Pages - Menu

Coklat dari bank

Dalam banyak-banyak urusan, paling tak suka berurusan dengan bank. Paling syok dan best berurusan dengan kedai makan atau kedai sopink. Memang dasar kaki makan dan kaki sopink!! Hihi .. Dont follow me eh .. Kaki makan dan kaki sopink not good, unless kalo kita sama spesis - Makan banyak tapi badan tak naik sebab 'Metabolic rate' tinggi. Hihi ... Kaki exercise can follow. Very good one.  Hihi ..


Kalo berurusan dengan bank antarabangsa*Citibank* camni le. Suka sangat bila dapat hadiah  yg outstanding  gila camni. Mahal beb produk Godiva tu. Ada satu kedai dia kat KLCC. Orang yang paling suka dapat free gift ialah dia ni.

Majlis Teh Tinggi (Hi-Tea) ~ Part 2

Sambungan dari entry tergesa-gesa. sebab Tuan Bodigad sudah menunggu. Hihi .. Jangan percaya dengan keindahan gambar-gambar makanan di bawah yang nampak sedap tapi sebenarnya ... Indah hanya pada rupa, bukan rasa. Hmmmmm .. byk sgt yg kurang di sana sini. Ke aku yang cerewet?? Haha .. Eh tak lah, memang tak cukup sedap pon*aku jujur ok* Hihi ..

Mula-mula rasa malas nak habiskan entry ni tapi mana boleh camtu, kan. Buat kerja kena habiskan, tak baik buat keja separuh jalan, kan. Hihi ...


Lamb Chop, Chicken cheese roll, Fish n chip with Tartar Sauce, Nasi Ayam & desert.

Yong Tau Foo, pecal, teh tarik, rojak buah, Money bags & Mini popia.

Nak jugak taruk gambar sendiri.Mestilah .. nama pun blog misz-ella, kan. Hihi ..

Azlila dgn pencuci mulutnya. Camna nak makan tu ye?
We got lucky draw too ~ Ah Heong dgn lucky draw nya.

I won hadiah no. 20 ~ dapat pasu utk 'Lucky Draw'. Sebenarnya tak suka benda-benda camni tapi nama pun hadiah, terima je lah. Hihi ..

I left earlier that day. Reached the hotel at 1:45 by 2:30 aku dah 'chao'. I didn't enjoy the food. Tambahan pulak, hari Sabtu lepas wasn't a cheerful day for me. Entahlah kenapa .. dari malam sebelumnya rasa tak sedap hati. I always trust my instinct cos it's always 95% correct. Samada kebetulan atau 'gifted', it  happened to me repeatedly. Bila rasa semacam tu menjelma, i will limit my step and action. So that day, bermula je langkah kaki ku keluar rumah, i set my mind to be very careful, lebihkan berfikir dan bataskan setiap pergerakan dan perbuatan. Even during the High Tea pun aku tak beria-ia hepi. Sekadar menghadirkan diri sebab dijemput. Syukur Alhamdulillah .. sampai keesokan harinya nothing bad happen. Tuhan sayang dan lindungi kami semua. Alhamdulillah.

Bread Butter Puding with Chocolate Icecream + Ice Cappucino

Bread Butter Puding is my favorite dulu, kini dan selamanya. My opismet Fiza sungguh la pandai buat Bread Butter Puding. Aku?? Nak "ON" oven pun penakut, ni kan pulak nak suruh "baking-baking". Aku pandai main masak-masak lauk utk hidangan anakanda tercinta je. Dok berangan lah dari sehari ke sehari nak "membaking" ~ entah bila la agaknya hajat dan impian tu bakal terlaksana ye?? So, buat masa ni, oven yg Abah Aiman beli nampaknya jadi penyeri dapur je lah. Hihi ..

Bread butter pudding with Chocolate icecream and Ice Cappucino kat Delifrance.

Just imagine, rela kaki ku melangkah ke Delifrance semata-mata kerana nak makan 'desert'. Memang dasar suka makan. Hihi .. 

Time-time camni, teringat kat Bread butter puding Kak Nani. Hari tu dah order tapi disebabkan kebizian melanda .. 'postpone' lagi. Sib baik tak kena 'blacklist' dengan dia. Hihi ..

Eh, Bread butter pudding kat 'Marche' pun sedap tau. Nak lagi .. nak lagi .. Esok-esok nak repeat lah. Hihi .. Lagi gambar makanan sedap kat blog En. Bodigad.




'Body maintenance' di Dewi Ayu Spa

Bertemankan kesayanganku Aishah yg cantek, jelita dan bergaya, ringan steering kereta ku halakan ke Dewi Ayu Spa di Plaza Damas, Sri Hartamas pagi Ahad. 

Dewi Ayu Spa (formerly known as Dewi Sri Spa), located at Plaza Damas, Sri Hartamas, milik 100% Bumiputera. Sungguh terpesona dengan suasana spa ni dan etika kerja yang dimiliki oleh pekerja-pekerjanya. Jangan tak tau, walaupun milik Bumiputera, spa ni mendapat sokongan padu dari golongan yang bukan Bumiputera juga sebab servis nya sangat 'tip top'.

One of my kesayangan, my sister Aisyah yg cantek, kurus, tinggi dan bergaya.
Kulit dia 'tanned'  sebab baru balik dari main golf seminggu di Kuching.
Dia pilih 'Spa treatment' - Lulur, berendam dalam bath tub, lotion.
She really enjoy the treatment ~ hilang semua tekanan bila berpeluang memanjakan diri seperti ini.

The menu ~ From head to toe. Semua ada
Pilih sahaja mana yang korang suka. Ada A La Carte, Ada Pakej.
Ada yg puluhan .. yang ratusan pun ada. Yang pastinya sangat berbaloi.
Di sini kita boleh mandi bunga atau mandi susu atau dapatkan rawatan lain tak sampai RM100 dengan layanan bertaraf 5 bintang. Murah, kan. Sebab tu aku kata 'sangat berbaloi'.

The salun interior is very nice. Suasana di dalam spa sangat tenang dan mendamaikan.
Rasa tak nak balik. Hihi ..

Ginger Tea after treatment. Sedap sangat ~ Manis-manis pedas.

Muka fresh tanpa bedak lepas buat Minilifting facial. Best gila sampai aku tertidur.
Untuk wanita selepas 30an, i highly recommended this treatment. Jaga muka beb. Hihi ..

Kadang-kadang aku heran, kenapa ada perempuan yang terlalu berkira untuk diri sendiri? Diaorg tak kesah duit ke lain tapi rasa rugi dan sayang keluarkan duit untuk 'maintain' diri sendiri. Kalau betul-betul tak mampu lain lah ceritanya. Sebagai isteri, ibu dan wanita berkerjaya, apa la salahnya sesekali memanjakan diri? Kita lah mak, kita lah isteri, kita lah juga tulang belakang buat keluarga kita. Kita kena sehat, kuat dan cantek di mata mereka-mereka. Tak mengapalah kalau buruk di mata org lain, asalkan cantek di mata family sudah memadai, kan. 

I started menjaga dan membelai diri before i reach 30. Masa tu En. Bodigad kecik lagi. Exercise, pergi spa, eat healthy food .. all has become part of my life. Nak tau kenapa? Because i love myself very much. I believe, Tuhan jadikan tiap insan itu sempurna. Maka wajiblah kita jaga setiap anugerah Nya. Alahai, teringat kenangan pergi Dewi Sri Spa di Jakarta tahun lepas. Kat sana lagi murah beb. Eh .. rasa nak terbang sekarang jugak la. Hihi ..

Hey, i wanna go again to this spa this March. Ada sapa-sapa nak ikut? Jom .. jom. Hihi ..



Nasi lemak versi Sabtu

Nasi Lemak + Sosej Goreng + Sambal burung puyuh versi hari Sabtu.
Kenapa panggil veri Sabtu?? Sebab ari lain lauknya lain. Haha ..
Dalam banyak-banyak ni, sosej tu Tuan Bodigad habiskan dulu. Hihi ..

Mana nasi lemak nya ye?? Dok dalam periuk lagi. Hihi ..


Malam Sabtu kita makan kat sini.

Asalnya nak ke McD, sudahnya menyimpang ke sini. OK la tu. Janji hepi. Hihi ..

Tuan Bodigad yang pemalu. Pemalu erk?? Hihi ..

Too much flash- terlebih putih lak aku. Buruk, kan.

Yg ni baru real - without flash. 
Tak la i putih sgt mcm 'alien'. Hihi ..

Pizza with cornflakes - sikit sgt la cornflake dia. Dlm gmbr bukan main lagi. Hihi ..
Rasa?? Biasa je .. tak la outstanding sgt pun. Haha ..




Hepi Sunday

Hari ni dah penghujung minggu. Esok dah minggu baru, minggu depan jugak dah masuk bulan baru. Sekejap je hari-hari berlalu, kan. Cepat tua la jawabnya kita semua. Hihi .. Eh, jangan takut tua tau. Makin banyak umur bermakna kita makin dewasa, makin banyak pengalaman, makin matang, makin banyak pengetahuan.

Best la hari-hari yang ku lalui minggu ni. Paling best off course soal 'Rezeki'. Dari penghujung tahun sampai bulan Februari ni ... always 'good ..good .. and good'. Alhamdulillah. Segalanya datang dari Allah S.W.T. Syukur sangat-sangat.

Hari ni nak pegi Dewi Sri Spa. Spa lagi?? Hihihi ..Kali ni 'special' sebab biasanya aku pegi spa dekat 1Utama tapi hari ni nak try yang ala-ala Bali pulak. Aiman pulak nak pegi main Golf. Lama sungguh dia tak main golf, sure dia excited tu. Lepas tu petangnya nak balik rumah Mama kat Sg. Buloh. I always appreciate my wiken. Semalam luangkan masa dengan kawan-kawan hari ni luangkan masa dengan keluarga pulak. As usual, aku memang selalu cuba sebaik mungkin untuk seimbangkan kehidupan, untuk diri sendiri .. untuk keluarga .. untuk kawan-kawan .. sebab each and everyone amat berharga untuk aku.

Minggu depan?? Minggu depan gaji!!!! Wah .. mesti all my darlings kat offis muka berseri-seri. Ofis kitorang ni gaji memang lambat. Tapi tak pe .. duit 'spare' ada. Chewah*berlagak*Hihi .. Eh .. tak lah. .. tak berlagak. Tapi as i said earlier, setakat ini Alhamdulillah. Rezeki, ajal maut, jodoh sume diaturkan untuk kita oleh yang Esa, kan. As long as u work hard, ikhlas, bersihkan hati, tidak ada dengki mendengki dan cemburu sesama sendiri .. Allah akan permudahkan urusan kita. InsyaAllah.

Minggu depan jugak nak belajar benda baru. Excited sungguh!! Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. InsyaAllah ... Got to go lah. Have a good day my fren. 



Majlis Teh Tinggi ~ Part 1

Lama dah diaorg merancang. Banyak kali sudah postpone. Hari ini terlaksana. Saya habiskan masa dengan mereka-mereka petang ini. High-Tea di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Which hotel ~ No  need to know lah. Not recommended anyway. Tak menepati spesifikasi dan piawai selera ku. Hihi ..

20an, 30an dan 40an.

30an, 40an dan 50an

Muda-muda .. cantek-cantek .. Gila-gila

Aku panggil yg tudung biru tu Gadis Melayu Terakhir.

Lagi byk umur, lagi byk pengalaman.
Jgn pandang sebelah mata.
I lagi byk mkn garam u. Hihi ..

Akan kembali dgn Part 2. Biggiemonster sudah menunggu. Mau ke McDonald. Dah bosan sgt agaknya dia seharian di rumah. Eh .. seminggu lah, bkn seharian. Hari-hari biasa dia tak dibenarkan keluar, sibuk dgn sekolah, tution, so .. wiken lah hari paling 'heavennnn' buat dia.







Sampahkah entry-entry kita??

Semalam, 25hb Februari 2011, genap setahun usia Dari Jari-jari Halusku. Tarikh yang sama tahun lepas, aku mula menulis. Semalam jugak, masa BW kat blog kawan-kawan, terjumpa 2, 3 blog menyebut perkataan 'sampah'. Buat org yg suka berfikir macam aku, perkataan 'sampah' itu telah membuatkan aku berfikir jauh .. jauh .. dan jauh lagi.

1. Sampahkan entry-entry kita?
2. Kenapa dan utk siapakah kita menulis?
3. Ke mana hala tuju tulisan-tulisan kita?

Sempena setahun usia blog aku ni, aku ingin bermuhasabah blog aku ni berdasarkan kepada 3 soalan di atas. Aku fikir sepanjang malam sebelum tidur. Dan kesimpulan yang aku dapat ialah :-

1. Sampahkan entry-entry aku?
Entry aku bukan sampah tapi adalah catatan perjalanan hidupku yg ingin ku titipkan disini. Tidak pernah aku berharap yang ada org akan suka dan berminat dengan perjalanan hidupku yang biasa-biasa. Tidak ada yg hebat serta istimewanya perjalanan hidupku ini. Hanya seorang ibu, isteri, sahabat dan kekasih buat teman-teman yang menyayangi aku.

2. Kenapa dan utk siapakah kita menulis?
Bukan kerana terikut-ikut atau nak bersaing dengan yang lain. Tak pernah terfikir nak tarik perhatian org, tak pernah target 'income' 5 angka. Tak pernah aku jadikan sesiapa pun Idola tapi aku hormat tiap misi dan matlamat yang blogger lain tetapkan dalam berblogging. Tidak juga untuk popular dan glamer*perlukah*? Apa yg kami miliki sekarang sudah memadai untuk membesarkan seorang anak, berbakti pada bonda tercinta dan menabung untuk bekalan hari tua kami. Dalam usia 38 tahun, sudah ada perniagaan sendiri dan dalam waktu yg sama, masih makan gaji di tempat aku bekerja sekarang. Sudah memiliki rumah, tanah, kereta yang bukan diwarisi tapi hasil titik peluh sendiri. Tidaklah semewah hidup yang kaya dan ternama tapi at least aku dapat apa yang aku hajati. Rezeki Allah S.W.T. Syukur. Alhamdulillah. Dan hakikatnya, aku tak pernah teringin dan berimpian utk hidup bermewahan begitu. So .. apakah jawapannya? Jawapan aku hanya satu ~ "SUKA-SUKA". 

Untuk siapa tulisan2 aku? Untuk tatapan sang anak, buat kenangan teman dan semua kesayangan di kala aku tiada lagi di bumi ini. Aiman anak tunggalku, dia tiada adik beradik lain utk berkongsi kenangan dengan ibunya*sedih .. bergenang airmata*. Satu hari nanti tulisan-tulisan ini bakal menjadi penyambung kasih antara kami. Biar dia tahu ketabahan dan kekuatan ibunya mengharungi susah payah, jerit perih hidup ini dalam membesarkan dia  tanpa mengharapkan bantuan dan belas kasihan orang lain. Ye, aku sangat berdikari.

3. Ke mana hala tuju tulisan-tulisan kita?
Tak da ke mana-mana. Mau dijadikan bahan rujukan? Blog aku ni langsung tak layak. Lebih layak lagi blog masakan Cik Mat Gebu yang dijadikan rujukan oleh mereka-mereka yang mahu ke dapur. Sungguh mulia taraf blog Cik Mat. Yang aku nampak hala tuju tulisan-tulisan aku ini adalah anakku. Hanya dia.

OK. Cukup sudah aku bermuhasabah. Bergenang gak airmata terutama bila sebut 'anak'. Tiba masa utk back to the reality ~ Nak bersiap untuk High Tea yang dianjurkan oleh officemate. May u have a good wiken, my fren. Moga sentiasa berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah S.W.T. Amin.


Jgn tengok weih. Nanti tergoda ai tak tau ...

Ai kan memang suka main  masak-masak kat dapur ai sorang-sorang ... Hari-hari ai masak. Sampai kdg-kdg ai naik 'blurr' .. tak tau nak masak apa. Tapi biasanya ai masak apa yg org nak makan tu suka lah. No point la masak apa yg ai suka, kan. Tu syok sendiri namanya. Hihi ..

Pagi ni ai masak Ikan Siakap 3 Rasa buat santapan darling ai.
Penah terpikir tak apa benda yg 3 rasa tu? 3 rasa tu agaknya masam, manis dan pedas kot? Hihi ..
Forever Love mesti teringin ni. Hari tu dia da ckp nak dtg mkn kat rmh ai.
U wait .. wait eh .. I'm not ready. Hihi ..

Pastu ai goreng Tempe. Ratah pun sodap. Nyum .. nyum . .nyum ..

Walaupun ai masak yg mcm sedap dan best2, sarapan ai tiap-tiap ari tetap Biskut Lemak + Nescafe.
 Semalam lagi teruk ~ Bawang goreng + Nescafe.
 Arini Epal merah + Nescafe pulak. Tukar selera. Sian perut ai, asyik makan Biskut kering je.

Lunch tadi kat Sri Hartamas. Masa tengah makan, tiba2 ai teringat lauk Ikan 3 Rasa kat rumah. 
Sedapnya makan dengan Nasi panas-panas.

Penang Asam Laksa. Ai suka sgt Asam laksa tapi sejak kawin tak penah buat sendiri.
Dok makan yg org buat je. Mengada ai, kan. Hihi 

Ha .. yg ni bkn makanan. Tapi ai la ~ Chef dan tukang makan makanan2 kat atas. Hihi ..

Esok ai ingat nak buat sarapan Nasi Lemak. Hari Sabtu sarapan 'heavy' sikit tak pe. Sebab lunch nanti dah tentu pukul 3 atau 4. Eh .. u ols makan apa tadi? 

p/s : kdg2 aku .. kdg2 saya .. kdg2 ai u.. ai u. Ikut la mood dan situasi ai masa tu. Hihi ..

Excitednya ..


Excitednya ..
Sungguh teruja. Sungguh excited dengan plan dan rancangan yang dah diatur untukku minggu depan dan bulan hadapan. Penuh dan padat jadual aku beb. Rahsia .. rahsia .. tak leh bagitau. Hihi ..

Langkah demi langkah. Moga tiap langkah menghasilkan buah .. eh silap .. membawa tuah. Haha ..

Alhamdullillah ~ Semuanya dari Allah.

Minggu lepas, ada satu good news. Semalam masa p bank, dapat 1 lagi good news. Pastu malamnya dapat 1 lagi good news. Syukur .. syukur .. Alhamdullillah. Semuanya dari Dia. Yang maha berkuasa, Yang Esa, Yang mencipta segala-galanya.

Sesungguhnya kita manusia yang bertuah. Kalau hari ini kita menangis, esok kita dapat berita gembira. Kita diduga dan diberi nikmat serta ganjaran oleh Dia. Percayalah ~ Bila kita ikhlas, Tuhan beri ganjaran tanpa dipinta. Syukur. Alhamdulillah.

Little Taiwan

Penah dak makan kat 'Little Taiwan'?Ala .. yg Maria Tunku Sabri jadi duta tu. One of the day this week, aku gi lunch kat situ. Tengok dan belek itu Menu, yg ni je la yg bisa membuka seleraku.

 Dalam dia ada crabmeat, ayam, sayur-sayuran dan cendawan. OK la. Boleh tahan sedap.
Roti sekarang telah dipelbagai gaya dan rupalah. Kreatiff!!

Fried Golden Mushroom ni memang favorite aku.
Tu je la yg aku berselera nak makan utk tengahari tu. Hmmm .. nasi panas, ikan masin goreng, ulam dan sambal belacan gak yg sedap eh.




Ikhlas kah kita dan dia??

Kita hulur salam persahabatan dengan ikhlas tapi yg menyambutnya belum tentu, kan. Keikhlasan tak perlu dengan kata-kata.  Gerak geri, raut wajah sudah cukup utk menyerlahkan semuanya. Kita boleh rasa ~ dia sudi atau tidak. 'Warm or not'. Dia pandang kita sebelah mata atau dgn hati dan jiwa. Atau sekadar ala-ala sahaja.

Tak pe lah. Yang penting aku ikhlas.


Ini hari aku kelam kabut

Terbangun lambat. Bengang + geram sangat-sangat. Minggu ni dah 2 kali bangun lambat. Hari ni worst. Aku terjaga pukul 7:25. Kesian Aiman tak pegi sekolah. Frust betul muka dia tapi mana leh lawan masam kelat muka aku. Sebal + sesal lah. Aduhai .. camna la boleh terlupa nak 'on alarm'. Haih ..

Pagi ni ada appointment dgn Bank bandar*Citibank le ..* Semalam dah buat appointment pukul 10 pagi. Tup tup masa aku otw, Bank officer called and postpone to 11 pagi. Bengang tak? Aku dah otw ok. Dah la jalan jem lagi, helicopter pun tak ada. Double bengang aku ok. Utk menghabiskan masa sementara nak pukul 11 , aku gi KLCC dulu. Mood masa ni memang dah melayang-layang .. kepala pun da ting tong sampaikan walau banyak burger sedap-sedap dan marvellous kat Burger King KLCC tapi 'Onion Ring dan Coffee' ni je yg menambat hatiku. Hilang selera aku. Haih ..

Tak boleh lawan 'Onion Ring' A&W lah.

Memandangkan sarapan cuma bawang, sekejap dan laju je la aku makan. Banyak masa lagi nak ke pukul 11 so aku pun jalan-jalan. Konon nya nak cuci mata je. Korang percaya? Jgn percaya. Ella kalo cuci mata je tak sah. Mesti nak cuci poket gak. Kan sopink itu terapi? Hihi ..


Hasil sopink tak dirancang hari ini.

Dah habis urusan kat KLCC, urusan kat Bank CT aku pun balik opis. Wah .. member kat opis terkejut tengok aku. Diaorg ingat aku 'full day leave', rupanya separuh je. Ada la benda-benda nak kena settle kat opis. So, walau penat .. keja jugaklah.

Otw balik singgah lunch kat Restoran Bapak, Jln Kuching. Bosan lak tgk kedai makan kat KLCC tu. Nasi separuh, Telur sambal, Perut masak lemak, Ulam timun dan sambal kicap. Hmm .. sedap. Kalau mood tgh baik, haruslah licin aku makan. Nama pun dah 'sopink' terapi tadi, kan. Hihi ..



Ayam goreng kunyit dan Sosej tak da nama ...

Sebagai ibu kepada Biggie Monster,  yang bekerja dah tentu lah peluang aku utk makan kat rumah cuma sekali sehari je iaitu pada waktu malam*tu pun kdg-kdg tak makan* tapi walau camtu aku tetap masak tiap-tiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu utk kesayangan kat rumah ni. Beruntung la diaorg ni ada aku. Echewah .. masuk bakul angkat sendiri la pulak. Hihi ..

 Ayam goreng kunyit bahan tak cukup. Tak pe lah. Janji ada ayam dan kunyit dah kena dgn nama dia tu. Hihi

Sosej masak ... masak apa eh? Hentam sajalah, sukati korang la nak bagi nama apa. Takda nama la. Hihi .. Dulu resepi ni KY (kakak aku) yang bagi. Sosej di masak dengan 'minced chicken', bawang besar potong dadu, buh sos tiram, sos cili dan sos tomato. Patutnya ada sayur campur 3 serangkai tu tapi stok da abis. So carrot pun boleh la. Aiman punya favorite ni. Mesti berpinggan-pinggan dia layan. Hihi ..

Betulkah 'diet' kita selama ini?

Pakar kata :-
Berpeluh banyak masa senaman tu belum tentu pecah lemak. Itu cuma buang lebihan air dan toksin dalam badan je.

Pakar kata :-
Lemak terletak beberapa lapis dari bawah kulit. So how are u sure that u have achieved the target to burn that fat and calories walhal dah termengah-mengah berexercise?

Pakar kata :-
Walaupun berjaya turunkan berat badan, tapi barangkali cuma daging kita yg mengecut bukan pembakaran lemak yang terjadi sebab kita bersenam ikut cara kita yang kita rasa betul tapi sebenarnya belum tentu betul.

So, berat badan memang dah turun tapi dari sudut kesihatan masih belum tip top lagi sebab hanya proses pengecutan daging sahaja yang telah berlaku tapi lemak tetap tepu dalam badan. Mana taknya, lemak terletak beberapa lapis bawah badan pastu yang berpeluh beria-ia tu rupa-rupanya lebihan air je, bukan proses pembakaran lemak. Aduhai ..

Sungguh la berguna ilmu yang aku dapat hari Ahad tu. Thanks to Mr. David. The Korean guy yang telah memberi sedikit ilmu dan pengetahuan yang sangat-sangat berguna. No matter la kadang-kadang kita tengok org yang berjaya turunkan berat badan ni macam kecut je, kan. Rupa2nya 'method' tak betul. Alahai .. banyak nya nak kena belajar. Tak pe .. Tuntut lah ilmu walau hingga ke negeri Cina. Wah .. jauh tu!! Haha ..


Pahit-pahit lemak

Kalau masam kita kaitkan dengan manis, yg pahit boleh la kita kaitkan dengan lemak. So hasilnya ialah Pahit-pahit lemak.

OK. Jom cerita pasal peria pahit. Masa kecik dulu, cukup tak suka makan peria. Selalu tengok mama potong peria pastu dia ramas-ramas dalam air garam, dia kata nak kurangkan pahit. Tapi bila makan, still pahit gak, tak hilang pun pahitnya. Hihi ...  

Peria hiris nipis-nipis, gaul garam kunyit dan serbuk jintan manis. Rangup dan sedap. At least bila buat camni tak la pahit sangat. Percaya tak, sebiji peria yg sederhana besar Biggiemonster boleh habiskan sorang?

Percayalah  .... *ala-ala Tokti* hihi ..


S.O.S. ~ Get me a helicopter pleassseeeee ..


Tiap2 kali sebelum tido aku mesti membayangkan hari esok
Esok aku nak pakai baju warna apa .. apa paperwork yang urgent kat opis ..
Nak masak apa .. Wah .. mcm2 nak kena pikir sebelum tido eh.
OK lagi tu .. As long as we are happy, masalah yg maha berat pun jadi kecik je kat kita, kan

Yg paling tak bestnya bila tiap kali sebelum tido terbayangkan "JALAN"
Esok jalan jam tak eh??
Aduhai .. dari bulan Januari sampai sekarang, "attendance ku merah tiap-tiap hari"
Traffik jem dari Sg. Buloh ke persimpangan LDP meletop-meletop. 
Nak naik motor?? Aku tak reti.
Nak naik basikal?? I pakai skirt, camna??
Public transport? Dari SB ke Segambut tak da ..

Ada sapa-sapa ada helicopter?? Helpppppp .. Get me a helicopter pleaseee .. Aku mahu niki bilon. Haha ..



Lepak-lepak kedai mamak dengan SB

Tengah lepak kat kedai mamak. Bukan nak makan pun sebenarnya. Sekadar nak menghabiskan masa sementara menunggu Aiman habis tution. Malas nak keluar masuk so lepak kedai mamak lah jawapnya. Tapi kali ini 'special' sebab lepak di sini ditemani beberapa org geng sahabat blogger. Femes oo diaorg. Ahli-ahli Sahabat Blogger mesti kenal diaorg. Nak tau sapa dgn aku sekarang??

Jeng ..jeng .. jeng .. 

Mereka-mereka yang bersama aku ialah AtiqsallehFarhana Sahri dan Ahmad Jer. Wah .. wah .. wah .. Hari ni bertemankan budak-budak muda. Terasa muda 10 tahun u. Haha ..

Gol ... wah .. terkejut kitorg. Alamak .. Khairu Fahmi kena tendang?? Wah .. main kasar nampak. Macam-macam ada malam ni. Meriah!! Budak-budak ni pun fun. Bertuah aku dapat kenal diaorg. Org kuat SB lak tu. Hihi ..


Buah-buah di dalam dan luar rumah

Buah-buah yg ada di dalam dan luar rumah buat masa ini, sekarang ini. Dah terbiasa, pas makan carik buah. Kalau tetiba lapar, makanan pulak takda .. cari buah. So, nak tak nak kena la ada stok di dalam dan di luar peti. Hihi ..

Both are seedless. Favorite se famili. Agak2 kalo buat jus sedap tak eh?

Yg ni dok luar rmh. Abah Aiman bwk balik dari outstation aritu.
Kalo duk dlm rumah, mati la .. pengsan la aku. Hihi ..

Pisang emas dan buah limau kasturi ditanam sendiri.

Lemon is my favorite tapi belum lagi cuba tanam sendiri.
Beli je kat MyMydin depan rumah tu.
Ni buat perah dlm Jus Timun. Sedap weih.




Ayam Masak Serai dan Rahsia semalam.

Nak tau satu rahsia?? Ikan Talapia Masam Manis tu sebenarnya aku masak dalam keadaan kelam kabut dan 'rushing'. Aku terjaga pukul 6:55 pagi semalam. Kelam kabut beb .. Solat Subuh pun terlepas. Tu la akibatnya kalo sokmo suka 'Take 5' atau dlm bahasa yg lebih mudah difahami 'Jap eh .. lagi 5 minit'. Padan muka terbabas. Pagi ni, henfon berbunyi je cepat-cepat mataku terjegil. Sumpah tak berani buat lagi. Haha ..

Ayam Masak Serai buat santapan En. Bodyguard sepulangnya dari sekolah nanti.

Mula-mula dapat resepi ni dari adik ipar belah abah Aiman. Tapi aku adjust sikit. Dia kisar serai sampai hancur tapi aku ketuk je. Senang sangat nak membuatnya. Kisar halus cili masak dan bawang besar (nak pedas boleh tambah cili kering atau cili api). Goreng dulu ayam tu separuh masak. Pastu tumis bahan yg dah kena mesin tadi .. masukkan serai yang diketuk. Bila serai dah kering, bau dia pun dah naik, masukkan ayam dan asam keping. Seimbangkan dengan garam dan gula. Senang, kan. Nak lagi senang kita naik dua kuali sekaligus. Satu goreng ayam, satu lagi masak sambal. Aku sokmo buat camtu. Sebab i buru-buru u. Hidup i kan mcm 'Emejing Res'. Mcm-mcm benda nak dibuat .. mcm-mcm org nak dilayan. Well, life is a choice. Takda org paksa aku jadi Chef atau bibik di rumah sendiri. Tapi .. dah aku bahagia dan rela dgn buat benda-benda tu. So, Emejing Res pun Emejing Res lah. Pe salahnya, janji bahagia. Kan korang kan ... Haha.

Baik Datuk ..

Tu je yang aku cakap dekat Datuk yg banyak cakap semalam. Macam 'bullet train' dia bercakap. Dengan laju .. dengan kuat .. langsung tak boleh mencelah. So .. Baik Datuk, then i put down the phone. After 30 minit, dah cool i call him back. OK let's finish the unfinish conversation. Boleh tak korang buat camtu? Apa guna berbincang bila graf emosi dia naik mencanak-canak, kan? 

Muka orang bengang dengan Datuk semalam.

Mencari nama.

Org sekarang .. nama nak meletop .. nak hot je kan? Masa tengah 'pregnant' dah mula bukak buku demi buku, kitab demi kitab, mencari nama yang sesuai buat yg bakal lahir. 

Ada yg mencari 'kesedapan' dan 'keayuan' nama tersebut. Ada yg mencari nama yg ala-ala moden*konon*Hihi .. Ada yg mencari nama yang mempunyai maksud yang baik. Macam-macam, kan.  

Masa nak menamakan Aiman dulu, nama Aiman kami berdua yang pilih tapi Yusuf adalah nama yg diberi oleh Ayah Sedara Aiman, My BIL. Aku sebut Muhamad Aiman dia kata tak best. Y not Aiman Yusuf?? OK gak tu. Cantek lak bila Aiman+Yusuf bergabung. So, kita ber2 pun "on" je la dengan nama tu.

Tapi kan, cuba kita fikir .. apa yg tak kena dengan nama Joyah, Bedah, Kiah, Jenab?? Ok jugak kan nama-nama 'typical' camtu?? Or nama-nama seperti Cempaka, Melati, Tanjung pun tak kurang hebatnya, betul tak.

Watever .. janji bahagia. Anak kita .. sukati la nak  bagi nama apa, kan. Entry ni sekadar suka-suka je, tak bermaksud apa-apa. Jangan ada yg terasa eh. Hihi ..

Mr. Bodyguard

In my life, i have a bodyguard. He was trained to follow me since he was a little boy i.e. 4 years old. Tu la kan, kalo org da minat, susah mana pun dia akan usahakan jugak. Kalo org lain, tak kuasa la nak bwk budak lelaki hyperactive umur 4 tahun ke salun. Mana nak set rambut lagi .. mana nak membelai badan lagi .. Bodyguard kecik tu pulak berlari-lari sana sini. But i dont care. Tak da yg mustahil dan susah asalkan kita nak. Beranak kecik bukan alasan utk tidak menjaga diri. I love myself very much. Setiap ciptaan Tuhan itu berharga, maka sewajarnya lah kita jaga dengan sebaik-baiknya. Alamak .. tu flashback cite 10 taun dulu tu daaaa .. Sekarang dia sudah besar, sudah remaja, sudah 15 tahun. Sudah tak comel tapi sudah berubah menjadi hensem. Ehem ... ehem .. jgn perasan Aiman. Hihi ..

Thru my blog, ramai yg dah kenal my Bodyguard . Ada cerita di sebalik title Bodyguard tu sebenarnya, terutamanya on how he get the title. Baca sini eh. He was so sweet, so nice, so cool nice little boy and he is so atached to me till now. Dia memang sangat rapat dengan aku. Mungkin sebab Abah dia selalu sibuk dan tak banyak cakap. He talked to me more, listen to my story and meet all my friend more than his father. Mana-mana pergi, aku akan bawak dia. Jantung hati aku, mana leh tinggal, betul tak?? Mati la kalo gi jalan jantung tinggal kat rumah. Kalo keja lain arr citenya. Haha ..

 Mr. Bodyguard ..

Mr. Bodyguard with my frens ..

Nak tau lebih tentang dia? Boleh .. boleh .. tapi kena la lalu 'Toll gate ~ Mama' nya dulu. Haha .. Good thing. Aiman my bodyguard sudah mula menulis. I'm so happy. Moga Aiman bisa bertahan, diberi kekuatan, ketekunan dan kerajinan utk menulis. May u improve your quality of life through writing and reading Aiman. Buka minda .. Fikir .. dan terus berfikir. Kita makhluk ciptaan Tuhan yang paling indah, paling cantek, sempurna serba serbi termasuklah diberi akal untuk berfikir. At the same time, stay focus on your study. Jadilah anak yg solehah, yg taat pada perintah Allah S.W.T. Amin.

Moga blog hadiah mama buat Aiman ini akan menjadikan Aiman insan yg lebih berkualiti. Amin. Jom kawan-kawan, lihat Bodyguard saya di sini.

p/s : Terima kasih Cik Mat Gebu yg sudi buat n3 khas utk Aiman di sini.  Tak sangka. Terharu. sob .. sob ..




Masam masam manis ..

Dalam hidup, kita kena telan semua peristiwa samada yg indah atau yg tak indah. Yg pahit, yg manis, yg tawar, yg masin, yg masam ~ semua kena telan. Baru la hidup kita lengkap dan sempurna. Kalo manis all the time where got fun beb. Tak da cabaran .. tak da challenge. Not good. Hihi ..

Ikan Talapia Masam Manis ~ Sedia utk ditelan. 
Sapa mau?? RM8.90 je. Hihi ..
Ok la tu kan sebab Diana kata makanan Kakchik nampak mahal sebab hiasannya. Hihi ..

Sunway Giza??

I love Sunway Giza. Have u been there? Ala .. yg kat Kota Damansara tu .. yg lepas traffik light Casa Indah Condo tu la .. ala .. yg seberang Padang Kota tu.. Tau tak kat mana? Tak tau?? Alahai .. susah sgt meh le aku jadi  Tourist Guide korang. Moh aku bawak kome ke sana. Hihi .. Aku pun sebenarnya 1st time dtg sini masa 'date' dgn MDT ari tu. Tapi tu lah .. sekali datang terus jatuh cinta pandang pertama. Jom tengok .. pe benda yg best sgt tu??


Apa ada di Sunway Giza?? Kalau nak tau, this are sgt femes dgn aktiviti makan-makan terutamanya malam. Sgt happening ~ With lights .. with sounds .. with people .. with empty pocket cos moneys goes out. Haha ..

Nice interior, kan. Yg pakai skirt kembang careful ye .. atas tu ada kipas besar!! Haha 
Spacious, nice and safe. Nak main kejar-kejar dgn anak kecik pun bole. Hihi ..

Deretan kedai makan dan entertainment spot. Bkn semua halal ye kwn-kwn.
Tapi yg paling best - hampir sume outlet 'Free Wifi'. Hihi ..

Eh .. nak gak ambek gambar kat 'spot' ni. Jakun sungguh!! Haha ..
Eleh .. sesekali feeling ala-ala tourist pe salahnya, kan. Hihi ..

Antara kedai-kedai yg ada disini. Idak le byk sgt kan??

I think most of the people come here for makan-makan. But still, tak banyak sangat F&B outlet di sini. Mungkin sebab masih baru .. atau mungkin sebab kat belakang Sunway Giza memang dah sedia ada deretan kedai makan yg sgt femes meletop-letop terutamanya pada waktu tengahari dan malam. Mungkin .. mungkin .. mungkin .. apa-apa la ye. Hihi ..

Lagi gambar-gambar dan cerita 'dating' kami ada di sini. Gi la tengok. Cantek-cantek weih gambar kat situ termasuk lah 'kasut gladiator' ai*nak copy gmbr tak leh lak .. mdt kedekuts* hihi ..