Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kenapa? Kerana Dia Maha Mengetahui.

Kadang-kadang, bila kita berfikir sorang-sorang, kita tertanya-tanya kenapa? Kenapa perkara itu terjadi? Kenapa Dia pilih kita untuk diuji dengan ujian ini? Kenapa kita tak berpeluang untuk dapat apa yang kita nak? Kenapa kita harus melepaskan sesuatu yang kita mahu, yang kita impikan selama ini ..

Imej dari Google

Apa pun, percaya lah Allah yang Maha Baik, Allah yang Maha Mengatur, Allah yang Maha Mengetahui tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tidak akan beri apa yang kita mahu tetapi Dia akan beri apa yang terbaik untuk kita. Kerana Dia Maha Mengetahui.

Kalau kau positif Covid 19

Hai pembaca kesayangan. Assalamualaikum ..

Kes positif covid 19 naik menggila-gila disebabkan varian baru yang sangat senang menjangkiti orang lain. Covid ni, makin lama makin dekat dengan kita. Kita jadi bimbang, kita risau dan gelisah .. kita takut kita akan dijangkiti.



Macam-macam dalam kepala ....... aku demam ke? Iskk sakit tekak .. lepas tu kau betul-betul demam .. 3 hari tak baik-baik. Sakit tekak, batuk, selsema semua ada.

Hari ke 4 ~ Ishh tak boleh jadi. Pergi klinik, buat RTK swab test (RM90), result dalam 20-30 minit and ... Danggggg .. positive!!

Ini cerita benar pesakit Covid 19 berumur 22 tahun, bergejala ringan dan sudah mendapat vaksin pertama.  Walaupun sudah divaksin, dia masih dijangkiti.

Sebaik sahaja kita didapati positive #Covid19, kita akan dapat mesej seperti di atas. Sila kemaskini status My sejahtera masukkan positive dan tunggu pemberitahuan atau makluman dari KKM. 

Maka beliau pun pulang lah ke rumah, bagitau Manager yang beliau positive #Covid19 dan tak dapat bekerja, kena duduk diam-diam di dalam rumah dan asingkan diri dari orang lain.


Apa pesakit covid perlu lakukan?





Mulai 26 Julai 2021, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan arahan agar penduduk di Selangor, KL dan Putrajaya yang positif #covid19 TIDAK pergi ke Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) sekiranya :-

TIDAK BERGEJALA atau BERGEJALA RINGAN 

Mereka hanya perlu :-

  • Kuarantin dengan cara mengasingkan diri dari orang lain
  • Kemaskini status di My Sejahtera 
  • Status di My Sejahtera akan berubah menjadi merah
  • Kemaskini status harian di My Sejahtera

CARA UNTUK KEMASKINI STATUS :- Pergi ke THINGS TO DO dan ikut arahan dari situ.

Cara kuarantin di rumah sendiri :-

  • Duduk dalam bilik sendiri. Elakkan keluar dari bilik kecuali perlu sebagai contoh bilik air di luar (tiada attached bathroom)
  • Tak boleh kongsi pinggan, mangkuk, sudu dan gelas.
  • Tak digalakkan kongsi bilik air dengan orang lain. Kalau terpaksa kongsi orang yang seterusnya harus cuci bilik air dengan bersih sebelum guna.


Apa pesakit Covid perlu laku kan:-

  • Monitor setiap hari perubahan diri - hari pertama macamana, hari ke dua macamana .. ada perubahan pada badan atau sebaliknya
  • Kemaskini status anda di My sejahtera tiap-tiap hari



Kalau lupa nak kemaskini, anda akan dapat mesej dari KKM seperti di atas. 


  • Selain dari itu, beli oxymeter untuk check tahap oxygen dalam badan (sebagai langkah awal)

Pesakit hanya perlu ke CAC sekiranya perlu. Contohnya, seperti sekiranya keadaan kesihatan semakin merosot atau perlu berurusan dengan pihak KKM seperti mendapatkan surat pengesahan perlu kuarantin untuk dikemukakan kepada majikan. Kalau terpaksa pergi ke CAC, langkah paling bagus ialah pergi ke CAC yang paling hampir dengan tempat kediaman contohnya ke Klinik kesihatan berhampiran. Elakkan pergi ke CAC yang sesak seperti CAC Stadium Melawati Shah Alam.


Masalah biasa yang dihadapi oleh pesakit Covid 19:-

    KENDERAAN
  • Takda kenderaan untuk ke CAC. Nak naik E-hailing? dia risau takut driver Grab tu pulak terjangkit covid
  • Nak dapatkan khidmat ambulan? Dalam keadaan dimana kes positif #covid19 naik menggila sekarang ini, hospital kita tak menang tangan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang di dalam keadaan kecemasan dan lebih perlu diselamatkan.
     KEPERLUAN MAKANAN ATAU BARANG-BARANG SEPERTI UBAT 
  • buat pesakit covid yang bergejala, selain dari demam, batuk, selsema, hilang deria bau dan rasa, ada antara mereka mengalami sakit-sakit badan macam dihempap pokok, nak berdiri pun tak larat. Kalau dia berseorangan di rumah, dia tak da tenaga untuk masak makanan sendiri. Sekiranya dia ada smartphone dan dia pandai order makanan online, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, dia memang ada masalah untuk mendapatkan makanan. Sebab tu kadang-kadang kita nampak orang pakai gelang pink keluar rumah nak pergi kedai. Bukan kerana mereka saja-saja nak keluar tapi kerana mereka terpaksa .. tetapi sekarang ni sebaik sahaja mereka disahkan positif #covid19 status My Sejahtera bertukar kepada warna merah dan mereka tidak boleh lagi Check In ke mana-mana. Dah tak boleh scan dah. Nak beli roti kat 7Eleven pun dah tak boleh, kan
  • Sekiranya dia tidak bergejala atau hanya bergejala ringan, dia ada cukup bahan-bahan mentah untuk masak makanan sendiri, Alhamdulillah atau sekiranya dia tak pandai masak tapi dia ada smartphone dan pandai gunakan apps untuk order makanan secara online, Alhamdulillah.
  • SEKIRANYA TIDAK :-

Orang terdekat/komuniti setempat seperti jiran terdekat harus memainkan peranan dalam membantu mereka ini.

Misz-ella sendiri bertuah kerana berpeluang untuk menyediakan makanan buat seorang pesakit #Covid19 dan dua orang lagi kontak rapat yang duduk serumah dengan pesakit ini yang mana mereka berdua juga harus kuarantin.


Hari pertama - Nasi putih, Ayam masak kicap dan telur dadar

Hari kedua saya sediakan Nasi putih, Ayam sweet sour dan sup sayur

Hari ke tiga saya sediakan Bihun goreng dengan Ayam Pop dan sup kosong


Hari ke empat saya sediakan Nasi putih dengan Ikan siakap sambal dan Cendawan goreng

Hari ke lima saya sediakan Nasi goreng udang dan sup kosong

Hari ke enam saya sediakan Kuetiaw goreng udang

Sambil-sambil tu saya sediakan Cokodok sayur untuk minum petang

Ada 4 hari lagi kuarantin mereka. Harap-harap saya sentiasa ada idea nak masak apa untuk diaorang bertiga ni. Ok done sharing dengan pembaca kesayangan semua. Terima Kasih baca. Bye. 

Ada sapa-sapa nak order "makanan kuarantin versi Misz-ella" *hehehe*"

Roti Jala berperisa Dan cantik gila

Assalamulaikum pembaca kesayangan,

Siapa suka makan? Saya!! Ye saya sangat suka makan. Siapa suka makan kita geng. Boleh la kita makan berjemaah habis PKP, PKPB dan entah apa PK PK lu pikir la sendiri 😆😆😆 .. mesti seronok, kan. Sesenduk kau, sesenduk aku .. dua senduk kau .. dua senduk aku (macam P. Ramlee daaa) ..

MasyaAllah Cik Ella .. mukadimah engkau bukan main. Aduhai nampak betul Cik Ella samada dia stress atau too free sambil nak beramah mesra dengan korang di sini padahal saya nak cerita pasal Roti jala cantik sebenarnya .. OK let's go to the point!


Baru-baru ni Misz-ella order roti jala cantik bermacam perisa dari Roti jala Hipster. 

Pada mulanya Misz-ella nak order roti jala biasa cicah kuah kari je tetapi roti jala hipster ni menarik sangat, maka saya tukar order. Dia menarik sebab ..


Roti jala hipster ada roti jala berinti
 coklat
butterscotch
kaya pandan
serunding ayam


dan roti jala berbentuk bunga makan dengan kari ayam 

Kita boleh personalised kan roti jala kita seperti warna apa yang kita nak

Sesuai untuk dijadikan hadiah sempena harijadi, pertunangan, fathers day dan lain-lain lagi

Harganya tak mahal dan mereka uruskan delivery

Saya suka Roti jala hipster sebab bancuhan tepungnya perfect menjadikan jalanya halus-halus .. sedap dimakan you alls! Misz-ella siap buat hariah harijadi kat kawan kesayangan lagi .. dah boring, kan asyik order kek jer .. jom kita buat pembaharuan dengan hantar roti jala pulak.

Kalau you all nak order atau nak tanya, sila Whatsapp Riena di nombor 01121125052 atau ikuti https://www.instagram.com/rotijalahipster/

Mana vaksin oii?

Peperangan menentang musuh halus tidak kelihatan ini takkan berakhir begitu sahaja kerana virus pintar ini pandai bermutasi. Mutasi bermaksud berlaku perubahan pada permukaan virus itu dari semasa ke semasa. Bila berlaku perubahan pada permukaan virus itu, bermakna muncul lah varian baru yang lebih dahsyat, lebih ganas, lebih senang menjangkiti manusia dan lebih merbahaya.

Dah masuk tahun ke 2 peperangan menentang musuh halus tak kelihatan bernama Covid 19 ni. Masa mula awal peperangan dulu kerajaan buat macam-macam kempen iaitu Kita pasti menang, kempen kita jaga kita, kempen duduk rumah .. tapi setelah dua tahun kita duduk rumah, kita jaga kita .. kita masih tak menang peperangan menentang Covid 19 ni. Malah situasi makin teruk .. kes meningkat, hospital tak cukup katil, frontliners kepenatan.

Ikhtiar terakhir .. vaksin kan rakyat Malaysia .. *nothing new* pun sebab rakyat negara lain dah lama divaksin dulu. Diaorang dah lama berjaya kuat kan pertahanan diri hinggakan walaupun corona dan anak cucu cicitnya cuba serang kita, askar-askar dalam badan kita dah kuat dan kenal dia (askar-askar tu antibodi badan kita lah ...) dan akan lawan coronavirus ni balik. Antibodi kita akan buat kerja (bayangkan diaorang tengah berperang dalam badan kita) yang ni tembak yang ni hantar bom tangan (Ya Allah kau kenapa Ella .. jauh betul imaginasi kau ye .. mesti banyak tengok cerita perang, kan 😆😆😆). 

Dalam peperangan mesti ada kemusnahan tetapi kerana cik antibodi dah kenal musuh dan dah ada senjata untuk lawan dia, maka kemusnahan boleh diminimakan dan kita boleh menang.

Sebab tu lah vaksin itu penting. Ha tengok Misz-ella dah terang kan dalam ayat yang paling mudah (budak Tadika pun faham) supaya mesej nya lebih jelas.

Masalah nya .. MANA VAKSIN OOI? Ramai yang bising sebab dah daftar dari bulan Februari tapi giliran masih tidak dipanggil lagi tapi ada yang baru daftar pada bulan 6,7 sudah dipanggil dulu.

Apakah dan bagaimanakah sistem MY SEJAHTERA berfungsi? 

Sekian dari saya yang stress sebab tak dapat tarikh vaksin lagi ni. Ok dah habis cerita. Terima Kasih baca. Bye. Ehh jap .. MANA VAKSIN SAYA? 

Kuih Melayu sedap dan cantik dari Tun's Kitchen

 Hai pembaca kesayangan. Assalamulaikum.

Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang kuih muih cantik dan sedap dari Tun's Kitchen.


Buat mereka yang sedang mencari minum petang untuk diri sendiri atau untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan, Misz-ella nak kenalkan aneka kuih muih Melayu dari Tun's Kitchen. 

Dalam sekotak tu ada 19 keping kuih iaitu Kuih lapis bunga, Apam gula hangus, Kuih ketayap, Karipap sardin dan Pau Sambal.

Misz-ella nak bagitau .. kuih muih Tun's Kitchen ni semua sedap-sedap. Misz-ella pun dah banyak kali order .. untuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan.

Almaklumlah kita kan masih ber PKP .. nak la makan sama-sama tapi di dalam rumah sendiri ye *makan sama-sama di musim pandemik*

Terima Kasih Tun's Kitchen untuk kuih yang sedap ini. Cantik kuih lapis bunga tu .. rajin betul awak melapis seteliti itu ye. Untuk mereka yang nak order, boleh hubungi Tun's Kitchen di 0137197295 atau ikuti Instagram Tun's Kitchen di sini.

Korban. Redha dengan ujian.

Dalam hidup ni, mesti ada masa di mana kita TERPAKSA korban kan sesuatu.


Termasuklah Misz-ella sendiri. Ada sesetengah perkara perlu Misz-ella korban kan .. meski pada awalnya tidak lah mudah tapi saya didik hati untuk terima hakikat dan PERCAYA pada ketentuan Allah SWT. Dia Maha Mengetahui.  Hanya Dia yang tau Apa yang terbaik untuk kita.  

Kita harus sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah Maha baik. Ye. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat ..  bukan kerana Allah tak sayang kita, bukan kerana Allah kejam dan tidak bertimbang rasa tetapi kerana Allah yang Maha baik mahu beri kita yang terbaik, bukan apa yang kita ingini. 

Bertabah lah dengan setiap dugaan Allah SWT. Redha lah dengan setiap pengorbanan yang harus kita lakukan kerana dalam setiap pengorbanan yang dijalani dengan penuh keredhaan, pasti Allah akan beri ganjaran. Allah Maha Baik. 



Makcik Ella nak cerita

Assalamualaikum pembaca kesayangan,

Pejam celik pejam celik .. dah dua tahun kita hidup dengan virus corona ini. Tak kira kita siapa, tanpa mengenal darjat dan pangkat, virus corona banyak merubah hidup kita . Baik budak sekolah mahupun kita yang dewasa. Hidup kita berubah.


Ada masanya kadang-kadang Misz-ella terfikir yang PKP, PKPD ni ibarat kita sedang mempersiapkan diri kita untuk ke alam yang lain selain dari dunia ini. 

Ada duit banyak tapi tak boleh berbelanja mewah. Ada kereta besar tapi pergerakan terbatas, hanya sekitar lingkungan 10km sahaja rodanya boleh berputar. Ada orang tersayang yang duduk tidak jauh dari kita tapi kita tak boleh bersua. Ada kenalan atau saudara mara yang sakit di hospital tapi kita tak boleh suka-suka ziarah.

Kita tidak lagi boleh mengikut kata hati mengejar dunia yang kita gila-gilakan selama ini. Kita terpaksa akur .. Kita didik diri kita dan minda kita supaya dengar arahan, supaya tidak mengikut perasaan. Dua tahun hidup di zaman pandemik, kita dah biasa hidup begini ..

Masa lebih banyak di rumah. Sampai satu peringkat, Misz-ella dah terlalu biasa duduk rumah sampai malas nak keluar walaupun untuk beli barang dapur. Makanya kita masak je apa yang ada.


Cili kering, Sawi manis, carrot dan 2 biji telur.
Jom kita main masak-masak ..

Maka jadilah Sambal telur pecah, sup sawi manis + carrot dan sedikit suhun. Walaupun serba ringkas saya tetap berselera. Habis I makan you alls ..


Yang ni pulak ialah Sambal ikan bilis kering-kering, sayur sawi manis + carrot dan ulam timun. Habis you alls .. sebutir nasi pun tak tinggal.

Ada orang tanya .. Tak jemu ke asyik makan tu je? Terus terang Misz-ella katakan yang Saya tak pernah jemu dengan rahmat Allah. Di saat kritikal dan genting ni, selagi kita masih sihat dan bernafas, selagi ada makanan dan minuman .. BERSYUKURLAH. HARGAILAH. Sesungguhnya Covid 19 mendidik kita agar berterima kasih dan menghargai apa yang kita ada.  

Kerabu Tauge + Kacang botol dan Kerang

 Hai pembaca kesayangan. Assalamulaikum.

Kali ni Misz-ella nak berkongsi resepi iaitu resepi Kerabu tauge dan kacang botol.


Hiris kacang botol nipis-nipis. Celur tauge. Rebus atau celur kerang. Hiris bawang besar, serai dan cili api. Gaul semua bahan-bahan dalam satu mangkuk besar. Masukkan kerisek, garam, gula, sedikit air asam jawa. Gaul sebati. Dah siap dan boleh makan. 

Lepas tu kita padankan dengan Sup ayam dan ikan goreng. Ya Allah bertambah-tambah Misz-Ella makan. Ok dah habis sharing. TQ Baca. Bye.

Terpedaya dengan hati

 Salam Jumaat pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang hati. Hati-hati dengan hati. Kita terlalu sibuk nak jaga hati, nak bersihkan hati. Bagus niat kita tetapi kita kena berhati-hati kerana jika silap langkah kita, kita akan diperdayakan oleh hati kita sendiri.

Salam Jumaat pembaca kesayangan ..

Kita rasa hati kita bersih, kita rasa kitalah yang paling bijak, paling bagus, paling pandai, paling cantik, paling baik. Kita rasa!! Rasa yang datangnya dari hati. You see .. kita terpedaya dengan hati kita sendiri.

Kesimpulannya, kita perlu jaga hati dengan cara yang betul. Jangan sampai terpedaya dek hati kita sendiri. Sekian. Perkongsian di hari Jumaat, hari ke 7 PKPD untuk daerah Petaling ni *Ya Allah .. lindungi lah kami dari virus Corona yang jahat dan ganas ini, Angkat dan jauh kan lah virus ini dari kami, Ya Allah*

NAK Kurus dan lawa follow WOWA

Hai pembaca kesayangan,

Kita dah menjalani beberapa siri PKP (dan sekarang PKPD) yang belum nampak penghujungnya lagi. Kebanyakan dari kita sedang work from home (unless you operator pengeluaran di kilang-kilang). Buat Misz-ella sendiri, Alhamdulillah banyak kerja yang berjaya diselesaikan walaupun work from home. Teknologi memudahkan urusan dan menghubungkan kita walau di mana kita berada, kan.

Antara cabaran paling besar work from home adalah risiko berat badan bertambah. Al-maklumlah segalanya "reachable and manageable" .. boleh kerja sambil masak dan makan.

Misz-ella nak share dengan you all tentang produk WOWA. WOWA. Unik, kan nama produk ni. WOWA adalah produk tempatan khusus untuk mereka yang ingin berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat iaitu dengan cara mengamalkan pemakanan yang berkhasiat, seterusnya berjaya menurunkan berat badan dan menjadi lebih cergas tanpa perlu berlapar atau ber diet ketat yang boleh menyebabkan tubuh badan kita kekurangan zat yang diperlukan.


Ada dua produk Misz-ella nak kongsikan dengan pembaca semua iaitu WOWA Lady Cleanse dan WOWA Lady Bites.

WOWA Lady cleanse adalah minuman berkhasiat yang berfungsi untuk detox segala bahan yang tidak diperlukan di dalam tubuh kita. Detox sangat penting kerana hanya melalui proses detox badan kita berupaya membuang segala logam berat, toksin dan radikal bebas yang boleh memudaratkan tubuh badan.

Nak tau tak dari mana kita dapat toksin? Dari pemakanan, pencemaran alam sekitar, bahan pengawet yang terdapat dalam makanan dan pelbagai lagi. Sebenarnya tiap-tiap hari badan kita terdedah kepada toksin tanpa kita sedari. Sebab itu kita perlu bantu badan kita menjalani proses detox iaitu dengan mengambil produk detox yang betul dan  melalui senaman (perpeluhan). Kebaikan detox adalah selain dari badan kita jadi lebih sihat, kulit juga jadilebih bersih dan berseri, metabolisma badan juga dapat ditingkatkan dan ini memudahkan proses menurunkan berat badan. Proses detox juga mampu mengurangkan penghasilan radikal bebas dan ini membantu menguatkan imuniti badan kita.

Saya sebenarnya amat cerewet memilih produk yang perlu diminum atau dimakan terutamanya produk kurus tetapi produk WOWA mempunyai banyak testimonial oleh mereka yang berjaya menurunkan berat badan maka saya cabar diri untuk cuba!

. Menariknya WOWA Lady Cleanse ini adalah ianya sangat sedap. Rasanya masam-masam manis, sangat menyamankan. WOWA Lady Cleanse mengandungi bahan-bahan yang terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan seperti teh hijau, garcinia cambogia (asam keping), gula dari daun stevia dan daun gelenggang. Setiap bahan-bahan ini punya keistimewaan tersendiri dalam meningkatkan metabolisma badan dan menurunkan berat badan. Jom kita berkenalan dengan bahan-bahan WOWA Lady Cleanse yang best ni.


Teh hijau - imej dari google

Teh hijau adalah daun teh muda yang daunnya dilayukan sedikit, kemudian segera dimasak untuk mengekalkan kualiti hijau dan mencegah pengoksidaan. Ini menyebabkan teh ini mempunyai kepekatan klorofil, polifenol dan ber antioksidan lebih tinggi dari teh lain. 

Teh hijau mengandungi kafein, yang telah terbukti dapat membantu pembakaran lemak dan seterusnya membantu menurunkan berat badan.

Garcinia cambogia - imej dari google

Saya selalu teruja dengan Garcinia cambogia ataupun yang kita panggil asam keping ni. Kat rumah mak banyak pokok asam keping. Ambil buah dia, hiris nipis, jemur, bila dah kering masukkan dalam masakan. Masa kecik-kecik dulu, taktau pun yang asam keping ni boleh turunkan berat badan bila dah besar, dah makin berilmu barulah Misz-ella tau yang khasiat asam keping jauh dari hanya untuk buatkan lauk kita sedikit masam tetapi ianya boleh mengawal selera makan, mengurangkan pengumpulan lemak di dalam badan dan meningkatkan tenaga. Jom pergi dapur kunyah asam keping .. ehh masam sangat tau ..mampu ke?


Daun stevia - imej dari google

Daun stevia sangat istimewa kerana daun ini mengeluarkan rasa manis yang tidak membahayakan kesihatan. Pengambilan daun stevia dapat dapat membantu mengatasi diabetis dan melancarkan peredaran darah .. amat sesuai diambil oleh mereka yang ingin berdiet.

Daun gelenggang - imej dari google

WOWA Lady Cleanse juga mengandungi daun gelenggang, iaitu sejenis daun yang telah digunakan secara tradisional untuk melawaskan pembuangan air besar. Daun ini tidak membahayakan kesihatan malah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mendaftarkan daun ini dalam kategori ubat farmaseutikal. Ianya boleh didapati di kaunter-kaunter farmasi.

Selain dari rasanya sedap (tak rasa minum teh detox you alls .. rasa minum teh dengan limau je), saya juga sukakan rasa sakit perut yang tidak memulas akibat minum WOWA Lady Cleanse ini. Saya ambil dua kali sehari iaitu lepas makan tengahari dan lepas makan malam. Esok pagi rasa sakit perut biasa-biasa je .. very tummy friendly .. I LIKE!

Satu lagi kesilapan yang kita lakukan dalam proses menurunkan berat badan adalah memilih titbits atau makanan ringan yang silap. Kita pilih kerepek .. kita rasa kerepek itu light-light atau ringan sebenarnya tidak you alls .. kerana kerepek itu disalut dengan garam, gula dan digoreng dengan minyak. Sebenarnya kerepek itu adalah salah satu dari punca kegemukan .. tanpa kita sedari.


Mari saya kenalkan dengan WOWA Lady Bites .. biskut tinggi serat yang amat sesuai untuk dimakan ketika kita memerlukan. 






WOWA Lady Bites dibuat dari tepung tinggi serat, tepung kacang hijau, oat, badam, telur, blackcurrants, gula perang, premium butter dan serbuk kayu manis. Ianya sangat tinggi serat dan tiada kolesterol.



Bila rasa nak mengunyah, ambil sepeket kecil WOWA Lady Bites dan makan. Alhamdulillah .. WOWA Lady Bites ni bagi saya dua rasa iaitu rasa sedap dan kenyang. Bukan kenyang biasa-biasa ye tetapi kenyangnya lebih lama. Sesuai untuk orang yang nak kurus tapi suka makan .. macam i! Makan, makan dan makan je WOWA Lady Bites tu .. tau-tau kurus.


So pembaca kesayangan, saya dah kongsikan dua produk WOWA yang hebat iaitu WOWA Lady Cleanse dan WOWA Lady Bites yang saya dah cuba dan sangat recommended!!

WOWA Lady Cleanse berharga RM34.00
WOW Lady Bites berharga RM35.00

Selain dari itu WOWA juga mempunyai produk lain seperti WOWA Lady Mealz Choco dan WOWA Lady Power Coffee yang juga mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Untuk info lebih lanjut you all boleh ikuti :
Instagram Wowa
Facebook Wowa
dan laman web Wowa

Atau hubungi Hotline Wowa di 0132344848. 

"NAK LAWA? ...  FOLLOW WOWA"