CRV
  • Toyota Harrier
  • Toyota Fortuner
  • Toyota RAV4
  • BMW*mcm mampu*
Among all Aiman said "OK lah ma. BMW ~ Bring More Woman." Hihihi. Bakal Casanova rupanya anak aku. Eh .. Sapa Drebar ni? I ke U? 



2, 9, 14, 15, 17


2, 9, 14, 15(2), 17(2) November 2011 ~ Tarikh-tarikh mati (Due date/Dateline) yang bakal buat me and gang berkampung kat ofis.  So many tenders .. Jari-jari halus .. bersiap la kau untuk bekerja kuat bersama jari-jari gebu geng-geng yang lain. 

Sapa cakap we can clear the leave? In our condition, tiada cuti hujung tahun. No happy hour at end of the year. During this time, i wished that i'm one of the Gomen's. Hihi.

Jiwa Kacau

Entah dimana silapnya, situasi "Jiwa Kacau" melanda lewat petang semalam. Bagai ada yang tak kena. Ada persoalan perlukan jawapan tapi beranikah menerima kenyataan yang mungkin tak seperti yang diharapkan.

Tak rela melayan duka di jiwa maka malamnya, kaki tetap melangkah ke Lantai Tari. Duka, lara ku lupakan sementara bersama harapan "Moga terlerailah jiwa kacau ini".

Duka, lara, gembira, ria ~ Takkan terlepas kita dari segala rasa kerana itu janji Allah SWT kepada kita ~ Menjadi hambaNya untuk diduga selagi kita berkelana di bumiNya yang bertuah ini. Saya tak suka layan perasaan, tak rela biar duka bertamu lama di jiwa. Saya sentiasa cuba menjadi positif, sentiasa berusaha untuk up kan diri kala 'down'. I believe God is Great. Allah SWT sayang tiap hambaNya yang tak jemu meminta. Alhamdulillah .. bangun tidur bagaikan disuntik 'extra' semangat. Ringan kepala, kosong minda. Hilang sudah situasi jiwa kacau bertukar ceria. Moga kita sama-sama kuat untuk menempuh dugaan demi dugaan selagi hayat dikandung badan. Amin.





Halia ~ Nyaman dan berkhasiat

Saya suka Halia. Compare to Garlic i prefer Ginger more and more. Jeruk Halia? Uuuuu .. feveret no. 1 walaupun sering ditegur Cik Abang sebab saya ada Gastrik. Eleh .. sakit esok i jumpa Doktor pastu MC. Hihihi.

Teh O panas + Halia hiris. Nyaman, segar dan sedap. Sanggup keluar malam just because of this tea. Jom buat sendiri kat rumah. Jimat RM1.20. Saya suka halia walaupun badan bukan jenis yang banyak angin. Saya boleh kunyah halia. Ayam Masak Halia? Ohhh .. itu feveret.

Dan percayalah yang saya amalkan Tidur bersama Lotion Halia ini sejak setahun yang lalu. Opsss .. i accidently revealed one of my secret of having a Flat Tummy. Walaupun saya nampak moden, saya tetap percaya petua dan amalkan petua orang lama ~ Tidur bertemankan pati halia dan serai wangi untuk dapatkan tidur yang lebih berkualiti dan segar bila bangun pagi. Sekian sahaja Entry 2 dalam 1 ~ Beauty and Health Tips from Misz-Ella for my lovely readers. See u in next Entry*hopefully* Bye.




Meet the Bloggers ~ How i feel like joining the Gathering & The Bloggers

Ohsemmm!!! Wahahaha .. saya pun baru belajar perkataan tu dari Dr. Faiz hari Isnin lepas. Pastu gediks pinjam buat Mukadimah entry. Hihihi. Harini saya nak cerita panjang lebar tentang Bagaimana saya boleh tertarik hati untuk join Gathering ini*which i never did*

Saya pembaca setia blog Dr. Faiz setelah saya jumpa link dia di blog Ati Masrif. Blog dia ohsemm ok. Gaya  bersahaja, mudah difahami, santai, tak da maki-maki, tak da bahasa yang tak enak didengar dan tak sedap dibaca.  Itu ciri paling utama yang buat saya jatuh hati. Being seorang yang 'pemalu tapi mahu' saya berani kan diri komen "Boleh ke saya join Gathering ni?" dan dijawab "KC, u are welcome to the gathering" oleh Dr. Faiz di kotak komen blog saya. Wahhh .. level of confident ada sikit naiklah bila dapat positive feedback camni. From thereon, saya follow perkembangan Gathering ni di blog Dr. Faiz dan Kakcik Seroja.

Saya sebenarnya baru follow blog Kakcik Seroja walaupun sebelum ni pernah nampak banner blog dia di blog Cik ToyolKiut*mana kau TK .. lama tak menulis* Memang stail saya takkan terus follow sebaliknya saya akan ikut entry-entry blogger tu dulu. Bila makin  cinta, akhirnya saya follow blog Kakcik yang penuh dengan cerita kemasyarakatan dan tauladan.  Percaya tak yang saya pergi ke Blog Kakcik Seroja banyak kali dalam sehari sebab selain sukakan entry Kakcik, saya pun sukakan Blog List dia. Dari blog list dia saya ke blog Kak Azie, Cik Ina*padahal dia selalu dtg blog saya tapi disebabkan url dia Crazymoney, saya takut nak pay a visit. Url blog scary .. Saya ingatkan "AhLong". Hihi. Saya juga kenal Kak Kak Kunang-Kunang, Mama NorLara, CeritaAana, AinnNoraini dan ramai lagi dari blog Kakcik Seroja. Banyak betul jasa blog Kakcik Seroja kat saya ye. Cayang Kakcik. Meh peluk cium meh. Muahhh*utk Kakcik seroja je tau*Hihi. 

OK. Habis sudah cerita how i feel like going to the Gathering kita terus ke Entry Bergambar ni. Gambar pertama entry ini diberikan kepada Mummy ZZ permaisuri di hati Dr. Faiz sebagai penghargaan*ke bodek sebab guna perkataan 'ohsemmm' tanpa kebenaran? haha* Mummy ZZ peramah. Saya sebenarnya malu masa makan beradap semeja camtu. First date la katakan. Sib baik ada Mummy ZZ yang pun malu-malu kucing macam saya jugak. Ada le geng yang se 'feel' dengannya. Hihi.

Bila Kakcik Seroja memangku baby comel ni dan kata "Kakcik beranak kecik ni Ella .. saya blurr sekejap. Dalam hati berkata " Apsal aku macam pernah nampak baby botak ni?" Hihihi .. nampak dlm blog Dr. Faiz rupanya. Zayyan tersangatlah 'ohsemmmm'. Pink ok baby ni. Mummy ZZ makan apa masa pregnant dulu sampai dapat anak kulit segebu ini ye?

Dato' LF yang sempoi dan 'ohsemm'. Dia tegur hampir semua orang di Gathering itu termasuk lah saya. I wish that everybody at his status has a same character like him. Humble, friendly and approachable. Dato' bukan sahaja ingat rupa saya tapi dia juga ingat nama blog saya ~ Dari Jari-Jari Halusku. TQVM Dato'. Appreciate it very much.

Hanis Azla ~ Dari entry dia, saya bayangkan Hanis kecik, berkaca mata, lemah lembut dan berjiwa halus.  Rupanya dia besar sikit jer dari saya dan paling best tekaan saya yang dia lembut dan cantek tepat. I wish i'm that soft spoken tapi ... saya brutal. Hihi. Hanis antara orang yang saya nak jumpa bila saya dapat detect dia bakal hadir di Gathering ini. Thanks Hanis tegur KC dulu. U memang ohsemmmm!!

MDT ~ Ohhhh .. dia memang kesayangan saya dari dulu. Saya keluar dengan dia sekali sekala dan pernah bertamu ke Kg MDT di Teluk Intan. MDT  meniupkan extra semangat untuk saya datang ke gathering ini sebab saya tersangatlah pemalu, tak cukup konfiden dan berdebar-debar*Mengalahkan 'dating' dgn cik abang dulu*Hahaha.

Ati Masrif ~ "Eh .. Ati pun ada. Bestnya" ~ Camtu la kata hati saya bila saya nampak pengesahan kehadiran Ati di Entry Kakcik Seroja beberapa hari sebelum Gathering.   Dia antara pembaca blog saya yang setia dan antara yang paling lama menjalinkan ukhuwah dengan saya. Bila ternampak kelibat dia haritu, hati saya berbunga-bunga. Rasa nak jerit dan lambai "Atiiiii .." pastu nak terkam peluk cium dia depan orang ramai. Tapi .. mana boleh, kan. Ati manis dan lembut. Saya terpegun.

Dia ni pun saya nak jumpa sebab dia sangat 'friendly' dan mesra di Blog saya. Dia panggil saya 'Akak'. Senyuman Azian ikhlas dan manis. Saya respek dengan kegigihan Azian dan famili yang sanggup meredah traffik hampir 2-3 jam*termasuk masa tambahan untuk sesat* semata-mata untuk menghadiri Gathering ini. Tabik spring la kat Azian and famili.

Akak apron merah a.k.a. Kak Azie ~ Glamer ooo akak ni. Sume orang kenal dia. Saya terkejut bila ketibaan saya disambut dengan panggilan mesra "Ella ...  dan dipeluk cium manja oleh akak ni*mcm dah kenal 10 tahun*. Saya kaget dan tanya dengan malu-malu " Sapa eh ". Boleh pulak dia jawab "Sapa-sapa lah. Ko bawak apa? Meh sini". Amboiiii ... Hihihi. Kepala Kak Azie best. Dia bukan "Makcik skema" tapi dia  sporting. Dia penyeri Majelis, orang kuat Kakcik Seroja. Cayang akak ketat-ketat.

Uncle Gedek ~ Tak susah nak kenalpasti dia sebab dia sebijik sama dalam blog dan kat luar. Tapiiii .. takut nak tegur dia walaupun blog dia saya enjoy. Boleh gelak sorang-sorang baca entry dia sampai Opismet tanya "Nape kau? Gila ke gelak sorang-sorang?" Sebenarnya saya dah banyak kali pegi Blog dia tapi tak berani komen. Macamana aku nak komen beb .. muka dia scary ok.  Lama-lama baru timbul berani. Bila nampak kelibat dia, saya tunduk, takut dan segan nak bertentang mata. Pastu saya dan MDT duduk belakang meja dia. Duk baik-baik macam pengantin. Nak angkat muka malu. Nak keluar suara macam ada batu. Sekali Uncle toleh dan "Asalammualaikummmm .... " Wahhh .. dia tegur lah. Saya direct tanya "Uncle Gedek, kan". BTW, Gedek tu seerti dgn gedik "versi" lelaki ke Uncle? Sebenarnya masa dalam kereta saya dan MDT bercerita tentang Uncle yang serius dan tak pernah senyum. Bila Uncle Gedek senyum haritu saya terus komen .. Eh .. Uncle boleh senyum rupanya. Mahal ooo senyuman dia, kena face to face baru boleh nampak. 

Kakcik Seroja dan husband, tuan rumah yang sangat peramah. Dari dulu lagi saya suka tengok airmuka 'mak-mak' Kakcik. Blog Kakcik saya suka. Tenang, damai, berhemah, berbudi bahasa. Saya jatuh cinta dengan keperibadian Kakcik dari entry-entry dia. Ralat sangat tak dapat berbual lama dengan Kakcik haritu. 

Wani Si Ibu Muda ~ Dia bukanlah asing dalam hidup saya. Kitorang main SMS pukul 12 malam ok. Saya suka suara dia, budi bahasa dia dan kelembutan dia. 
Kitorang memang dah lama mesra.

Blogger-blogger lain yang saya baru nak teroka blog mereka seperti Anaa, Ainnoraini dan lain-lain .. harap-harap pasni boleh lebih mesra macam dengan yang lain-lain*Thanks korang sebab tegur KC dulu*

Hahhhh .. Auntie Nani ~ Antara orang yang buat saya berkobar-kobar jugak nak gi Gathering ni. Saya teringin sangat nak jumpa dengan mama kepada blogger Peej Burhan ni. Saya suka baca entry dia yang down to earth dan ada jiwa. Saya respek dengan kegigihan Auntie yang datang meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan. Saya follow blog dia dah lama.  Alahaiii .. ruginya tak dapat rasa Nasi Lemak Sambal Daging auntie haritu.

Buat kawan-kawan baru seperti GadisBungaBujal-XNasi Kerabu Buah TanjungMaszer, Kasihibu, akak nyanyisunyi*unik la nama blog akak* Putubambu*thanks tegur KC dulu*, Dr. Hanie~ Hai .. Hai .. Hai semua. Bakal teroka blog u ols dengan lebih lagi selepas ini ye. Owh .. BTW, Ghostwriter pun ada haritu tau. Tak sangka dia ada kat situ. 

Tapi saya terkilan Mama Nor Lara tak ada sebab saya teringin nak jumpa dia. Eh .. Juneaina ada tak aritu? BTW, buat yang baru kenal, This is for you.

Saya sebenarnya dah mula "excited" nak ke Gathering ke 2 di rumah Dato dan Datin di Bdr Baru Bangi. Saya nak borak dengan Datin*hari tu tak sempat*. Saya ada banyak benda nak tanya Kakcik Seroja dan Kak azie. Saya ada benda nak tanya Hanis. Saya nak tanya Dr. Faiz macam-macam. Saya nak tau pengalaman mereka-mereka yang lebih tua dari saya. Pengalaman mereka berharga, tak ternilai dengan wang ringgit. We should learn from the eldest. Betul tak?

Hurrmmmm .. Ok lah. Rasanya ini antara Entry paling panjang saya. It took me 3 days to finish the Entry*sebab buat tinggal .. pastu sambung lagi dan lagi*Hihi. 




Not Well Off Enough!!

Sad. So sad. Someone told me that someone dont want to friend me cos i'm not well off enough. Hanya yang kaya dan 'berada' sahaja yang layak bergelar teman dia rupanya.


Dia kata tak pernah tengok 'Designer's handbag' kat FB aku. Ohh .. kalau kita kaya dan 'ada' .. harus tunjuk di FB rupanya. Tak kuasa. Aku tak kuasa nak tunjuk atau menunjuk apa yang aku ada. Eh .. aku tak da pun sume tu. Aku cuma ada hati yang ikhlas dan niat yang suci yang ku pertaruhkan atas tiket 'Sahabat' tapi kalau kau dah tak sudi nak eratkan kembali persahabatan yang dah terjalin sejak kita kecik lagi .. 'GoodBye'.

Birthday adik

Adik perempuan saya yang saya panggil adik celebrated her birthday last 22nd October 2010. She was born 37 years ago ~ 1 year 3 months after i was borned to the earth by my beautiful mum.  Haihhh .. tak sempat nak manja lama dengan mama dah dapat adik. Dia ni masa kecik sawan tangis. Kerja dia nangis sepanjang masa, mama memang kena belek dia lebih la, kan. Gila 'attention' kan dia ni masa baby dulu. Sib baik KC dia ni pandai bawak diri. Hihihi. She treated us for dinner at Williams, Taman Megah pada malam 23hb Oktober. Sumpah saya penat gila sebab pukul 2:30 pagi tu baru dapat tido. 6:45 dah bangun masak Puding Jagung then 'exercise'. Pastu bersiap untuk ke Gathering di rumah Kakcik Seroja. Sib baik malam tu Abah Aiman yang drive. If not ... Pengsannnn. Hihi.

Recognised by "Ucu" among nieces and nephews. Adik by Big Sisters, Big Brothers and Mums. Kak Su di kalangan adik-adik yang lain. This nice delicious cake was brought my my elder sister, KY. 

Yang pakai baju kotak tu la adik ku Aishah. Ramai cakap saya lagi muda dari dia. Betul ke? Betul ke? Cepat jawab. Hahaha*gila gediks* Sila 'ignore' gila sementara saya ye kawan-kawan. Jangan layan!! Hihihi. Yang sorang lagi tu ialah Kakak Ipar saya ~ Kak Ngah yang lemah lembut lenggok tubuh dan tutur katanya. Percaya tak yang saya hafal birthday sume Ipar-ipar saya? Percayalah sebab kami semua sangat rapat.

Kak Ngah, saya, Aishah, Kak Yang (KY) dan Mama. Adik beradik perempuan kitorang dari emak dan abah yang sama ada 3 orang. All have different characters. My KY is very strict. Masa sekolah dulu, paling takut  dengan dia. Kalau result exam tak bagus, dia lebih marah dari mama. She has a strong leadership skill inside her. Dia paling kuat buat bising kalau kelakuan kitorang tak baik. Saya? Saya tak lemah lembut tapi lembut dalam. Saya selalu tak sampai hati. Saya tak da hati kering. Saya paling senang bertolak ansur dengan orang. Orang  pernah cakap, senang berurusan dengan KC. No wonder la people like me, kan. Tihihi .. perasan lagi!! Adik? Adik degil, keras hati. Tetapi .. kedegilan dan keras hati dia tu 'is actually an added value on her'. She has a very strong character, very independent and confident. Dia berani. Mungkin pengalaman dia hampir sepuluh tahun merantau ke Negara orang menjadikan dia kuat in order to survive. Lepas kahwin dia tinggal hampir setahun di Switzerland dan hampir 10 tahun di China sampaikan dia kena belajar bahasa Cina selama tinggal di sana in order to communicate with people there.

Aiman and cousins ~ Amir Izzat dan Mohamad Saiful Daniel. Diaorang hampir sebaya. Masa kecik dulu, Amir dan Aiman sangat rapat sebab kitorang duduk setaman. Amir bijak, mewarisi kebijaksanaan ibunya. Aiman dan Daniel pun bijak gak ~ bijak ambek hati. Hihihi.

My cheeky nephew Aliff Haqeem with Mango Juice gelas besar dan 'Jumbo". Ohhh .. Ini budak paling comel ok. Comel rupa, comel tuturkata. He is just like me. Has a strong character, not easy to be influence. Tetap sokong MU even malam tu Man City hentam MU 6-0. Kalah punya pasal, terus masuk keta ajak balik. Hahaha.

It was a nice evening ~ Sending quality times together with kesayangan. I really appreciate this moment since everyone in the family always busy. OK lah. Sekian sahaja Entry mengenang Birthday Celebration Adikku Aishah Edisi 2011. Bye.

Will come back later with Last Episode of Meet The Bloggers*Entry dah 99% siap*




Maltesers Square

Maltesers Square ~ Amboi nama dia ...  Berbelit lidah Melayu jati suka belacan dan budu macam saya menyebutnya. Sampai sekarang tiap kali nak sebut tanya Aiman dulu "Apa Man nama dia?". Sokmo lupa. Glamer sangat pun nama dia. Tengok Kit Kat tu. Budak 3 tahun pun 'perfect' sebutannya. Hihi.


Mula-mula tengok Resepi Maltesers Square ni kat  sini. Pastu terus gediks nak cuba. So, di hari Rabu yang sangat santai 'no appointment, no rushing and no hurry', kita main masak-masak kat dapur berdua.

Ini Resepi kategori "Cepat Dimasak, Sedap dimakan" Paling best sebab tak yah 'bake-bake' sebab ai takut letrik!! Hihi.

Ini terlalu besar cos i dont have 8 inch acuan. So kita buh dia dalam tupperware pastu tekan padat-padat. Sejukkan dalam peti ais pastu hias dengan White Chocolate. Kalau Maltesers Chocolate tu lebih banyak mesti lagi cantik hiasannya, kan. Tapi ai tak cukup stok sebab dalam masa dalam kereta otw back from Tesco kitorang bertiga dah ngap!! Hihi.

Malteseres Square. Rasa ? Manis .. tapi dessert Inggeris memang manis. Dia ni spesis Brownies kot?  I dont have a very sharp knife so potongan yang dibuat Aiman pecah kat tengah-tengah. Best la 'dia' ni. Pasni saya nak buat lagi 'with a little bit adjustment'. Hihi. Ada ke yang berminat nak Resepi? Gi cari kat sini. Kita malas nak taip. Hihi.






Makanan Raya Hari Ini

Hari ni hari raya buat kawan saya ~ Revathy dan Rajendran. Sekadar menyebut dua nama, cukup lah kan. Kalau nak disebut semua yang dikenali dari kecik sampai besar, 'jam' mau Memory Card saya dibuatnya. Hihi.


Sempena Deepavali, jom makan Roti Sardin dan Tosei Bawang sambil pakai "Sari". Hihi.

Dam .. dam .. dum ..bunyi Deepavali

Dam .. dam .. dum .. poom .. pammm .. poom .. pammm ..
Selepas 20 minit melepasi jam 12 malam baru berhenti bunyi tu
*Eh .. ada lagi at 12:40*

Happy Deepavali to all my Indian friends and readers.
Selamat Bercuti buat yang lain-lain.
*Lawa gak eh rambut raya aku*

Saya dah kenal Nora

Malam Sabtu lepas, bertemankan kawan-kawan bertaraf "Kesayangan", kami pergi menjejak Nora. Excited sangat kitorang nak tau Siapakah Nora yang 'Life nya Secret' sangat tu?

One of my kesayangan ~ Nani Rostam mama kepada Blogger Selebriti fofular Hanis Zalikha. Enjoying the light refreshment before the show. Eh .. dia ni one of my best friend tau. 

Bukan dia je, Dr. Rozzana dan Yanti@Pinky pun ada. Dah lama kami berempat tak ber 'gather'. Ramai begini baru meriah dan complete  beb. 

Ada 1 kumbang menemankan Bunga-bunga. 

Opsss ..Abg Edy husband Dr. Rozzana pun ada juga. Minat jugak tengok show begini ye Bang. Kalau cik abang kita ... Jangan mimpi. Not his world. Sib baik ada Anakanda ku Aiman buat penawar. BTW, the ticket price that we bought is inclusive of the Evening Cocktail. Harga offer untuk Maxis Customer masih 'affordable' lagi buat orang biasa-biasa macam kami. Kalau kena bayar harga asal yang 3 angka, tak kuasa ai. Lebih baik simpan. Sikit-sikit menggunung jugak akhirnya, kan. 

OK. Back to the story. Saya sekarang sudah tau siapa Nora ~ seorang penyanyi Kelab Malam yang mengejar impian untuk menjadi aktress di layar perak. She went for an audition and was offered a main role of "Nora Zain". Untuk mejayakan watak Nora Zain seorang spy wanita, haruslah dia melalui training lasak untuk meningkatkan stamina. She was cheated actually. She was actually trained to be a real spy on a mission to save a life of 5 womens who went missing. Walaupun menyedari diri tertipu, demi Betty makeup artist nya yang juga terjebak dengan sindiket jahat itu, dia bersetuju. Ok. Dah dah la tu. Cerita banyak pun tak guna sebab teater dah habis so no more chance for you guys to watch and see. BTW, without Kak Dibah Noor and Pak Nil, this show will be boring. Both of them stole the limelight of the show more than Nora who is the main subject of the show.

Huuuu .. mlm tu pukul 1:30 baru sampai rumah dan tidurnya hanya jam 2:30 pagi. Esok nya bangun awal untuk masak Puding Jagung sebagai bekalan ke  Potluck Gathering. Pastu gi aerobik. Pastu mandi dan bersiap untuk menjemput MDT di Kota Damansara dan vrooommm terus ke rumah Kakcik Seroja. Malamnya saya keluar lagi untuk Sessi bersama Famili. Dua hari yang 'super penat'. Apa pun, saya bersyukur sebab diberi kekuatan dan semangat untuk melalui tiap-tiap Episod hidup saya yang setiap hari amat bererti.



Belajar kawal diri

Nafsu mengatasi segalanya. Saat diri dibuai keseronokan mengejar dunia, terlupa kita tentang keperluan mengawalnya.

Walau masih banyak baju baru, hati masih terkinja-kinja mahu kan lagi dan lagi. Walau pulang dari bercuti, akal sudah mula merancang percutian selanjutnya. Walau baru semalam bersuka ria, hari ini masih mahu terkinja-kinja.

Belajar Kawal Diri ~ itu yang paling utama.


*Entry tidak ditujukan kepada sesiapa. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan pesanan untuk Anakanda tercinta. Mudah-mudahan boleh dijadikan panduan. Mama tak selamanya hidup untuk pimpin tangan Aiman, kan?

Apa rahsia Anggun?

Baru-baru ini ada yang tanya ~ Apa Rahsia Kekal Anggun saat usia menghampiri "Life Begins at Forty". Tak da apa-apa. Saya biasa je, tak jauh beza dari anda semua. Mungkin lebih teruk sebab ada masanya dengan cik lipstick pun nafsu tak ada. Saya 'jeans addicted and fans of T-Shirt'. Kalau keluar, selesa dengan selipar or 'sandal' sahaja. Susah nak tengok saya begaya beria-ia. Kasut 5 inchi? Owh .. itu zaman gediks anak dara dulu, Sekarang tidak lagi. 

At work. 
Saya bizi pagi-pagi. Nak kejar dapur lagi, nak hantar anak sekolah lagi, tak cukup masa nak mekap segala. After all tak minat pun nak mekap beria-ia. Biasanya camni jer le ~ Bedak, lipstick dan celak.

At home after shower.

Saya tak kedekut untuk 'share' dengan readers tapi 'a bit worry' nak bagi tips 'openly' sebab takut disalaherti. Kang ada yang kata 'Eleh .. perasan cantek', 'macam bagus' atau 'syok sendiri'. Hihi. Tapi demi readers yang saya sayangi, jom kita berkongsi sedikit Tips di sini.

Paling penting jaga kebersihan kulit. Pilih skincare yang sesuai, rajinkan diri pakai 'moisturiser' untuk elakkan kulit kering terutama  'Working woman' macam saya sebab kita sokmo duk dalam aircond. Kalau badan nak sentiasa muda boleh kita sentiasa bersenam. Untuk muka .. tentulah dengan memakai produk yang bersesuaian dengan kita. Sesekali luangkan masa untuk menjalani rawatan muka di salun. OK. Itu penjagaan luaran ~ Colek sana colek sini .. colek tiap sudut muka kita dengan produk yang sesuai. 

Dulu, bila dengar orang kata kecantikan harus lahir dari dalam, saya geli dan tak percaya. Tetapi setelah saya berubah ~ menenangkan jiwa dan rohani dengan buang sikap cepat marah dan melatah*ini sikap buruk masa muda dulu*, amalkan sikap sentiasa bermuhasabah, berfikiran positif, cuba kikis perasaan iri, amalkan sikap bersederhana tidak over sepertimana yang dituntut agama, saya rasa lebih tenang. Saya elakkan rasa iri, cemburu, dengki dan sakit hati dalam diri sebab pada saya, benda-benda itu semuanya buat jiwa kacau. Jiwa yang kacau akan jelas terpancar di wajah kita. Macamana nak nampak serinya kalau jiwa sentiasa kacau, kan? So, Tips yang ke 2 ialah Jiwa yang tenang. Ini dalaman ye. U have to work on it on your own. Orang lain tak boleh tolong.

Tips ke 3 untuk jaga kecantikan dalaman ialah dengan membuang kotoran dan toksin dari dalam badan kita melalui proses De-Tox. Bukan tiap-tiap hari tetapi sekali sekala. Ada banyak jenama di pasaran. Pilih yang sesuai. Beli di Farmasi yang terkenal dan dipercayai. Kebersihan dalaman menjana kecantikan luaran*Ecece .. ayat power ala-ala Kempen Kesihatan anjuran Kem. Kesihatan. Hihi* Owh  .. BTW, untuk readers saya yang selalu tanya camna nak dapatkan kulit halus macam KC, inilah petuanya ~ Buang kotoran dari badan melalui teknik De-Tox. Jerawat dimuka sebenarnya berpunca dari kotoran dalaman. Kalau setakat cuci muka tapi dalaman tak jaga, tak berkesan jugak, kan. So, jom kita jaga dari luar dan dalam. Jangan lupa minum banyak air jernih tak berwarna*mineral water*. It helps DeTox process.

Satu lagi .. ambillah 'Food Supplement' atau Makanan kesihatan yang bersesuaian dengan tubuh badan kita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan badan dari dalam. Ada banyak produk. What suits me doesn't means suits you too, right. Rajinkan diri buat ujikaji di badan sendiri.

Last sekali, beri peluang kepada badan untuk berehat. Dapatkan tidur yang cukup. Dont overstress our body. Hmmm .. cukup lah setakat ini. Nak tau lebih-lebih kena cerita 'privately'. Hihi.












315 JUTA

Pagi ni borak dgn Tuan Besar. Bukan sebarang borak tapi borak bernilai 315 JUTA. Saja je besarkan perkataan Juta tu supaya ianya "Loud and Clear" even entry ini tanpa suara.

Juta RM bukan Juta Rupiah. Expanding a business its good tapi haruslah Ukur baju di badan sendiri. Aku nervous dan kecut dengan angka tu walhal kerja Tuan Besar mencari 'fundings' dan sebagainya. Aku Tulang Belakang jer. 


Hmmmm .. mungkinkah? Rezeki .. Kerja Tuhan. Kerja kita berusaha. Betul, kan?

Meet The Bloggers di rumah Kakcik Seroja

Alhamdulillah ... Aktiviti 'Meet The Bloggers' yang dirancang oleh Kakcik Seroja and the Geng berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih pada Kakcik yang sudi memberi ruang pada kami untuk Majlis Ukhwah seperti ini. Banyak kerja kan Kakcik. Mesti Kakcik and The Geng tido lena malam tadi kerana kepenatan setelah berhempas pulas dari mula hingga akhir untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar. Dah macam rumah kenduri. Hihi.

Ramai lagi tak da dalam gambar ni, kan?


Setelah menjalinkan ukhuwah di alam maya, bagaikan mimpi bertemu Anaa, Hanis Azla, Kakcik seroja, Kak Azie, Atie, Azian, Auntie MarinaDr. Faiz dan isteri serta yang lain di alam nyata. 


Buat Kakcik dan Kak Azie, terima kasih banyak kerana buat saya rasa sangat selesa sebab saya sebenarnya pemalu dgn org yang saya tak pernah jumpa*Aiman ckp "Mum, your face blushing', nampak sgt mama segan* Sungguh berbaloi perjalanan memandu sendiri dari Sg Buloh ke Kota Dsara menjemput MDT dan berpusing-pusing mencari rumah Kakcik sebab saya tersgtlah tidak 'familiar' dgn Tmn Kencana. Hilang penat berganti ceria di samping mereka-mereka.


Dan, sekarang, look forward untuk perjumpaan seterusnya di Bdr Baru Bangi. InsyaAllah.


* Tak sangka Uncle Gedek pandai senyum. BTW, Aiman kata Uncle rock.
* Tak sangka Dato LF 'humble' dan peramah orangnya.




Bukan Santai Sabtu

Santai Sabtu? Boleh bangun lambat sambil melayan permintaan mata yang mahukan tilam dan bantal? Ohh .. maybe not for me cos i work on Saturday dan seperti biasa sebelum pergi kerja, haruslah Main Masak-Masak di dapur buat kesayangan saya yang bersantai di rumah sementara menanti kepulangan saya dari tempat kerja nanti.

Kari Kepala Ikan Merah menggunakan Rempah Giling Bumiputera. Jom support usahawan kecil. Moga bertambah besar bisnes mereka hendaknya dengan sokongan kita semua.

Telur Dadar, Ikan Masin, Ulam Timun dan Sambal Belacan ~ Rezeki keluarga kami tengahari ini. Alhamdulillah.

Hutang Resepi dibayar Resepi, Nora dan Meet The Bloggers

Memandangkan ai berhutang resepi, maka haruslah dibayar dengan resepi juga. Sib baik diaorang mintak resepi .. kalau mintak seorang sepiring ... *Hihi*

Ayam Goreng Kunyit 'Juicy and Yummy'
Goreng garing isi ayam yang dipotong dadu dan bergaul garam kunyit (Saya beli Chicken fillet sebab nak mudah). Tumis bawang putih, bawang merah yang dihiris pastu masukkan sebatang serai yang diketuk. Bila dah naik bau, masukkan ayam tadi. Kacau rata pastu tambah 3 sudu cuka, 3 sudu air, pastu tabur sedikit gula untuk 'balance' kan rasa. Kacau rata pastu masukkan bawang besar yang dihiris, cili api, kacang panjang yang dipatah-patahkan dan sedikit tomato yang dipotong dadu. Ratakan sekejap je. Jangan lama sangat, nanti 'too dry' dan 'non juicy'. 

Blackpepper Meatball
Goreng garing Meatball dan susun dalam pinggan.  Tumis bawang besar yang dipotong dadu. Bila dah layu masukkan Black Pepper sauce jenama 'Life' dan sedikit air supaya tak terlalu pekat. Kacau rata dan curah atas Meatball tadi. Sebelum tu percikkan 'Lada sulah' atas Meatball untuk 'balance' kan rasa sebab kebanyakan Black Pepper Sauce dalam botol ni sedikit manis.

OK. Siap sudah Entry Cara-cara Membuatnya atas permintaan blog reader Misz-Ella. Lauk dah siap, so boleh la ai bukak apron untuk siapkan diri dan mental untuk jumpa Nora malam ni. Esok ~ Meet The Bloggers.  Wahhh .. bizinya kau Ella. Hihi.




Titis-titis Hujan

Lately, KL hujan lebat tiap hari. Dari siang membawa ke malam. Nasib baik pagi hari matahari ceria. Kalau tidak .. sesak kita di jalan raya, merah lah attendance kita.

Aiman telefon hampir jam 6 petang tadi.  
  • Mama kat mana? 
  • Ofis. Dah nak balik ni. Kenapa Aiman?
  • Kat sini kilat kuat. Tadi api trip, 'auto gate' tak boleh bukak. Aiman terpaksa panjat pagar untuk masuk rumah. Aiman risau kan mama. Mama hati-hati ye.
  • OK. Insyallah. Aiman jaga diri tau. Duk rumah baik-baik. Jap lagi mama balik. Abah pun tak lama lagi sampai la tu.
  • OK Ma. Bye. I love U.
  • I love u too Aiman. Bye.
Turun ke 'basement' ambek kereta ~ Masyallah gelapnya. 6 petang bagaikan 8 malam. Pak Guard tak bukak lampu lagi. Dalam perjalanan, hujan lebat mencurah. Air naik sana sini. Dalam hati berkata, 'Camnilah KL. Pantang hujan, water ponding sana sini. Sahlah 4WD jugak pilihan hati kalau aku perlu bertukar kereta nanti'. Hujan lebat .. kena extra hati-hati. Perjalanan 25km berjaya ditamatkan selepas 1 jam 15 minit perjalanan. Alahai .. penat. Tapi bila tengok Aiman dan abahnya sedia menunggu di laman dengan muka lega .. Bahagia. 

Hujan membawa rahmat kepada alam tatkala cuaca panas membahang sehingga kemarau. Hujan membawa bencana banjir bah tatkala turunnya tanpa belas dan simpati pada penduduk dunia. Titis-titis hujan membawa seribu erti dalam hidup kita. Dan kini, titis-titis hujan masih belum jemu membasahi bumi, masih belum berhenti.