Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rebecca 'jelmaan' Tina Turner di konsert SIMPLY THE BEST - CELEBRATING TINA

 

Julai ini, Milestone Production akan membawakan Konsert  Simply The Best : Celebrating Tina, the Queen of Rock & Roll yang bakal dipersembahkan khas oleh Rebecca O'Connor.



Selama tiga malam berturut-turut dari 11 hingga 13 Julai 2024, Rebecca O’Connor bakal mengubat kerinduan peminat-peminat mendiang Tina Turner apabila Rebecca O'Connor akan beraksi di sebuah konsert khas penghargaan buat mendiang Tina Turner dalam konsert SIMPLY THE BEST, REMEMBERING TINA.  

Rebecca yang telah hampir 15 tahun mengelilingi dunia dengan persembahan SIMPLY THE BEST, mempunyai perwatakan hampir menyamai mendiang Tina Turner baik dari segi tenaga serta karisma beliau, lengkap dengan rambut lebat mengerbang, suara yang bertenaga serta pakaian yang berkilauan, persis mendiang Tina Turner. Suara beliau ketika mendendangkan lagu hits Tina seperti “What’s Love Got To Do With It” “Private Dancer” dan “Simply The Best” sangat mempersona dan memikat hati penonton.  Rebecca merupakan satu-satunya penyanyi yang diakui kehebatannya oleh Tina yang pernah mengatakan “Rebecca is so good, it’s scary”

Berbakat semulajadi, Rebecca yang berasal dari Cobh, Cork juga mempunyai darah Jamaican. Perjalanan Rebecca dalam bidang muzik bermula setelah mendapat inspirasi dari ayah angkat beliau yang memperkenalkan lagu-lagu Tina Turner kepada beliau sejak dari kecil lagi.

 Bagaikan dilanda letupan gunung berapi di dalam hati itulah yang saya rasa sejak kali pertama saya mendengar lagu Tina Turner. Mendiang merupakan seorang wanita yang sangat hebat dan banyak mempengaruhi saya.

 

Dibesarkan di dalam keluarga yang mencintai muzik bersama tiga orang adik beradik angkat, minat Rebecca dalam bidang muzik dipupuk sejak dari kecil menjadikan beliau memilih seni sebagai karier diiringi restu dan sokongan berterusan dari keluarganya. Beliau mula mempelajari seni tarian Irish pada umur tiga tahun dan pernah menduduki tangga ke lapan terbaik di dunia sebelum menjadi penyanyi utama untuk sebuah kumpulan muzik pada usia 17 tahun. Rebecca mempesonakan 33 juta penonton dan satu-satunya artis dari Irish yang telah memenangi European TV show “Stars in Their Eye”. Rebecca turut mempersembahkan bakat beliau dalam rancangan “The Voice Australia” untuk Rita Ora dan Keith Urban.

Karier Rebecca berkembang jauh dibawah pengurusan syarikat Fleetwood Mac dimana suara dinamik beliau, minat dan kesungguhan dalam bidang muzik dan penampilan pentas penuh karisma persis Tina Turner telah menyebabkan beliau mendapat peminat dari UK, Australia, Barbados, UAE dan Afrika Selatan.

Rebecca telah bersedia untuk menggegarkan Kuala Lumpur dengan persembahan yang tidak mungkin anda lupakan. Ibarat menonton jelmaan mendiang Tina Turner di pentas, anda akan dihiburkan dengan lagu-lagu popular sepeti Nutbush City Limits, Proud Mary, River Deep dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang menonton Rebecca dengan penampilan, gaya dan persembahan persis mendiang Tina – rambut lebat mengerbang, pakaian yang glamour dan berkilauan dan gincu bibir berwarna merah yang sangat sinonim dengan mendiang Tina Turner. Rebecca bakal menghilangkan kerinduan anda pada Tina Turner dengan membawakan semangat dan tenaga Tina di pentas Zepp KL dari 11 hingga 13hb Julai ini!

Harga tiket :
Premium RM638
VIP RM538
Cat A RM398
Cat B RM198
Platinum Box RM4,800 untuk 6 orang
 
*Tidak termasuk Fee process tiket RM4 seorang dan SST 8%
* Sebarang tempahan untuk Platinum Box/ Korporat / Berkumpulan atau Orang kurang upaya, sila hubungi 012 332 3024 atau email sha@milestone-entertainment.com
 

 Diskaun eksklusif untuk pemegang kad Maybank. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milestone-entertainment.com. Terma dan syarat-syarat

Your kindness is your weakness

 Last time, a friend of mine told me :

Your Kindness is Your Weakness 

Without I realised, what she said is TRUE. People love me because I am kind. People ask me instead of others because of my kindness. People scold me, talk about me because they know that I won’t argue or fight. Not because of I am right or wrong but because I chosed to be kind to my heart. 

It is good to be kind. The kindnest soul come from a strong heart. A heart which has been hurt and healed on it’s own many times. A heart which is still in a good shape instead of all hurts that she faced. A heart that stands on her own because she believes that only she understands her heart. A heart which always CHOOSE KIND no matter what.