Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Anugerah Skrin 2016 kembali dengan tema Menggapai Impian


Wootsss .. Peminat karya-karya seni tempatan mesti suka entry ini.


Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016)  bakal mengegarkan industri seni tempatan buat kali ke 18. Dengan tema Menggapai Impian, ASK 2016 bakal bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya pada 18 November 2016 bermula dari jam 9:00 hingga 11:30 malam di TV3.

Anugerah berprestij yang sentiasa dinantikan oleh pengkarya seni tanahair ini mempertaruhkan 32 kategori yang merangkumi :-

13 kategori drama
7 kategori filem
6 kategori penerbitan dalaman
6 teknikal

ASK 2016 kali ini menampilkan kelainan di mana kategori Telefilem Komedi juga turut dipertandingkan.

ASK 2016  bakal dimeriahkan oleh Alif Satar sebagai Pengacara Utama dan ditemani oleh Ammar, Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza Kool FM, Sarimah Ibrahim, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail dan Puteri Aishah sebagai Pengacara Jemputan.

Acara Karpet Merah akan dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Hefny Sahad dan akan disiarkan secara langsung di Pop TV di TV9 dari jam 8.30-9:00 malam. Wootss .. bakal bahagia lah biji mata kita semua menyaksikan penampilan dan gaya karyawan seni kita malah bakal lebih meriah kerana Fashion Valet juga akan bekerjasama untuk menggayakan lima selebriti pilihan di Acara Karpet Merah tersebut. Wahhh .. siapakah yang bertuah? Surprise sungguh, kan.

Malam penuh gemilang ini akan dimeriahkan dengan persembahan hebat dari Shila Amzah, Elizad Sharifuddin, Indah Ruhaila, Shiha Zikir, Hazama, Black, Qody, Fareez (Mentor Milenia), Amir Jahari, Mark Adam, Mimi One Nation Emcees, Kaka Azraf, Kumpukan Bocey (Abam, Achey dan Fad), Raihan, Akim & The Majistret, Alyah, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Hujan, Muaz, Epul drama Band, Awi Rafael, Waries dan juga band jemputan dari Indonesia, De' Meises.

Seterusnya, barisan penyampai anugerah ialah Erra Fazira & Datuk Rosyam Nor, Sherry Al-Hadad & Fattah Amin, Fazura & Farid Kamil, Janna Nick & Raja Afiq, Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Siti Saleha & Neelofa, Tabah Syazwan, Jasmine Suraya Chin & Aina Suzaily,n Hazreena & Muaz (RTM), Izara Aisyah & Redza Rsoli dan Zahiril Adzim.

OK Jom kita tengok pulak senarai pencalonan dalam ASK 2016 tahun ini :

Kategori Drama Terbaik 

Anak Ibu Buangan Ibu Bila Tiba Saatnya
Cermin Kasih
Calon Syurga
Fatin
Hujan Malam Itu
Khilaf Seorng Isteri
Ku Haramkan Susu Itu
Lafaznya Aamiin
Pondok Itu Rumahku
Rekah
Ramadan Berteduh Syawal
Raya Aidil & Fitri
Selamat Hari Jadi Abah

Kategori Drama Rantaian Terbaik

Dan Hati Pun Berkata
Lambaian Ramadan
Mariah Terindah
Pujaan Hati Umi
Seindah Takdir Cinta
Sesal Separuh Nyawa
Terlarang Sudah Rinduku
Wadi

Kategori Drama Komedi Terbaik

Ahli Mesyuarat Tingkat
Jom Kahwin
Mak Cun 2
Rajuk
Si Montel

Kategori Drama Rantaian Popular Media Social

Kau Aku Kita
Menongkah Kasih
Satu Cinta

Bagi kategori ini, penonton boleh mengundi Drama pilihan mereka di www.anugerahskrin.com sehingga 5 November ini.

Kategori Filem Terbaik

Badi
Banglo Berkunci
Bravo 5
CCTV
Gilfriend Kontrak
Isteri Untuk Dijual
Jejak Warriors
Jwanita
Keranda Tok Wan Terbang
Langit Cinta
Lover Supermoon
Mat Moto
Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Nota
Pelepas Saka
Polis Evo
Munafik
Redha
Rembat
Showdown

ASK 2016 turut mengadakan Majlis Makan Malam eksklusif iaitu Malam Bersama Bintang pada 5 November 2016 jam 8:00 malam di Memory Lane, Jalan Yap Kwan Seng untuk meraikan para pemenang yang terdahulu dan mereka yang tercalon pada tahun ini.

ASK 2016 turut menghargai penontonnya dengan menganjurkan pertandingan Instagram @TV3Malaysia. 10 penyertaan terbaik akan dijemput untuk bersama-sama merasai gemerlapan Anugerah Skrin pada Malam bersama Bintang ini. 

Caranya mudah sahaja ~ Hantar gambar anda bergaya seperti menghadiri acara Karpet Merah Anugerah Skrin dan gunakan hashtag berikut #ask2016. So apa lagi .. mulalah bergaya dengan pakaian terbaik anda, ambil gambar banyak-banyak dan upload di Instagram menggunakan hashtag diatas ..mana tau kot menang, dapat lah korang ke Majlis Makan Malam Bersama Bintang ini, kan.

Selain dari itu, saksikan apa yang berlaku disebalik tabir persiapan krew produksi dan para artis dalam Menjelang ASK 2016  pada 18 November, jam 6 hingga 6:30 petang yang dihoskan oleh Haziq Hot FM. Gemilang ASK 2016 yang akan berkongsi momen eksklusif seperti gaya fesyen selebriti di karpet merah dan ucapan para pemenang ASK 2016 pula akan menyusul pada 25 November, jam 9 malam dihoskan oleh Ikhwan Kool FM dan Ain Edruce.

OK so itu je yang Misz-ella nak kongsikan tentang ASK 2016 tahun ini. 18 November 2016, jam 9 malam .. jangan lupa tonton secara langsung dari PICC di kaca TV rumah anda, k.




My Busy October. Carol's birthday at Selina's Residence.

When I was busy travelling on September .. October was a fun filled month too.

Events, traveled, assignments, blog entries, personal matters .. OhMy .. I am tired but happy and I am blessed with the good health that God gave me which ease my journey. Alhamdulillah. Saya insan yang sangat bertuah.


My second visit to Abstrax. Read more about Abstrax here to refresh your memory.

Despite my tight schedule, I am blessed to have friends who always remember me. Thanks BFF Leoniel Dg and the lovely Selina. I missed our Saturday session breakfast actually .. missed the chats, laughed and the coffee with both of you. 

Selina invited us for a lunch at her beautiful residence to celebrate her mom, Carol's early birthday. I always love to see people putting effort on spreading love and the special person of this moment is mom. Ibu Ratu hatiku. Mom is the queen of everyone's heart. How can I say NO to such a meaningful moment.

I made my way to her house on Sunday noon with Leoniel. Met so many new friends. We had lunch, share a lot of stories, jokes and we had a big laugh ..a rare moments which I hardly found recently *I was busy and have not seen my mom since August .. sobs*

Happy Birthday Carol. Thank You Selina for being a great host. Nice food, great accompany. We had a great time! Looking forward for more quality time together with you, dear.

Ok Bye. Sekian sahaja 'Another chapter of my diary' buat kenangan hari tua kita nanti. Tq baca. Bye.

Minyak Herba Asmak ~ Wajib ada dalam rumah kita

Hello pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku *kenyit mata*

Rumah siapa tak ada minyak angin? Rasa Misz-ella lah tiap rumah mesti ada minyak angin, kan. Buat diri Misz-ella sendiri, dari kecil lagi dah dibiasakan dengan minyak angin ni. Mama dulu paling suka Minyak Cap Kapak ..nak tidur dia sapu minyak ni dulu .. terlebih sapu haru biru *sebab minyak tu panas sangat .. hehehe*

Well .. baru-baru ini Misz-ella telah diperkenalkan dengan Minyak Herba Asmak keluaran Syarikat Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Wahhhh .. apakah? bestkah? Misz-ella teruja sangat nak cuba. Dah cuba, tak sabar lah pulak nak kongsi dengan pembaca semua. OK Jom berkenalan dengan Minyak Herba Asmak ni.


Pertama yang Misz-ella tengok ialah bahan-bahan nya:
Minyak Zaitun
Minyak Kelapa Dara
Habbatus Sauda
Gamat

Well .. not bad kerana ke empat-empat bahan ini  memang terkenal dengan khasiat dan manfaat nya kepada tubuh badan manusia. 


Perkara kedua yang Misz-ella lihat ialah khasiatnya :-

Merawat sakit gigi
Sakit kepala
Senggugut
Migrain
Resdung
Sembelit
Buasir
Melancarkan peredaran darah
Menyembuhkan luka
Gatal
Terkena api

Bila dah tau kedua perkara ni, mula lah hati teruja. Pembaca setia blog Misz-ella mesti tau yang Misz-ella sangat prihatin pada kesihatan dan sangat suka pada produk berasaskan herba. Maka hati berbunga-bunga nak mencuba. OK jom tengok 'review' Misz-ella setelah gunakan Minyak Herba Asmak ini

Warna nya sedikit hitam, tekstur nya sangat halus dan bau nya lebih kepada bau gamat tetapi sangat 'mild' .. Misz-ella letakkan setitik di tangan dan ratakan.

Sangat cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Seriously, lepas ratakan minyak ini di keseluruhan tangan, Misz-ella boleh terus menaip di 'keyboard' laptop tanpa perlu membasuh tangan terlebih dahulu kerana ia tak meninggalkan apa-apa kesan berminyak, menunjukkan yang Minyak Herba Asmak ini senang diserap oleh kulit kita.

Lepas tu, Misz-ella sapukan sedikit lagi Minyak Herba Asmak ini di belakang tengkuk dan di setiap penghujung mata *kerana Misz-ella sakit kepala*. Ada rasa sedikit berangin dan tidak panas. Pada pendapat Misz-ella, sebarang minyak herba yang tidak panas sesuai untuk dijadikan bahan urutan. So kalau korang ada masalah otot tergeliat, lenguh-lenguh badan atau perlukan urutan di lain-lain anggota badan, boleh la urut gunakan Minyak Herba Asmak ni. Takkan ada rasa panas, yang ada hanya lah rasa segar dan nyaman sahaja.


Misz-ella turut sapukan Minyak Herba Asmak ini di tapak kaki. Memang senang diserap Minyak ni .. lepas dah diratakan boleh jalan dalam rumah seperti biasa .. lantai tak melekit, tak berminyak dan akak pun tak jatuh *best lah*

Berdasarkan kepada pengalaman Misz-ella, Minyak Herba Asmak ini memang berkesan untuk melegakan sakit kepala .. bukanlah serta merta tapi Misz-ella dapat rasa keberkesanannya 30 minit lepas gunakan minyak ini. Lega rasa kepala .. tidur malam pun lena. Best lah!

Harga Minyak Herba Asmak ini adalah RM39.00 sebotol (30ml). Mahal? Emmmm .. pada pendapat Misz-ella, untuk produk yang telah melalui proses R&D dan dibuat dari bahan-bahan yang khasiatnya diiktiraf dunia, harga RM39.00 ini adalah berpatutan.  Lagipun, sebotol Minyak Herba Asmak ini boleh digunakan untuk seisi keluarga .. dari bayi hinggalah ke generasi yang lebih tua *atuk nenek pun boleh guna tau ..*

So kalau pembaca blog Misz-ella nak cuba Minyak Herba Asmak ini, boleh la dapatkan dengan hubungi talian Hotline HQ Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd di talian 019-9708897 atau layari website rasmi pengedar Minyak Herba Asmak di www.penawarasma.com.my 

Jangan lupa Follow sini jugak ye untuk 'update-update' terkini :-

Instagram Minyak Herba Asmak di https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/ 
Facebook Minyak Herba Asmak di https://web.facebook.com/penawarasma/?fref=ts


Pameran The Best Of You 2016 ~ Paparan Kisah Dan Karya Inspirasi


Hello pembaca-pembaca budiman,



Baru-baru ini telah berlangsung beberapa siri pameran 'The Best of You 2016' yang diasas dan dianjurkan oleh pengeluar biskut terkenal Julie’s.

‘The Best of You’ yang telah diadakan sejak dari 2014 adalah pergerakan sosial yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat agar menghargai pengalaman dan insan yang telah berusaha gigih menerapkan nilai-nilai terbaik yang ada di dalam diri mereka.


The Best of You 2016 bertemakan ‘People First’ iaitu mendahulukan insan menerusi penyertaan tujuh personaliti utama dari Malaysia dan Singapura. Kisah-kisah mereka mampu menggalakkan rakyat Malaysia untuk berfikiran positif dan mengubah pemikiran stereotaip di kalangan pelbagai lapisan masyarakat kita.

Program ‘The Best of You’ ini diharapkan dapat menerap budaya penghargaan terhadap usaha murni orang lain serta diri sendiri. “Dari sering membuat tanggapan buruk dan berfikiran stereotaip, lebih bermanfaat jika kita dapat berfikir dari aspek yang baik dan membentuk masyarakat yang saling menghargai,”kata Encik Sai Tzy Hong, konsultan pergerakan’ The Best of You’.

Dalam usaha kita menyesuaikan diri dengan perubahan pantas pembangunan negara yang penuh cabaran, program 'People First' adalah merupakan satu usaha penting dalam membentuk masyarakat majmuk yang harmoni.

Beberapa kisah inspirasi turut dikongsikan. Jom kita baca ..


“Saya adalah anak jalanan dari Buku Jalanan Chow Kit. Inilah ayat yang saya inginkan kanak-kanak saya dengan bangganya memberitahu semua orang,” jelas Siti Rahayu, pengasas bersama Buku Jalanan Chow Kit, pertubuhan bukan kerajaan yang memberi pendidikan kepada kanak-kanak jalanan. Sepanjang usahanya, Siti mendapati adanya harapan, keyakinan dan semangat di kalangan kanak-kanak ini. Setiap Ahad, dia dan sukarelawannya tidak pernah berputus asa membantu dan mendidik kanak-kanak di kawasan sekitar.

“Saya mahu masyarakat menghayati karya seni yang dihasikan oleh saya,” kata Dennis, penghidap sindrom Asperger’s yang tidak meletak kekurangannya sebagai halangan untuk mengejar impian. Dennis menghidap sindrom ini pada usia 7 tahun. Namun, dia tetap bersemangat dan berjaya menamatkan pengajian peringkat tinggi dan kini memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka. Dengan sokongan kuat sistem pendidikan dan kepercayaan utuh kepada Tuhan, dia mampu menzahirkan karya seni yang kreatif.

“Tak kira ke mana anda pergi dan apa yang dilakukan, jika anda lakukan kesilapan, jangan lari,” ulas Phuong warga Vietnam yang bekerja di Malaysia. Menurutnya, keputusan bekerja di negara asing bukanlah satu pilihan yang mudah. Walau tidak fasih berbahasa Malaysia, dia tetap berusaha menempuh pelbagai dugaan tanpa gentar. Dia amat bersyukur atas segala pertolongan rakan-rakan dan majikan baru yang dikenali sewaktu bekerja di Malaysia. Kesemua ini membuatkan Phuong berasa dia memiliki keluarga kedua di Malaysia.

The Best of You 2016 kali ini mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Singapura. Di Malaysia, pihak penganjur  telah menerima hampir 4,000 penyertaan menerusi beberapa siri pameran yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur, AEON Bukit Tinggi, AEON Shah Alam dan Gurney Plaza, Pulau Pinang. Pameran-pameran ini memaparkan kisah dan karya seni peserta yang telah memberi inspirasi kepada pengunjung. Pengunjung menunjukkan penghargaan dan tanda sokongan mereka dengan menulis kisah penghargaan mereka serta kata-kata semangat untuk dipamerkan.



Bagi meraikan kisah dan karya yang diterima, pameran finale ‘The Best of You’ 2016 telah diadakan di ruang concourse AEON Bandaraya Melaka dari 19 hingga 23 Oktober 2016. Pameran ini mengetengahkan kisah yang menyentuh hati dan karya-karya seni karyawan tempatan dan luar negara, serta bakat dan personaliti yang mendapat inspirasi dari pergerakan ini.



Fahrin Ahmad, Adibah Noor dan Chui Ling adalah artis tempatan yang turut berkongsi kisah peribadi mereka di pameran tersebut. 

Dan sejujurnya, ini adalah kali pertama Misz-ella berpeluang untuk menghadiri Pameran hebat ini dan Misz-ella tak ketinggalan menyokong pameran ini dengan menitipkan sedikit perkongsian tentang perjalanan hidup Misz-ella sebagai Blogger selama hampir 10 tahun ini. Moga bermanfaat pada mereka yang memerlukannya.

Tu .. Misz-ella selitkan disitu 

Dan haruslah sekeping gambar dengan pelakon pujaan hati, Fahrin Ahmad sebelum Misz-ella meninggalkan Pameran ini.



Pada pendapat Misz-ella, pameran The Best of You ini adalah sebuah program yang sangat bermanfaat buat kita semua. Perkongsian-perkongsian hebat oleh mereka adalah sangat berharga dan mempunyai pengajarannya. Sama ada kita sedari atau tidak, setiap dari kita mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Buatlah yang terbaik dan menyerlahlah dengan "The Best of You".

Bagi mereka yang terlepas menghadiri Pameran The Best of You 2016, nantikan pameran seterusnya pada tahun hadapan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan ini sila layari laman web  www.thebestofyou.my




















AkTION bring 3 Eco-Sports events to Langkawi

Hello readers ..



Another exciting sport event I brought to you. This time is about AkTION Langkawi.

Langkawi is a beautiful island with mountains, beaches, forest and distinct inhabitants which has been declared by UNESCO as one of 94 globally recognised Geoparks from 27 countries.

Langkawi which is famous among the local and the international tourist has taken another approach to strengthen its tourism with eco-friendly sport since 2016 via their first pilot project, Tuba Trail Run.

Organiser, E-Plus Global Sdn Bhd and supporter Langkawi Development Authority (LADA) expands the successful pilot project of Tuba Trail Run in April to a triple treat for eco-sport athletes around the world under the umbrella of AkTION including the Tanjung Rhu SwimFest, Mount (Mt.) Mat Chinchang SkyBridge Climb and the Tuba Trail Run 2017.


Encik Iskandar Shahril, Tan Sri Khalid Bin Ramli and Tahira Aliya at the Press Conference

"Following the success of the Run, we are now launching this brand new AkTION series that cover eco-sports on both land and water. Langkawi is well connected with other states within Malaysia, and also from neighbouring countries. Therefore, our intent is to add eco-sports that is suitable for sports enthusiasts of all levels, as pillar to supplement Langkawi's popular leisure tourism" said Encik Iskandar Shahril, the Managing Director of E-Plus Entertainment Productions for Singapore and Thailand.

Tan Sri Khalid Bin Ramli, the Chief Executive Officer of Langkawi Development Authority (LADA) added that more than 400 domestic and international participants joined the April 2016 Tuba Trail Run. This positive outcome has made E-Plus to move forward with more eco-sport event on many parts of the beautiful island of Langkawi.

So readers .. let see the triple treat series (in detail) of the AkTION Eco-sports programmes which are prepared to cater the needs of the sport athletes around the world.



Tanjung Rhu Swim Fest ~ 10 December 2016
The first beach international open swimming event in Malaysia which will be happening on 10 December 2016 is now open for registration. 

This open water swimming competition will be offering 3 categories :-
2km route (For participants from 14 years old)
4km route (For participants from 16 years old)
6km route (For participants from 18 years old)

Starting by the captivating Tanjung Rhu beach, participants will be able to swim close to the close international borders which provides a unique opportunity to experience Malaysia and Thailand in a single location.


Mt. Mat Chinchang SkyBridge Climb ~18 February 2017
Wooopsss !! This is interesting ~ Climbing up to the peak of Mt. Mat Chinchang on your own foot! Starting from the Oriental Village, passing the cable car's Middle Station, crossing across the renowned SkyBridge as well as climbing up to the Top station. 

For the very first time, the trail is open for a race. Trail enthusiasts can seize the opportunity to experience the beautiful panorama of Mt. Mat Chinchang by taking part in this challenge which will be held on 18 February 2017. This 4.5km climb with the elevation of 650 metres is definitely a good platform for trail enthusiast to  challenge their physical strength.

Tuba Trail Run ~ 8 April 2017
Tuba Trail Run is back for the second continuous year. Tuba Trail Run was introduced as a pilot project on April 2016, to expose the less visited Tuba Island to the domestic running market. Tuba Trail Run will return on 8 April 2017 and continue to be an eye-opener for first-timers and returning participants as they explore deeper on the islands distinct culture. 

The 2017 edition will offer three varied distances, including a 4km fun run, a new 15km route and the 30km route to cater to runners of all levels.

Well .. I am interested with Mt. Mat Chinchang and Tuba Trail Run. What about you, readers?

For more information on the AkTION, follow them on the Facebook at https://web.facebook.com/aktionlangkawi/?fref=ts




Astro Brings more Hindi Content with TARA HD (Ch 108)

Hello lovely readers,

Who is the Hindi fans here? Me! Me! Well .. I was one of the fans of the famous Hindi Channel Zee before and when Astro discontinued the channel, I was upset. I love to watch the exercise program which was hosted by one beautiful Indian lady. Her sexy body movement was .... AWESOME!



Good news is .. Astro has recently launched Tara HD (Channel 108), a new Hindi Entertainment HD channel and this channel will be on free preview to Astro customers with B.yond set-top-box until 20 November 2016.

After the free preview ends, Tara HD channel will be available in Astro Family HD Pack on stro TV and Astro on the Go (AOTG), as well as on a prepaid basis on NJOI.


The launched of TARA HD by Dr. Rajamani and Hemalatha

Dr. Rajamani Chellamuthu, Astro Senior Vice President of Indian Customer Business said, “Astro is committed to bring the best Indian content to viewers. In 2014, we launched BollyOne HD, a 24-hour Hindi movie channel showcasing the latest movies, and the response has been amazing. With the launch of TARA HD today, we will deliver even more Hindi entertainment including dramas, movies, concerts, award shows, reality shows, documentary and talk shows. TARA HD offers the best Bollywood entertainment for audiences from all age groups. We’ve handpicked our movies as well as dramas from popular channels like Colors, Star Gold and Star Plus to deliver a good range of entertainment content.”


Dr. Rajamani with some of the local artists during the launched

TARA HD offers the best and latest drama series, variety shows, and music programmes from India and Pakistan. Viewers can look forward to dramas including ‘Chakravarthi Ashok Samrat’, ‘Nagin’, ‘Yeh Hai Mohobattein’, ‘Ishqbaaaz’ and ‘CID’; TV series like ‘Yudh’ starring Amitabh Bachchan, popular talk shows ‘Koffee with Karan’ and ‘The Kapil Sharma Show’ and variety shows ‘Bolly Stars’, ‘Bolly Dance’, and ‘Comedy Nights Bachaq’.



NJOI customers will also be able to enjoy the free preview of TARA HD until 20 November 2016. After which they can access the channel on a prepaid basis at RM7 for 3 days, RM10 for 7 days and RM25 for 30 days. Besides Astro TV, TARA HD will also be available on AOTG for Astro customers with HD service and AOTG subscription. AOTG subscription is included at no additional cost for Astro customers with Super Pack Plus, Super Pack, Multi room, Sports Pack and Value Pack, and available to other Astro customers at RM10.60/month.



TARA HD channel is available with English and Bahasa Malaysia subtitles. For more information on TARA HD, please log on to http://www.bollyonehd.com/bollywoodnews. To subscribe to Astro and NJOI, please visit www.astro.com.my or call 03-9543 3838




Last but not least, today is Deepavali day. Happy Deepavali to all of you who are celebrating it from Misz-ella.blogspot.com. Lets watch TARA today with your family and friends while enjoying the spirit of Diwali.













Konsert Gegar Vaganza Minggu Kedua - Ohh Abg Razis


Hello readers

Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke dua dah berlalu. You all pun dah tau keputusan nya yang mana Razis Ismail tersingkir. Maka tinggal lah 11 orang lagi peserta sahaja yang akan meneruskan perjuangan di Konsert Gegar Vaganza Minggu ke 3 pada Ahad ini.

OK jom tengok Gegar Vaganza dari kacamata Misz-ella. Mari kita sama-sama layan Entry. Baca sampai habis tau korang ..


Persembahan pembukaan oleh Datuk A. Rahman Hassan dengan lagu 'killer' beliau Tak Mengapa. Penonton dari pelbagai lapisan usia terhibur. Siap ada yang menari dan menyanyi bersama Datuk lagi. Datuk tetap hebatlah!

Peserta pertama ialah Azharina dengan lagu Sinaran. Azharina menyanyi 'LIVE'  memang best! Menghiburkan dengan vokal dia yang sangat mantap.

Penyanyi Shidee bawakan lagu favourite Misz-ella ~ Meneka Dalam Kesamaran nyanyian asal Ibnor Riza. Sedap lagu ni .. mendayu-dayu dan syahdu.

Ameng Spring *ohhhh .. teringat lagu Sampai Hati dia* nyanyikan lagi Epilog Cinta Dari Bromley nyanyian penyanyi romantis Sohaimi Mior Hassan. 

Zur Eda dengan Berpaut Di Dahan Cinta nyanyian asal Dayangku Intan. Terpesona Misz-ella menontonnya sampai ternyanyi sama-sama. Akuuuuu .. berpaut di dahan cinta. Ewahh ..


Razis Ismail bawa lagu Bunga Pujaan nyanyian asal oleh Jamal Abdillah. Misz-ella dari dulu minat Razis. Ohh Abang Razis ..  

Elly Mazlein nyanyikan lagu Berpisah Jua oleh Ziana Zain dengan jayanya. Semua orang tau yang bukan senang nak bawa lagu Ziana Zain. Bila dia berjaya 'tarik' .. Misz-ella yang tarik nafas lega.

Penyanyi cantik tinggi lampai Intan Sarafina bawakan lagu Pudar oleh Rossa. Suara Intan tetap manja macam muda dulu dan seperti biasa .. Intan dikatakan kurang ekspressi. Rasanya dari dulu lagi Intan ada masalah ini, kan. Walaubagaimanapun, persembahan Intan tetap menghiburkan dan mendapat perhatian juri.

Nora tampil dengan persembahan yang sangat dramatik dengan lagu Setelah Aku Kau Miliki. Terpancar kekecewaan dan kesedihan di dalam penyampaian Nora sampai Misz-ella pun rasa nak nangis sama. *Ouchhh .. tersentuh hati i*

Misz-ella memang peminat Rem. Rem bawakan lagu Suratan Atau Kebetulan nyanyian asal oleh Kenny, Remy & Martin. Suara Rem tetap 'bergaya' seperti dahulu. Minggu depan kalau dapat tengok Rem bawakan lagu rancak best jugak, kan. 

Zarul dengan lagu Untukmu Selamanya membuktikan yang beliau masih berbisa. Ramai peminat Zarul .. riuh rendah dewan dibuatnya.

GMie bawakan lagu Januari nyanyian asal oleh Glen Fredly. Juri kata suara GMie sangat unik. Misz-ella pun setuju. Dah la suara nya unik, lenggok dia nyanyi pun best. Tak jemu persembahan oleh GMie ni.

Siti Sarah Raisuddin dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu. Hummm .. macam tak ada apa nak komen persembahan si kecik molek ni selain dari .. Misz-ella bagi 5 bintang! *Ehhh .. kau kenapa? Kau juri ke nak bagi-bagi bintang? Ooopss .. sorry .. terover! Hehehe*

Dan akhirnya Razis Ismail tersingkir pada minggu ini. Ohhh sedih. Dah lama Misz-ella tak tengok Abang Razis menyanyi dan sejujurnya Misz-ella mahu melihat dia menyanyi dengan lebih lama lagi di Konsert ini tapi saya akur .. Ini adalah pertandingan. Hanya yang terbaik akan dipilih Juri. 

Secara keseluruhannya, Konsert Gegar Vaganza minggu ke 2 ini sangat menghiburkan. Kesemua artis membuat persembahan secara 'all-out' dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari para penonton. Riuh rendah Dewan MBSA dengan sorakan dan tepukan. Kedua-dua pengacara ~ Nabil dan Jihan ... ummmm .. sebenarnya lebih hebat dari apa yang penonton saksikan di kaca TV. Diaorang berdua memang sangat spontan dan semulajadi .. tak seminit pun bosan Dewan MBSA tu kerana mereka berdua.

So pembaca-pembaca blog Misz-ella semua, memandangkan Konsert minggu ke 2 Gegar Vaganza telah pun berakhir dengan jayanya, Misz-ella lebih teruja nak lihat persembahan minggu hadapan dan yang akan datang. Siapa penyanyi favourite korang? Misz-ella? Ohhh .. semua. Artis semua best-best. Pandai Astro pilih. 

*Gambar dari Facebook Gegar Vaganza*

Minggu ini pertandingan dijangka lebih mencabar kerana lagu yang diberikan kepada peserta di minggu ke 3 adalah jauh berbeza dari 'genre' nyanyian mereka. 

Misz-ella teruja sangat nak tengok. Ahad ini, 9 malam di Astro Ria 104 & Ria HD 123. Jangan ada sesiapa berani tukar 'Channel' Misz-ella 'babap' kang. Tehehe.