Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Susah eh nak bersangka baik?

 



Paling suka ayat ni .. Allah tak bagi harini, Dia bagi esok. Yang penting kita kena selalu bersangka baik.

Susah eh nak bersangka baik? Setiap prasangka samada baik atau buruk adalah cerminan hati kerana segala rasa datang dari hati. Hati yang tak baik memang akan berfikir yang buruk-buruk sahaja samada kita sedari atau tidak.

Sebab tu kita kena selalu re-set minda, terutamanya bila prasangka buruk menguasai diri.

Ingat satu, segalanya berlaku dengan izin Allah untuk menguji kita. Sebab tu dalam apa jua situasi, kita kena sabar dan sentiasa positif. Lagi banyak kita sabar, lagi banyak ganjaran Allah menanti, terutamanya Pahala. Keep calm, keep moving and take necessary action.

Cantik ujian. Kaya ujian. Pandai ujian. Sedap pun ujian.

 Dalam hidup ni, kita takkan terlepas dari ujian. Setiap saat, setiap waktu kita diduga.

Sihat ujian. Tak sihat pun ujian. Pandai ujian. Tak pandai pun ujian. Kaya ujian. Miskin pun ujian. Cantik ujian. Tak cantik pun ujian. Senang ujian. Susah pun ujian.


Dapat makanan sedap, ujian. Makanan tak sedap pun ujian. Kita kena bijak menghadapi ujian-ujian tersebut.

Perempuan Itu - Watak guru agama memang harus begitukah?

Hai lovely readers,

Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang drama yang sedang viral di kalangan penggemar drama Melayu iaitu Perempuan Itu yang ditayangkan di tonton. Drama ini sudah menghampiri beberapa episod terakhir.


Drama Perempuan Itu mengisahkan kisah hidup Khalish, seorang wanita yang diduakan serta dimadukan oleh suaminya Tengku Amir lantas beliau menuntut cerai. Untuk mulakan hidup baru, Khalish telah membuat House of Khansa bagi membela nasib-nasib wanita berkahwin yang teraniaya.



Walaupun telah mulakan episod baru, Khalish masih diganggu oleh bekas suaminya, Emir yang mahukan beliau kembali dan masih diganggu oleh bekas madunya, Seira yang merasakan rumahtangga beliau masih dibayangi oleh Khalish.




Pada Misz-ella, plot drama ini terlalu stereotaip. Kisah-kisah begini sudah terlalu biasa kita dengar malah kisah-kisah seperti ni sudah terlalu biasa ditontonkan tapi tak apa lah .. dari sudut perniagaan, mungkin penerbit mahu ambil kesempatan di atas gelombang kisah penceraian Puteri Sarah dan Syamsul Yusof baru-baru ini .. laki kahwin lain, isteri pertama mintak cerai.

Cuma Misz-ella nak mengajak pembaca sama-sama berfikir tentang karakter watak-watak di dalam drama ini.

Watak Ustaz Salahudin, bapa kepada Khalish yang dilakonkan oleh Eman Manan .. seorang guru agama harus begitukah? Ego? Cakap dia je betul, tiada simpati atau empathy terhadap yang lain meskipun anak sendiri? Kita sudah biasa disajikan dengan karakter seperti ini di dalam drama-drama terdahulu tetapi ini sudah tahun 2023. Malah ustaz-ustaz serta pendakwah di alam nyata masa kini seperti Ustaz Wadi, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus memiliki karakter serta gaya penyampaian berdakwah yang berbeza iaitu lebih mesra, lebih mudah difahami, lebih mudah didekati, tak bawak muka sombong atau ego dalam berdakwah.

Watak Khalish lakonan Mili Lana, memang airmuka kena selalu serius, takda sedikit pun kemesraaan atau elemen-elemen ceriakah? Realitinya manusia itu diciptakan secantik-cantiknya dan sebaik-baiknya oleh Allah SWT .. ada emosi iaitu gembira, sedih, suka, hiba .. airmuka pun berbeza-beza ada masa nampak muka kita ceria, ada masa nampak muka kita bimbang, sedih atau stress tapi airmuka Khalish dalam drama ni satu je, stress! 

Well, itulah yang bermain di minda Misz-ella. Macam tak real, kan, macam bukan realiti kehidupan di alam nyata.  OK tu je nak share dengan you all semua. Terima Kasih baca. Bye.

Cukup dan Syukur

 Assalamualaikum. Hai lovely readers ..

Lama sungguh Misz-ella tak menulis/menitipkan sesuatu di blog ini. Terlalu banyak hal-hal duniawi yang mencuri masa Misz-ella hingga blog terabai untuk sekian masa.



Kali ni Misz-ella mahu berkongsi rasa. Dalam hidup ini kita perlu ada rasa “cukup” dan “syukur” .

Lagi banyak kita "nak", lagi perlu kita titipkan di minda rasa cukup dan syukur kerana rahmat Allah datang dengan pelbagai cara. Rasa "nak" itu datang dengan dugaannya tersendiri. Malah jika kehendak kita dimakbul Allah SWT, ia bukan lah nikmat semata tetapi ada dugaanNya. Agak 'Deep' kan. Memang perlu kita fikir dalam-dalam supaya kita faham.

OK dah selesai kongsi. Kita jumpa lagi di blog post seterusnya, k. Terima Kasih baca.