Jom mengenang dulu-dulu di sini ..

Tuesday, December 28, 2010



Kenangan. Nostalgia sungguh. Org lama yg tinggal di KL, mesti ingat  Bas Mini, kan??

Hihi ... Kg. Pandan .. Kg. Pandan .. camtu skrip konduktor bas dia ari-ari. Sapa nak gi Kg. Pandan naik bas no. 25. Cheras, Bdr Tun Razak naik bas no. 32 dan 36. 

Alahai ..  masa tu umur i baru swit 18 u, tengah comel .. kurus .. gedik-gedik .. gatal-gatal .. haha. (Ya Rabbi .. skrg i dah 38, so 20 years ago la korang .. lama sungguh, kan). So, dgn kasut tumit tinggi 5 inchi dan skirt pendek, wah ... ke main lagi aku berebut-rebut naik bas mini ni. Biasanya aku tunggu bas mini depan Menara Maybank, sebab masa tu aku keja kat Bangunan Dayabumi. Naik kat depan Maybank turun kat Majestik, Pudu. Percaya tak aku biasa berdiri kat ujung-ujung tangga. Adventure btl i time tu u. Hihi ...

Masa tu manala mampu nak beli keta, so bas-bas ni lah yg aku naik ari-ari. Cuba kalo skrg kena naik bas? Sure bingung + bengong. Bangla dgn Indon tu lagi terror dari aku, kan sampaikan My Made in Switzerland BIL ckp, If u have to take a bus .. ask the tourist lah. They always take bus with the sound of "Kotaraya .. Kotaraya .." haha !!

OK. Jom kita tengok subjek utama  di dlm entry ini.

Jeng

jeng

jeng
.
.
.

Ha .. ini la dia. Ada lagi dia kt Sg. Buloh
Tapi dah tak pakai nombor.

Wah .. sampai terangkat pintu enjin. uzur sgt dah kot? hehe ..

Lagi 1 .. kaler biru muda pulak. also found in Sg. Buloh.

Sungguh hepi bila dpt tangkap gambar Bas Mini ni. Bkn apa .. esok2 mesti dia akan pupus gak, kan. So. sebelum dia pupus buat selama-lamanya, biarlah aku abadikan kenangan ku bersama dia di sini. Echewah ... mcm Drama Queen lak i!! Haha ..



You Might Also Like

12 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here