Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan sebuah kisah inspirasi. Misz-ella sentiasa rasa bersyukur dan bertuah kerana berpeluang mempunyai kenalan dari pelbagai lapisan masyarakat. Mungkin tidak ramai *oh yes !! saya memang tidak popular tetapi tak apa lah ..* kerana yang penting adalah saya memilih quality bukan quantity.
Misz-ella sering dikecam kerana selalu kelihatan berada bersama mereka yang berpangkat maka saya dilabel sangat pemilih kawan. Masa kecik dulu, mama selalu pesan .. Kawan dengan orang yang baik-baik, jangan salah pilih kawan .. dan sampai sekarang itulah pesanan mama yang menjadi pegangan Misz-ella.
Alhamdulillah Misz-ella mempunyai kawan dari latar belakang yang berbeza. Mana yang rapat, itu tandanya wujud keserasian antara kita. Mana yang tak rapat, mungkin sekadar Hye Hye Bye Bye sahaja yang sesuai untuk kita. Betul tak? Sebenarnya dalam persahabatan, bukanlah pangkat atau darjat jadi ukuran tetapi di mana ada kasih sayang, di mana kita rasa dihargai dan diingini, di situlah kita berada, kan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menerima saya seadanya.
Baru-baru ini salah seorang kenalan rapat Misz-ella, Datuk Rozzana Binti Datuk Haji Rahmat atau Misz-ella panggil nama manja dia Datuk Nana, telah jemput Misz-ella ke majlis Grand finale Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019. Kebetulan Misz-ella memang free maka kaki melangkah ke Hotel Sheraton PJ dengan senang hati, tempat dimana majlis meriah gilang gemilang itu telah berlangsung.
Datuk Rozzana bersama para juri yang lain
I will be one of the Jury for the night, Ella, you datang tau .. begitulah kata Datuk Rozzana. Pemilihan Datuk Rozzana sebagai Juri pada malam tersebut adalah sangat tepat kerana beliau yang saya kenali adalah seorang yang sangat berkaliber dalam apa sahaja beliau yang beliau ceburi. Datuk Rozzana juga seorang yang berpendidikan dan berkeyakinan tinggi .. Misz-ella dah beberapa kali dengar beliau bercakap atau berucap secara spontan .. setiap patah perkataan dilantunkan beliau dengan jelas, pendapat beliau disuarakan dengan bernas dan beliau sangat tegas dengan apa yang beliau fikirkan. Datuk Rozzana berani bersuara, sangat mementingkan etika penampilan dan yang paling saya suka ialah .. beliau sentiasa bergaya cantik, menepati tema dan sentiasa buat kami tertunggu-tunggu kemunculan beliau.
Rupa-rupanya, bukan sahaja beliau dilantik sebagai salah seorang dari juri pertandingan Mrs Malaysia Universe 2019 tersebut, malah beliau juga terpilih sebagai Charity Ambassador of Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019 ini. Wahhh .. kejutan!! Ehemm .. ehemm .. saya automatik rasa bangga kerana beliau memang layak memiliki gelaran tersebut.
Disebabkan Misz-ella suka berkongsi kisah-kisah positif dan berinspirasi, mari Misz-ella nak cerita tentang beliau. Datuk Rozzana, Pengarah Urusan SRT Travel & Tours sememangnya seorang yang sentiasa prihatin akan nasib golongan yang kurang bernasib baik, samada golongan ibu tunggal, golongan asnaf mahupun anak-anak yatim. Setiap kali menjelang bulan Ramadan atau pada bulan Syawal beliau akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim, samada di hotel mahupun di kediaman beliau sendiri. Datuk Rozzana sentiasa jemput Misz-ella sayangnya kadang-kadang jemputan tu tak dapat Misz-ella penuhi. Anyway, terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa simpan daku dalam hatimu, Datuk Rozzana *Chewah .. bersastera la pulak kau, wahai Ella*
Selain dari itu, Datuk Rozzana rajin menganjurkan Majlis keagamaan. Kadang-kadang ada majlis tahlil, ada kursus pengurusan jenazah, sambutan Maal Hijrah, ada majlis berbuka puasa dan bersolat tarawikh berjemaah dan macam-macam lagi. Datuk Rozzana juga tak kekok turun padang bagi memberi sokongan dan bantuan kepada para jemaah Haji di musim Haji.
Malah baru-baru ini, Datuk Rozzana telah mengambil keputusan untuk menyambut hari jadi beliau bersama dengan anak-anak yatim dimana sambutan hari jadi beliau diadakan di rumah anak yatim tersebut berbanding di hotel mewah seperti tahun-tahun sebelumnya.
Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul cakap orang tu. Pada Misz-ella, Datuk Rozzana ibarat seorang kakak yang sangat tegas tapi dalam waktu yang sama sangat penyayang dan prihatin pada kawan-kawan, saudara mara dan juga golongan yang kurang bernasib baik. Datuk Rozzana seorang yang pemurah dan baik hati, sentiasa memberi .. baik kepada saudara mara, sahabat handai mahupun golongan yang memerlukan.
Dalam waktu yang sama, beliau sebenarnya seorang sangat yang unik - ada masa beliau sangat tegas, lantang dan berani bersuara tetapi deep inside, she is a happy go lucky, colourful and lively person *majlis lebih meriah bila dia ada, tau .. macam-macam karenah dia yang boleh buat kami semua ketawa, serious! Misz-ella tak tipu .. *
Tahniah Datuk Rozzana yang sangat Misz-ella hormati dan kasihi diatas anugerah Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019. You deserve it my dear Datuk Nana. Semoga Allah SWT beri Datuk Rozzana kesihatan yang baik, rezeki yang luas agar dapat terus berbakti dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan and keep on inspiring us with your noble effort. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang mengenali seorang wanita hebat bernama Rozzana binti Rahmat. Tanpa disedari, banyak yang Misz-ella belajar dari beliau. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan pembaca semua, I nak pergi buat kerja lain pulak. Thank You baca and see you in my next entry, k. Ada banyak cerita best-best nak kongsi dengan you all ni. Jangan lupa datang lagi. Bye.