Ini hari aku kelam kabut

Thursday, February 24, 2011

Terbangun lambat. Bengang + geram sangat-sangat. Minggu ni dah 2 kali bangun lambat. Hari ni worst. Aku terjaga pukul 7:25. Kesian Aiman tak pegi sekolah. Frust betul muka dia tapi mana leh lawan masam kelat muka aku. Sebal + sesal lah. Aduhai .. camna la boleh terlupa nak 'on alarm'. Haih ..

Pagi ni ada appointment dgn Bank bandar*Citibank le ..* Semalam dah buat appointment pukul 10 pagi. Tup tup masa aku otw, Bank officer called and postpone to 11 pagi. Bengang tak? Aku dah otw ok. Dah la jalan jem lagi, helicopter pun tak ada. Double bengang aku ok. Utk menghabiskan masa sementara nak pukul 11 , aku gi KLCC dulu. Mood masa ni memang dah melayang-layang .. kepala pun da ting tong sampaikan walau banyak burger sedap-sedap dan marvellous kat Burger King KLCC tapi 'Onion Ring dan Coffee' ni je yg menambat hatiku. Hilang selera aku. Haih ..

Tak boleh lawan 'Onion Ring' A&W lah.

Memandangkan sarapan cuma bawang, sekejap dan laju je la aku makan. Banyak masa lagi nak ke pukul 11 so aku pun jalan-jalan. Konon nya nak cuci mata je. Korang percaya? Jgn percaya. Ella kalo cuci mata je tak sah. Mesti nak cuci poket gak. Kan sopink itu terapi? Hihi ..


Hasil sopink tak dirancang hari ini.

Dah habis urusan kat KLCC, urusan kat Bank CT aku pun balik opis. Wah .. member kat opis terkejut tengok aku. Diaorg ingat aku 'full day leave', rupanya separuh je. Ada la benda-benda nak kena settle kat opis. So, walau penat .. keja jugaklah.

Otw balik singgah lunch kat Restoran Bapak, Jln Kuching. Bosan lak tgk kedai makan kat KLCC tu. Nasi separuh, Telur sambal, Perut masak lemak, Ulam timun dan sambal kicap. Hmm .. sedap. Kalau mood tgh baik, haruslah licin aku makan. Nama pun dah 'sopink' terapi tadi, kan. Hihi ..



You Might Also Like

13 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here