Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Eskayvie ~ Cantik Dari Dalam

Hai readers. Harini Misz-ella nak buat entry berciri  'Sharing'.  One Saturday, i was invited to attend a Hi-Tea with Eskayvie, an exclusive program for Beauty Bloggers from The Butterfly Project. 

Sampai je kat The Pullman Hotel, Bangsar, i registered myself.  The environment was WOW .. we were greeted by the beautiful girls of Eskayvie. I started to look around .. tengok itu dan ini ..

UNLOCK SECRETS TO YOUTHFUL, ENRICHING LIVES FROM WITHIN 
ESKAYVIE REDIANZE & IQIDS PRODUCT SHOWCASE
This is what this Hi-Tea is all about. Menarik, kan.
EXCITED!! By this time my level of excitement is very high .. tak sabar nak tau lebih lanjut tentang Eskayvie dan produk-produknya ..






The Welcome opening by the M.C.

The Company introduction by Mr. Wong - Eskayvie's Sales & Marketing General Manager

Finally .. the most awaited moment. Ini lah masa yang paling ditunggu-tunggu oleh Misz-ella ~ Pengenalan dan penerangan produk Redianze dan IQids oleh Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie yang juga merupakan Doktor perubatan bertauliah. Penerangan yang diberikan sangat menarik, membuka minda, sangat terperinci. Suasana penerangan cukup santai, very friendly, penuh dengan gelak ketawa. Best. Memang best.

Dan semestinyalah bila penerangan diberi oleh mereka yang bertauliah maka 'input' yang kami dapat adalah berdasarkan kepada fakta-fakta Sains yang logik sahaja ... ermmmm .. seolah menyertai sebuah Majlis Ilmu kami rasa. 


Penerangan terperinci oleh Dr. Syid Ayob membuka minda kami tentang kepentingan meningkatkan tahap Collagen di dalam tubuh badan kita melalui pengambilan Redianze.  Paling penting .. kami lebih faham apakah Collagen. Dok sebut Ini ada collagen .. collagen ... bagi cantik, lawa, jambu selalu, awet muda tapi al-kisah sebenarnya tak tau pun Collagen tu apa. Ramai macam tu, kan. 

Perkataan Collagen berasal dari Greek yang bermaksud 'glue' atau gam adalah serat kuat yang menyusuri tubuh badan manusia berfungsi untuk mengikat dan menyokong otot-otot badan kita.  Collagen merupakan protein paling banyak didapati di dalam tubuh manusia iaitu sebanyak 75-85% dan didapati di kulit, otot dan tisu badan. Ia menyumbang kepada keanjalan tubuh badan manusia, dan membantu menjadikan kulit kita lebih lembut dan gebu dan menguatkan gigi dan kuku. Collagen didapati di dalam otot, sendi, rawan dan ligamen. Kekurangan collagen di dalam tubuh badan manusia bukan sahaja menyebabkan kekenduran ataupun kekurangan keanjalan otot-otot kerana otot-otot tersebut tidak lagi menyokong satu dengan lain dengan kuat malah menyumbang kepada masalah kesihatan.  Kajian mengesahkan bahawa setiap seorang dari kita akan mengalami masalah penurunan collagen sebanyak 1.5% setahun seawal dari umur 25 tahun.  Misz-ella dah 41 tahun .. banyak dah dia turun, kan. Alahaiii ..

Apakah Redianze?

Redianze adalah produk kesihatan dan kecantikan yang berfungsi sebagai Agen Anti Penuaan dan menyumbang kepada kesihatan tubuh badan.  Redianze dihasilkan oleh Doktor perubatan yang berpengalaman selama 15 tahun dan telah lulus  Ujian yang dijalankan oleh Saintis-saintis Antarabangsa.  Redianze diperbuat dari bahan-bahan terkemuka dunia yang diakui kehebatan dan keberkesannya. Antara bahan-bahan di dalam Eskayvie :-

1. AstaRealP2AF ~ merupakan antioksidan terkuat didunia yang diekstrak dari 'micro algae' yang berupaya membantu membasmi radikal bebas di dalam tubuh badan manusia. AstaRealP2AF menyamai 6,000 kali ganda lebih berpotensi dari Vitamin C yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan manusia.
2. Hydrolized Marince Collagen Peptides (HMCP) ~ sejenis marin kolagen kompleks yang terbukti mudah diserap oleh badan dan membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan.
3. Ekstrak Prunus Persica yang kaya dengan vitamin, fiber, bersifat Anti Oxidant, tinggi zat besi dan potassium yang sangat diperlukan untuk memberi daya tahan yang kuat kepada kulit.  
4. Vitamin C ~ Siapalah yang tak kenal Vitamin C, kan. Asid Absorbic di dalam Vitamin C telah lama dikenali sebagai agen kecantikan yang paling banyak digunakan.  Asid absorbic membantu untuk meningkatkan penghasilan collagen di dalam tubuh badan manusia, merupakan Agen Pemutih yang boleh memutihkan kulit, berkeupayaan untuk menentang Cancer dan berupaya untuk mengelakkan penuaan Pra-Matang.

Redianze bukan sahaja menyumbang kepada kecantikan malah juga untuk kesihatan dimana ia menguatkan sendi, meningkatkan sistem vaskular dan lain-lain lagi. Redianze dicipta berdasarkan kepada formula Cantik dan Sehat dari dalam dimana fokus produk ini adalah kepada sistem dalaman yang sehat dan kuat. Bila dalaman kita sehat dan kuat, barulah luaran kita turut merasa kesannya, kan.

Apa yang lebih mengagumkan kami, Eskayvie melalui produknya Redianze telah baru-baru ini memenangi anugerah 'Best Beauty Drink 2014' oleh pembaca Her World Beauty Award 2014.  Redianze juga adalah disahkan halal.  Berdasarkan dengan Fakta-fakta tersebut, pengguna tidak perlu meragui akan keberkesanan Redianze dan tidak perlu teragak-agak untuk mengambilnya dan saya sangat bertuah kerana berpeluang mengenali Redianze melalui Program The Butterfly Project ini dan tambah bertuah kerana pulang berbekalkan sekotak Redianze untuk dicuba sendiri. Wahhhh .. this is double best!!


This is what we bring back - A box of Redianze, i-Qids, Ptoduct info in the form of leaflets, CD and a beaufiful pen.

Percaya tak yang Misz-ella dah cuba selama 19 hari dan semakin hari semakin jatuh cinta padanya.  Tambah jatuh cinta bila baru-baru ini semasa minum-minum selepas Aerodance, tangan meraba-raba tangan lagi satu dan masa tu terasa kenapa la tangan i ni halus sangat? Macam tu tak teringatkan lagi akan pengambilan Redianze ni. Satu lagi baru-baru ni Misz-ella pergi 'facial' dan ditegur kulit akak makin cerah kak .. akak guna apa? Produk pemutihan ke? Ermmm .. tanpa krim pemutih tapi dengan hanya mengamalkan pengambilan Redianze secara konsisten, Misz-ella dapat memutihkan kulit secara semulajadi. Paling penting, sumbangan Redianze bukan sahaja untuk kecantikan malah juga kesihatan. Sebagai seorang yang aktif bersenam, amat penting Misz-ella  menjaga kekuatan sendi tambahan pula bila umur memasuki 40an .. maka mengambil makanan kesihatan adalah satu kemestian.

Selain dari itu, Eskayvie juga mengeluarkan i-Qids .. sejenis pemakanan kesihatan yang berfungsi untuk meningkatkan kecerdasan otak dan meningkatkan tahap memori.  i-Qids berperisa Coklat yang sedap bukan sahaja boleh diambil oleh kanak-kanak malah juga dewasa.  Pengambilan i-Qids secara berterusan dapat membolehkan kita dan anak-anak kita menghafal dengan lebih cepat. Kita akan dapat mengingati sesuatu dengan lebih mudah seterusnya dapat menghindar dari penyakit mudah lupa, nyanyuk atau 'Alzhermer'.  Alzhermer yang paling ditakuti tiada ubat dimana pesakit akan mengalami ketidakupayaan untuk berfikir dan mengalami kehilangan memori.


Sessi merasa kedua-dua produk, Redianze dan i-Qids. Kedua-duanya adalah sedap dan mudah disediakan malah mudah dibawa ke mana-mana especially during travel.

Suasana di dalam dewan .. meriah dengan 'Beauty Blogger' yang mahu mengetahui mengenai produk-produk Eskayvie dengan lebih lagi termasuk lah i.

A photo with Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, the CEO of Eskayvie and Tammy, the Founder of Butterfly Project Malaysia.  TQ Dr. Syid for the detail explanation.  Saya sangat gembira dapat menghadiri Majlis yang penuh dengan ilmiah ini.  TQ Tammy for bringing this beautiful project to the Butterflies.

A group photo with all the VIPS of the Event.

Dear readers, visit Eskayvie here for more info .. not only about the products but also for health and beauty and I am looking forward for another box of Redianze for the benefits of my health and beauty. Jom. Lets try together.





Rezeki Ramadhan

Hai Readers.  Assalamualaikum .. Puasa dah kita.


Hurmmm .. tak sempat nak wish you all Selamat Berpuasa. I was so busy. Last Thursday, masa tengah siap-siap nak keluar, dapat panggilan dari yang ditunggu-tunggu. Ya ampun .. punyalah lega jiwa .. sebelum ni i risau .. ternanti-nanti dan akhirnya .. Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan.  Then i start busy arrange itu ini. I was too occupied till i do not have time to update my blog. At the same time ada sikit sakit-sakit. OhMyyy .. lama sungguh i tak rasa sakit macam ni. Tak pe lah .. dugaan sume tu.

Ok la ye .. I got to go and rush something .. do something .. even now i am very tired.  Ingat nak lelap jap dalam setengah jam then bangun buat kerja tu tapi cannot la ... my mind doesn't want to rest.

Take care dear Readers.  Selamat Menjalani Ibadah Puasa.  Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. Jangan lupa bangun sahur eh .. sekarang cuaca panas, kuatkan semangat tau. Ok bye. Tq baca.




Ramadhan .. 3 Hari Lagi

Lagi 3 hari nak Ramadhan ..
Sekejap je kan waktu berjalan ..

Majlis Baca Yassin kat rumah Mama.  Mama ni kalau buat kenduri sokmo nak ' Rewang-rewang' .. tak suka Katering-katering katanya.  Buat kenduri baca Yassin pun meriah .. very the ceremonial mama i tu. Macam nak patah pinggang bergotong royong mengemas rumah.  Pagi di Pasar Tani, tengahari-petang di rumah mama, malam keluar makan dengan Hartini. Live Life To The Fullest kata orang .. memaksimakan segala masa dan kudrat yang ada bersama Kesayangan semua. 

Buah tangan dari Bumi Arab diberi oleh Girlfren ku Mawar@Wai. Macehhh .. tapi kan ..  Apsal tak bawak Jutawan Arab sorang untuk i? Tehehehe.

And last, nak share dengan readers akan kesedapan Congo Bars yang dijual DJ Shaz Hot FM Pantai Timur. Sedap sangat rasa dia. Seketul-seketul coklat dalam tu, puas makan. RM17 je sebekas siap pos. Sapa nak sila Whatsapp no ni ye ..  0109245805.

Ok Bye. Misz-ella nak hantar Cik SUV gi klinik. Nanti kita cite lagi. Ada banyak benda nak share dengan korang ni. Tq baca. Bye.










Sambutan Hari Jadi Yang Terawal

Actually i'm sad. Very sad. A few things really touch my heart and make me sad ... tapi tak pe lah .. kita kunci sedih dalam hati untuk Entry ini.

Hai Readers .. Selamat Hari Rabu. Tahun ni birthday Misz-ella jatuh pada Bulan puasa. Biasa la bulan puasa ..masing-masing sibuk. Maka kawan-kawan baik i pun merancang .. Get-Together sebelum puasa dan bersempena dengan Hari Jadi saya. Ehhh bukan i sorang je ok .. tapi bersama dengan dua orang budak comel .. Qisya dan Batrisyia. 

Dalam perjalanan ke Seksyen 9. Misz-ella guna Waze tup-tup dia hantar lain tempat. Udah lah sorang-sorang .. malam gelap .. penghuni Banglo tak da sorang pun kat luar .. dalam hati ada sikit risau tapi Alhamdulillah .. akhirnya sampai jugak.

I am the real Cancer.  Orang kata, if kita lahir sekitar 2 minggu dari permulaan sesuatu Zodiac, maka kita memiliki ciri-ciri zodiac yang paling kuat. Maksudnya .. if lahir sekitar 22hb Jun + 14 hari .. iaitu sehingga 4 Julai .. maka orang itu dikatakan memiliki personaliti Cancer yang sebenarnya .. means you are the real Cancer or dalam erti kata lain ciri-ciri dan personaliti si Cancerian sangat melekat pada orang itu.  Katanya lah .. bukan boleh kita caya sangat, kan .. tapi .. tapi .. kalau diikutkan apa yang ditulis tu .. macam betul jer .. macam kena jer dengan i. Tehehehe. 

Sensitive .. oh memang sangat sensitif .. kat traffic light nampak budak sekolah jalan sorang-sorang pun sempat lagi i berdoa supaya budak tu selamat sampai ke destinasi dengan jayanya. Nampak gerai ikan lengang tak berorang pun cepat-cepat ajak Aiman berdoa moga ada rezeki hari ini untuk dia. Mana la tau ..entah-entah kat rumah anak isteri sedang menunggu sang ayah pulang membawa rezeki, kan.

Sensitif jugak dengan 'surrounding'.  Even kadang handphone vibrate tak berbunyi tapi deria saya sangat sensitif kalau ada 'incoming call' yang masuk even tak terdengar bunyinya. 

Dan sebenarnya segala-gala rasa sensitif itu bermula dari dalam hati nurani. Ada orang tak peka/tak sensitif pada apa yang orang lain rasa. Ada orang tak sensitif pada 'surrounding' .. ada orang tak sensitif pada kata-kata .. ada orang 'couldn't be bother' or langsung tak peka pada sekitarnya ..

'Dependable' ~ Wahhh .. memang kena sangat la dengan Misz-ella. Laki gi kerja dia tau everything bini dia boleh settle. Masak, hantar anak sekolah, hantar anak tution, kemas rumah, pergi kerja .. Ok .. that was Once Upon a Time punya stori sebab now i tak lagi bekerja and anak pun dah duduk Asrama ler .. but seriously .. people can rely and depend on me. Saya sangat boleh diharap punya orang, OK .. hehehe.

Nicer than everyone else ~ WOW !! Ramai orang baik dalam dunia ni and i am one of them. Nak kata 'nicer' tu .. ermmmm ... this is very subjective cos i can be cruel also at times. Haha.

Helpful ~ Mana yang boleh kita tolong kita tolong lah. Seperti yang pernah i mentioned in one of my entry .. when people come to us seeking for help, jangan anggap dia menyusahkan kita .. tapi anggaplah ini peluang kita untuk berbakti kepada dia dan peluang untuk dapat pahala. Orang tak mintak tolong hari-hari, kan.

Hellooo readersss .. Saya Qisha dan Saya Batrisyia .. kitorang lah partner Auntie Ella celebrate birthday together that night.  Ololo .. comelnya diaorang pakai baju sama. Qisha dan Batrisyia .. sorang 4 tahun .. sorang 6 tahun .. sorang lagi tu 41 tahun. Tehehehe.

Eeeeeee .. meriahnya gelakkk


 AJK Majlis.
I was late. By the time Misz-ella sampai, dorang dah selesai Baca Yassin dan tengah makan berjemaah. Ala jelesss. Jeles + kecewa. Kecewa sebab kelambatan dan tak dapat baca Yassin berjemaah sesama mereka. Tak da jodoh, kan .. jodoh kita kat meja makan rupanya. Haha.

 Lepas baca Yassin they olls Fun-Fun. Oittt .. Akak jeles ok .. 

Gila kau tak jeles tengok Aina posing comel camni .. kalo berduet dengan Kella double comel kot Ainot .. haha.  Oh ye .. dalam group ni .. Misz-ella dikenali sebagai Kella ..singkatan untuk Kak Ella. Apa-apa aje .. Kella pun i ok .. janji kita hepi together.

 Tiba-tiba i ada ramai anak. Yeayyyy ..

This is the complete family members .. Aina, Yana, Salina, Mawar dan Ellina.
Comel lor diaorang ... Bila jumpa camni .. ambik kau ..  terserlah kegilaan kepala sorang-sorang .. tak dan nak 'cover-cover'.  Haha. 

Ye anak-anak  .. meh Mak Ella tolong potong kek ye .. 

 Tak kira .. nak jugak ambik gambar macam dorang. Sebaik je ambik gambar si Mawar @ Wai cakap .. Ehhh u macam Miss Universe lah Kella. Hahaha .. Miss Universe katanya .. meletop sungguh 'crown' Miss Universe tu ye. Tehehe.

Ooooo yang ni Ms World!!! Kalah Ms Universe tadi  .. haha.

Mawar @ Wai yang baru pulang dari Umrah.  Masa kat sana dia post gambar kat kitorang and Misz-ella macam terpegun tengok dia .. Pasaiapa Wai nampak berseri kat sana? Orang lain pergi Umrah post gambar kat Whatsapp macam biasa je rupa .. tapi Wai bagai dilimpah cahaya!! Hamboiii .. sudah ada 'extra' nur ye Wai? Tehehe.

Oh My Salina .. Salina @ Lyn nama dia. Hamboiii dekat beno kita 'selfie nak sama besar dengan pinggan muka kita. Haha.





Alhamdulillah .. untuk perjalanan hidup yang indah.  Saya yang sangat bertuah kerana berpeluang mengenali mereka. Saya yang bertuah kerana dilimpahi kasih sayang rakan taulan yang melimpah ruah.  Itu rezeki.  Rezeki Allah SWT bukan datang dengan wang ringgit sahaja .. tapi jugak kawan yang baik,hati yang tenang, kelapangan masa dan fikiran.

Thank you Yana for initiating this Birthday Get-Together. Thank you Salina kerana sediakan tempat untuk kami berpacaran .. Thank you Wai, Elina dan Ainot kerana joining the fun together. Qisya dan Batrisiya .. Selamat Membesar menjadi anak yang Solehah .. nanti dah besar jangan lupa Auntie-auntie ni semua, Ok.  Wahhhh .. panjang birthday speech Miss Universe ye. Haha.

Camtu ke Mak?

Ok Sedih. Sedih sangat.

Mana waras atau logiknya tindakan seorang bernama Mak mengurung  anak OKU kandungnya sendiri dalam bilik yang berkunci? Dan entah berapa lama sudah ditinggalkan .. anak tu sampai kurus kering .. bajunya hampir reput .. dan ditemui dalam keadaan berlemuih dengan segala kekotoran. Logik tak? Logik tak seorang mak yang sayangkan anak sanggup tinggalkan anaknya seorang diri dalam bilik berkunci? Sedangkan yang sehat pun kita takkan tinggalkan keseorangan, ini kan pulak yang OKU?

Tak terfikir ke kot apa-apa terjadi pada anak tu sepeninggalan kita nanti? Rumah terbakar ke .. pencuri masuk rumah ke .. apa la daya budak tu? Nak uruskan diri pun dia tak mampu inikan pulak nak menyelamatkan diri. Worst thing, if umur anak tu tak panjang .. dipanggil Ilahi masa kita tak ada, how? Tak menyesal ke kau?

And how could you as a mother saying that you do not know how to seek for help? Kau boleh bukak Akaun FB .. means you know internet .. takkan tak boleh google JKM? Or worst case .. kenapa tak tanya officemate? Or other option, kenapa tak kol 103 cakap dengan Operator mintak no telefon JKM? Or entah-entah kau malu .. tak pernah cerita pun dengan kawan-kawan yang kau ada anak OKU yang kau tak daya nak jaga maka kau tinggalkan dia sendirian. Sebab if kau pernah cerita pada sesiapa, for at least, i am sure you have received a lit bit of advise ..

Seriously, Misz-ella langsung tak boleh terima alasan tu. Sayang anak .. tapi kau tinggalkan dia sendirian sedangkan hakikatnya kau tau yang dia takkan boleh menguruskan dirinya sendiri. Alasan nak ajar anak tu berdikari adalah sangat tak logik. Tak logik dan tidak boleh diterima pakai.

Anak OKU itu adalah anak istimewa yang bakal memimpin tangan ibunya ke Syurga andai si Ibu menjaganya dengan sempurna. Sayang. Sayang lah si ibu tak nampak akan rezeki yang Allah SWT beri kepada dia yang disalurkan melalui anak ini. Mungkin kerana tekanan kehidupan .. mungkin kerana rasa malu kerana memiliki anak OKU ini .. mungkin kerana .. hurmmmm ..entahlah. Till now i couldn't think of how a mother could do that to her own child. 

Apa pun alasan yang diberikan, sebagai seorang ibu yang melahirkan alasan tersebut tak boleh diterima pakai. Anak amanah Allah swt .. besar tanggungjawab kita terhadap dia. Bukan kat dunia je ikatan kita tapi sampai ke Akhirat sana. Camana nak jawab? Camana nak jawab kat anak kenapa kau tinggalkan dia? Sebab nak cari rezeki? Silap lah. Makin kau redha .. makin kau sayang dia .. In Sha Allah Allah swt akan buka pintu-pintu rezeki untuk kita.  Tapi sayang .. kau tak nampak semua tu tapi kau jadikan anak OKU itu sebagai alasan kepada kesempitan hidup yang kau hadapi. Susah sangat, kau jual je Pisang Goreng depan rumah sambil belek si anak. Boleh, kan.

Ok dah emo. Dah tak boleh tulis dah. Kang i over kang susah. Ok bai.








Sessi Lepas Rindu Dengan BFF


Sessi Lepas Rindu Peluk Cium Dengan BFF sebelum Ramadhan menjelma. Hati terdetik nak jumpa diaorang so Roger .. Rabu tak bole .. Kak Ros tak free. OK .. tukar Khamis ye .. nanti aku bawak makanan .. jawab Misz-ella.

So Khamis tengahari kita jumpa .. di Pantry ofis lama. 4 bungkus Nasi Kukus .. 1 bungkus Nasi Kerabu Misz-ella bawak untuk kami makan sama-sama.


Hepi gila dapat jumpa diaorang .. kawan dari muda sampai tua .. dekat 20 tahun kita kawan. Misz-ella dari keding sekeping berat 40kg je sampai sekarang dah lebih dari 10kg naiknya .. Kak Senah dari badan ala-ala model sekarang dah macam Mak Datin terlebih vitamin .. Fiza dari anak dara sekarang anak dah bujang teruna .. Sanisah Ruslin yang tak pernah membosankan kerana dia sentiasa ada macam-macam cerita.  Hai la kawan .. aku sayang gila kat korang semua.

Dulu kitorang pernah berangan ... bila dah tua nanti nak duduk sederet rumah kat Kensington Park so that we can take care of each other.  Sambil berangan sambil gelak-gelak. Kelakar!! Sekarang ni .. tak dapat duduk rumah sebelah menyebelah dapat kawan sampai tua pun jadilah. Dah cukup bersyukur dah.

Kak Senah kata .. Ella kau dulu masa kerja tak nak melawa dah tak kerja ni makin lawa. Kau gila nak suruh aku melawa masa kerja kat sini dulu? 

Dengan environment ofis yang stress .. dengan jalan jem nak pergi kerja .. dengan jadual 'hectic' aku bangun pagi-pagi masak untuk famili lepas tu hantar anak sekolah lepas tu gegas balik siap-siap pergi kerja .. lepas tu jalan jem 'nervous-nervous' dalam kereta takut punch card merah .. kalau dari rumah lawa pun sampai ofis muka dah macam langsuir gamaknya. Haha.

Sanisah banyak kali pesan suruh 'post' gambar ni ... gambar dagu 'botox' dan kening Ziana Zain Misz-ella katanya .. banyak kau punya botox .. sori .. botox-botox i tak main .. I awet muda semulajadi. Tehehehe. Baiklah Lyn ku sayang .. kerana kau nak nah sekeping buat kenangan zaman Kilauan Emas nanti.



Dulu, Misz-ella pernah dengar orang kata Misz-ella ni pemilih .. nak kawan dengan orang yang 'standard' dan glamer je which is not true at all.  Apa la ada pada 'glamer, cantik, standard' kalau hati tak molek. In friendship the most important thing is Ikhlas. Ikhlas, jujur .. tu yang paling penting. Dont backstabbed or betray your friend. Kadang-kadang Misz-ella rasa susah nak rapat dengan orang bukan sebab saya sombong tapi sebab saya terlalu berhati-hati. Susah nak dapat orang yang boleh terima buruk baik kita dan terima kita seadanya tapi bertuahnya saya kerana ciri-ciri tu ada dalam mereka. To be honest, i would go for quality friends rather than a big quantity of friends.  Biar lah saya tak popular, tak ramai kawan asalkan kawan yang ada benar-benar kawan sejati. I dont need to be popular anyway, i just want to live peacefully and happily.  Saya tak suka stress-stress .. tak suka sesakkan minda .. saya nak hidup tenang, aman, bahagia dan gembira je. I just want to be happyyyyyy ... 

Hampir 2 jam jugak kami 'spend time together' dan bagusnya .. masa ni Big-big boss tak ada. Yeahhh .. boleh laga pipi lama-lama. After that we go back. Alhamdulillah for another quality time spending with kesayangan. Moga ukuwah ini berpanjangan. Amin.

Malam sebelumnya .. Misz-ella 'dating' dengan Kakak Cool kesayangan. Kakak Cool yang bukan calang-calang orang .. i pernah tulis tentang dia di sini dulu. She made a drastic decision last month dan mengikut langkah Misz-ella meninggalkan ofis kami yang gah. I will always remember her sentence ... Perancangan Allah itu indah. Akak tak pernah rancang semua ini tapi Allah lebih mengetahui. Betul. Sangat betul. Ada masanya kita terpaksa buat satu keputusan yang tak kita duga tapi andai kita Redha macam Kakak Cool saya .. In Sha Allah .. jalan yang sukar akan jadi mudah.  Yakin dan percayalah yang perancangan Allah itu sangat indah dan 'cool' lah melangkah and my pray is always with those yang sentiasa positif like me. 

OK dah. Misz-ella tak nak cakap lagi tapi yang pasti, minggu ni macam-macam ada. Jumpa kawan lama .. shopping .. 'planning' .. ketawa .. sedih .. airmata .. bahagia. Hurmmm .. macam-macam hal tapi tak pe .. Kalau sedih ke, terluka ke .. jangan lama-lama. Cepat bangun dan terus melangkah. Dont let your emotion control you, OK.





Gelap. Cahaya.

Kadang-kadang yang kita harapkan adalah cahaya.
Tapi yang ada hanya gelap sahaja.
Gelap. Tak da sinaran cahaya = KECEWA


Salam Jumaat kawan-kawan.