Buat baik berpada-pada .. Buat jahat jangan sekali. Pepatah lama yang sangat bermakna dan patut dijadikan amalan kita semua.
Dalam waktu yang sama ... berhati-hati kerana ada kalanya "Kebaikan kita adalah Kelemahan diri kita sendiri tanpa kita sedari". Terlalu baik membuatkan kita susah berkata "Tidak". Takda hati kering dalam diri. Kalaulah "hati kering" ada dijual di kedai mamak ...
Ada kalanya terlalu baik, menyebabkan orang lain ambil kesempatan. Hmmm .. baik susah .. tak baik rasa bersalah. Camna tu?
Pada saya, baik atau terlalu baik seseorang itu datang dari dalam. Bukan lakonan. Berkelakuan baik pada seseorang yang lain lahir dari perasaan sayang. Bila wujud perasaan sayang, maka timbullah rasa ingin menjaga yang disayangi lalu kita berbuat baik dan melayani yang disayangi itu dengan baik.
OK. Sekarang dah habis baca sume boleh tengok sekeliling. Tengok mereka-mereka di sekeliling kita. Baikkah mereka dengan kita? Atau hanya kita yang baik dengan dia? Good .. kalau kedua-duanya menjaga satu sama lain dengan baik. But if one way .. is it worth? Life is two way traffic .. not one way. Memberi dan menerima. Tak da makna kalau kau hanya memberi tanpa menerima. Mula-mula rela ... akhirnya?? Dah ramai yang penat saya jumpa.
Buat diri saya pulak, saya sangat-sangat baik dengan orang yang saya sayangi. Saya tabur bakti dengan ikhlas seikhlas-ikhlasnya tanpa mengharap balasan. I always told myself not too expect too much. Too much expectation will leads to frustation. Itu yang saya belajar sepanjang hidup ini. Kalau hari ini kita baik dengan "A", esok-esok bila kita susah, belum tentu "A" menjadi "Wira" kita meskipun kita terlalu baik dengan dia. Mungkin "B" .. orang yang tidak disangka-sangka? Walaupun begitu .. jangan berhenti dan merasa penat untuk terus berlaku baik. Percayalah pada rahmat Tuhan pada hambaNya. Sesungguhnya orang yang baik itu disayangi ....
p/s :~ Entry motivasi buat diri sendiri...
6 comments:
=)
yaaaaa....kebaikan kita datangnya dari dalaman dan bukan sekadar lakonan atau hipokrit semata-mata...
selalu baik sangka...
dlm berhati-hati sedihnya jika terkena dgn merea yg paling kita percaya.
bersangka baik pada yg layak~
biasalah kakcik..org suka ambil kesempatan diatas kebaikan kita.cuma kita yg tak pandai nak ambil kesempatan..walaupun org tu baik dengan kita..
Post a Comment