Featured Post
Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise
Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...
Rawatan alternatif di Healife
Hai pembaca kesayangan,
Baru-baru ini Misz-ella telah berpeluang ke Healife, sebuah pusat kesihatan bertaraf antarabangsa yang menawarkan rawatan alternatif dalam 4 bidang iaitu rawatan tradisional Cina, rawatan perubatan Arab, rawatan perubatan India dan juga rawatan perubatan moden. Healife merupakan satu-satunya pusat kesihatan di ibu kota yang menggabungkan 4 rawatan ini di bawah satu bumbung.
Healife bukanlah baru di dalam bidang perubatan alternatif malah telah mempunyai empat cawangan di seluruh dunia iaitu dua cawangan di Abu Dhabi, satu di Kuala Lumpur manakala cawangan Healife yang ke empat di Qatar sedang dalam proses pengubahsuaian.
Menariknya di Healife ialah pesakit berpeluang untuk menjalani gabungan rawatan moden dan holistik yang akan disediakan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing mengikut keperluan badan pesakit itu sendiri.
Healife ditubuhkan pada tahun 1997 oleh pengasasnya, Dr. Reham yang menghidap penyakit kronik - mempunyai keadaan yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya dengan perubatan moden. Sebaliknya, ubat yang ada hanya boleh melegakan simptom dan mempunyai kesan sampingan yang berisiko dan berbahaya. Tanpa putus asa, Dr. Reham mula mencari rawatan alternatif. Ketika itulah beliau diperkenalkan dengan Hijama, sejenis kaedah perubatan alternatif. Pada mulanya Dr. Reham agak ragu-ragu, terutamanya dengan latar belakang perubatan beliau sendiri yang juga adalah seorang doktor. Secara perlahan-lahan, Dr. Reham mula meningkatkan keyakinan diri dan menjalani rawatan alternatif dan Dr. Reham akhirnya sembuh. Berdasarkan pengalaman beliau itulah tertubuhnya Healife, dengan niat bagi membantu mereka yang senasib dengan beliau.
Antara rawatan yang boleh didapati di Healife adalah seperti pengurusan berat badan, rawatan penyakit kronik secara holistik, rawatan kecantikan wajah dah berbagai lagi. Healife telah menerima maklumbalas yang baik dari pesakit-pesakit yang pernah menjalani rawatan di sini.
Buffet Ramadan 2022 : Destinasi Rasa Serantau di Sofitel, Kuala Lumpur Damansara Hotel
Hai pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella bawakan Buffet ramadan dari Sofitel Hotel, Kuala Lumpur. Sofitel Hotel turut meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan buffet Ramadan Destinasi Rasa Serantau.
Barisan Chef Sofitel Hotel membawakan tujuh hidangan unik dari Malaysia iaitu Itik Salai Masak Lemak Chili Padi hidangan khas dari Negeri Sembilan, dari negeri Perak Rendang Tok Batu Kikir, Udang Galah Masak Diraja dari negeri Pahang, Asam Pedas Ekor Lembu dari negeri Melaka, Kambing Bakar dari negeri Selangor, Manuk Pansuh dari Sarawak dan Otak-otak Lobster dari negeri Johor. Kesemua juadah tu saya dah rasa .. semuanya sedap dan membuka selera.
Asam Pedas Ekor Lembu
Rendang Tok Batu Kikir
I'm Misz Ella. I am a Lifestyle Blogger. I share my thought about the Beauty products that I used, my travelogue, the food that I enjoyed and my healthy living routine. Email me at kakchik_ella@yahoo.com if you have any enquiries
Followers
POPULAR POSTS
-
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 36 sahabat baik Misz-ella, Puan Sri Shariffa Sabrina dan suami kesayangan beliau, Tan Sri Syed Yusu...
-
Wehhhh .. pagi ni kita terlebih rajin. Terlebih rajin sebab kita bangun awal. Nak sahur. Eleehhh .. sahur la sangat .. Takat Nescafe 3 in 1...
-
Hmmmm ... Cerita minggu lepas ni. Petang tu Misz-ella gi daftar Tution Aiman dekat Tution Center berdekatan dengan rumah. Aiman was among ...
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang satu kafe best yang terletak di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah i...
-
Hello pembaca kesayangan .. Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK), sebuah Tadika is...
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ini Misz-ella nak kongsikan sebuah kisah inspirasi. Misz-ella sentiasa rasa bersyukur dan bertuah kerana...
-
Hai! Masih ingat lagi tak Restoran Mee Tarik Jalan Sultan yang viral sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa beratur panjang sebelum dapat ...
-
Hello lovely readers, Time to travel , either for pleasure or business is usually the moment that we always look forward too. However, ...
-
Pejam celik pejam celik .. dah berbelas tahun blog ni. Tak sedar masa berlalu. Niat asal tulis blog sebab nak tinggal kenangan untuk anak tu...
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ini Misz-ella nak kongsi cerita tentang minyak wangi Arab. Misz-ella memang peminat minyak wangi, dari dulu l...