Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Showing posts with label Health and Fitness. Show all posts
Showing posts with label Health and Fitness. Show all posts

Innersejuk X Wirdora facemask anti bakteria ber tatah Swarovski


Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang facemask. Memandangkan kita semua sedang berada di dalam PKPB dimana kita dibolehkan untuk keluar rumah tetapi Bersyarat iaitu dengan mengamalkan norma-norma baru, maka facemask atau topeng muka dan hidung adalah satu keperluan bagi kita semua.

Tak kira jantina, umur atau bangsa .. asalkan kita berada di luar rumah, kita digalakkan untuk memakai facemask (meskipun kita tidak bergejala)



Memperkenalkan facemask Innersejuk X Wirdora, facemask anti-bakteria bertatah kristal swarovski yang bakal membuat kita kelihatan sangat bergaya meskipun mengenakan topeng muka. 

Al-maklumlah, lama lagi kita nak guna facemask ni kan. Mungkin setahun, dua lagi. Larat ke asyik nak beli yang pakai buang tu sepanjang masa? Apakata beralih ke facemask yang boleh dicuci dan diguna semua seperti ini?













Facemask Innersejuk X Wirdora ni sangat selesa. Dibuat dari kain spandex yang stretchable. Tidak panas. Senang nak bernafas. Hijab friendly sebab guna tali.


Ini adalah facemask ber swarovski penuh. RM35 sahaja.

Yang ini adalah jenis Half swarovski ~ RM25

Yang ini adalah Plain facemask ~ RM15


Boleh digunakan oleh perempuan ataupun lelaki

Sesuai digunakan oleh anak-anak kecil juga



Buat masa ini hanya terdapat 3 warna sahaja. Dulu ada dusty pink tetapi sekarang dah out of stock you alls ..


Nak tau tak apakah relevan dan sebab-sebab you all kena pakai facemask ini?
  • Facemask ini sesuai untuk low risk person. Tujuannya untuk menghalang droplets direct ke hidung dan mulut kita, apabila kita terpaksa keluar rumah atas tujuan tertentu. Juga untuk mengelakkan droplets kita *sekiranya ada* mengenai orang sekeliling.
  • Facemask keluaran "Innersejuk" mendapat kelulusan dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mengesahkan FABRIK MASK ini adalah  ANTI BAKTERIA. 
  • Kenapakah Kementerian Pertahanan Malaysia, bukan KKM ?
  1. KKM keluarkan sijil untuk ubat-ubatan yg tidak membahayakan & tidak membuat pengesahan/ lab test bagi fabrik.
  2. MAKMAL STRIDE HIGH TECHNOLOGY milik ATM ini adalah yang paling canggih di malaysia & hanya terdapat di Kementerian Pertahanan Malaysia. 
  • Semua jenis fabrik-fabrik yang berteknologi tinggi seperti kalis air, kalis peluru dll, membuat ujian lab test di  Makmal Stride ini.
  • Sedia maklum, facemask boleh di pakai selama 4 jam dan hendaklah ditukar setiap kali selepas dipakai.
  • Manakala facemask ini boleh digunapakai dan di cuci menggunakan air panas.


Dengan menggunakan facemask bertatah swarovski ini, kita bukan sahaja telah mengambil langkah mencegah penyebaran covid-19, malah kita akan kelihatan lebih bergaya. Cantik tak we alls ?



Nak tau cara-cara untuk membeli facemask yang cantik ini?
Whatsapp 016-6223138 ye ..







Jangan lupa bersenam, tau ..

Hello pembaca kesayangan ..


Exercise at Renaissance Hotel fitness center

Dah lama Misz-ella tak berkongsi tentang rutin senaman Misz-ella, kan. Walaupun sibuk dengan urusan duniawi, menjaga kesihatan tetap agenda paling utama dalam hidup Misz-ella. Sebolehnya saya cuba cari masa untuk bersenam .. kalau tak dapat pergi dance class, saya ke gym.



Fun dance with Marsha at Mr. Muscle Gym & Dance Studio, Sungai Buloh


Exercise alone at my condo's gym 

Misz-ella selalu pesan pada kawan-kawan, cari sihat dulu. Ramai orang selalu berdoa supaya dipanjangkan umur tetapi doa Misz-ella setiap kali selepas Solat adalah 'Berilah aku kesihatan yang baik agar aku dapat berbakti kepada keluarga ku dan beribadah kepada Mu'.


Selalunya Misz-ella sorang je Melayu 

Kadang-kadang saya main badminton but I have to admit that I am definitely not a good badminton player ..

Bila kita sihat, kita dapat keluar mencari rezeki, kita dapat jadi ibu, isteri yang baik untuk keluarga kita, kita dapat jadi anak yang baik buat ibu bapa kita dan kita dapat jadi kawan yang baik buat kawan-kawan kita dan kita dapat beribadah kepada Dia.


With my best friend Puan Sri Shariffa Sabrina at Puncak Gunung Hijau, Bukit Larut. Hiking is our hobby ..

Fun dance at Magyc Studio and Gym, Saujana Utama, Sungai Buloh. Masa mula-mula studio ni ditutup, Misz-ella lah orang yang paling sedih .. banyak kenangan manis di sini

Cross Fit training at Xclusive Fitness Gym, Shah Alam

My exercise session at Sunway Resorts and Spa ~ One of my hobby is exploring the hotel's gym during my holiday .. 

Selain dari menjaga pemakanan, bersenam adalah cara paling baik untuk menjaga kesihatan. Masa mula bersenam dulu, umur Misz-ella baru 20an .. tak da sesiapa pun yang menggerakkan atau menggalakkan Misz-ella bersenam, semuanya atas kesedaran sendiri *yahh .. I am a self-driven person* Bila tengok anak *masa tu Aiman kecik lagi* terus rasa bersemangat untuk jadi lebih sihat sebab nak jadi mak yang terbaik untuk dia. Misz-ella beli CD aerobik Denise Austin, bersenamlah saya seorang diri di rumah. Lepas tu join dance studio yang pertama di Saujana Utama. Masa tu Zumba pun tak wujud lagi *that shows how long I have been exercising* tak ada Zumba. Yang ada hanyalah aerobic or aerodance. Barulah Misz-ella faham yang mendengar dan mengikut tempo atau beat ketika bersenam itu penting. Barulah Misz-ella faham apa itu single single double, apa tu L, apa itu V, apa itu box step, macamana nak buat U step, macamana nak gerakkan badan mengikut 4 wall .. semuanya Misz-ella belajar dari Coach-coach yang terlatih. Banyak sungguh jasa diaorang mendidik Misz-ella yang taktau apa-apa pun masa tu.


Fitness drummin with Cempaka International School student ..

Gym at Damac Maison Hotel, Dubai ..

Kalau dapat berdua lagi best tapi jarang-jarang sekali dapat peluang berduaan begini ..

Bersenam mendidik diri saya menjadi lebih disiplin. Tiada lagi masalah malas bangun pagi, sengal-sengal badan dan sebagainya. Malah hingga sekarang, kalau virus M *malas* datang, Misz-ella akan segera bangun dan buat 'jumping jet' 30-50 kali. Barulah rasa lega bila sel-sel badan dah aktif dan muncullah vitamin R *rajin* 


Misz-ella juga cuba berlari .. rajin masuk Fun run dengan my exercise gang dan baru-baru ini, Misz-ella mula jatuh cinta dengan cycling. Nak terbitkan rasa cinta pada cycling tu bukan lah mudah pada awalnya sebab bersenam sendirian ni lebih boring dibandingkan dengan exercise berkumpulan tapi Misz-ella tetap didik diri Misz-ella supaya sabar dan keep on moving. 



Mula-mula mampu cycle 3km je .. lepas tu ahhh .. bosanlah! Tapi lepas tu Misz-ella cabar diri Misz-ella supaya jadi lebih baik dari semalam .. so next session tambah ke 5km .. lepas tu 7km dan akhirnya Misz-ella mampu cycle 20km dalam masa satu jam. Ye itu rekod terbaik saya setakat ini. In sha Allah akan cuba perbaiki diri.

Pesanan Misz-ella kepada pembaca setia blog Dari Jari-Jari Halusku ini .. Sayangi lah diri kita sendiri. Remember to love yourself first before you can love others and for me, exercise is one of my best way to express my love to myself. Allah lahirkan kita sihat dan sempurna, menjadi kewajipan kita untuk menjaganya, kan.

Ok dah habis sharing dengan you all semua .. Misz-ella nak pergi buat kerja lain and I promise I will be back with more sharing about fitness and healthy lifestyle. Terima kasih baca ye. Bye.




#KamiCaring Run 2019 di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, 17 November ini

Hello pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang #KamiCaring Run 2019 anjuran Caring Pharmacy yang akan diadakan di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada 17 November 2019 ini.

Dah lama Misz-ella tak cerita pasal 'run .. run and run' ni kan. Dah lama jugak Misz-ella menyepi dari menyeru you all semua agar sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat, kan.




Sebagai salah satu cara untuk menyeru orang ramai agar mengamalkan kehidupan yang lebih sihat, Caring Pharmacy baru-baru ini telah melancarkan #KamiCaring Run 2019 yang akan diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019 nanti. #KamiCaring Run 2019 dengan slogan "Hidup Sihat, Hidup Gembira" ini menawarkan dua (2) kategori larian yang boleh kita sertai iaitu 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run.

5KM Fun Run 
Dibuka kepada dewasa (13 tahun ke atas) dan kanak-kanak berumur antara tiga (3) hingga 12 tahun.
Bayaran penyertaaan :-
RM50/seorang (Dewasa)
RM30/seorang (Kanak-kanak)

12KM Competitive Run
Dibuka untuk dewasa sahaja (13 tahun ke atas). Peserta di bawah 13 tahun diwajibkan untuk mendapat kebenaran dari ibu, bapa dan penjaga terlebih dahulu
Bayaran penyertaan adalah RM60/seorang

Hadiah akan diberikan kepada pemenang kategori 12KM Competitive Run ini iaitu :-
Tempat pertama :- Wang tunai RM600 berserta piala
Tempat kedua :- Wang tunai RM400 berserta piala
Tempat ketiga :- Wang tunai RM200 berserta piala
Hadiah saguhati : Baucar tunai RM100 berserta piala (kepada pemenang tempat ke empat hingga ke sepuluh)

Acara Cabutan Bertuah turut disediakan bagi memeriahkan lagi acara #KamiCaring Run 2019 ini. Setiap peserta akan mendapat T-shirt larian, pingat penamat dan beg cenderahati.




#KamiCaring Run 2019 mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila mendapat penyertaaan dari penaja-penaja seperti Abott, Vita-Health and Herbs of Gold, Hello March, Fisol, SalonPas, Flexijoint, L'Oreal, Sunsense, Betadine, Cap Kelapa Laut Afrika, Kao, FitNesse, Milo, Oreo dan Atria Shopping Gallery.

Disamping itu, pihak Milo dan FitNesse akan mengedarkan minuman percuma kepada peserta dan orang ramai yang hadir pada hari tersebut manakala Grab pula menjadi rakan kongsi pengangkutan rasmi #KamiCaring Run 2019 ini dengan menawarkan diskaun sebanyak RM5.00 kepada mereka yang pergi dan balik ke lokasi acara dengan menggunakan perkhidmatan Grab. Terhad kepada 400 orang pengguna yang terawal sahaja.

So buat pembaca sekalian yang berminat untuk menyertai #KamiCaring Run 2019 ini, pendaftaran telahpun dibuka sekarang dimana anda boleh berdaftar di http://bit.ly/KamiCaringRun2019. Sila daftar cepat-cepat kerana buat masa ini, tawaran Early Bird special sedang berlangsung dimana diskaun sebanyak RM5.00  akan diberikan. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Oktober 2019.

Sebarang pertanyaan untuk #KamiCaring Run 2019 ini, bolehlah disalurkan kepada  :-

Email ke register@score.my
Telefon nombor berikut iaitu 03 - 7726 4277

Rindu Yang Dulu-Dulu


Hello my lovely readers,




It's been a while since we last 'borak-borak' together di dalam blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Rindu nak borak-borak, nak share thought, nak kongsi kisah-kisah peribadi yang tidaklah 'terlalu peribadi' .. rindu nak ber blog seperti dulu .. masa tu tiada sosial media, what we did to introduce our blog was blogwalking, leave comment, or say Hi at the Chat box.

Masa tu niat ber blogging adalah semata-mata untuk berkongsi, tak terfikir yang blog akan menjadi medan untuk mencari rezeki pada satu hari nanti. 



Paling best, niat ber blog itu adalah untuk meninggalkan sesuatu untuk anakanda tercinta, Aiman. Aiman seorang, Aiman anak tunggal. Dia tiada sesiapa nak berkongsi kenangan masa kecil dia dengan mama dia. Maka mama pun menulis blog, dengan lafaz niat .. Kalau mama dah tak da nanti dan aiman rindu mama, bacalah blog ini.  Dengan lafaz niat tersebut, maka Misz-ella pun menulis blog, sharing my life journey as a mother for 1 kid. All the bittersweet moment that we went through together, places that we visited together .. etc .. etc. 

After almost 10 years, I am still a blogger. Somehow, I feel that my life as a blogger is very interesting. I travel the world with my blog. I was one of the earlier bloggers who wrote about Muslim travel in Vietnam. 




I went to Kashmir and shared about my experiences with the travel agent but what touched my heart more was when Fahad, my travel agent who took care of me while I was in Kashmir passed away, it was my blog which survived his wife life. Asma kept on receiving bookings or orders from Malaysia through my blog post. Alhamdulillah.




I shared my life as a Fitness addict in my blog and met new friends who came to the dance studio that I used to went to .."Kak Ella, saya datang ke sini kerana tulisan akak" Alhamdulillah. Jika adik membaca tulisan saya ini, saya harap awak istiqomah dan masih tetap bersenam seperti Kak Ella"

I also met many new friends through my blog. From stranger we became good friends. Ye. Blogging menjalin ukhuwah sesama insan. Banyak lagi kebaikan ber blog sebenarnya.




Time flies. I blogged since Aiman was just a small boy and he is going to celebrate his 23rd birthday, soon.


Sebenarnya paling penting dalam hidup ini adalah konsisten. Konsisten dalam setiap perkara yang kita lakukan dan untuk memastikan kita tetap konsisten, buatlah perkara yang kita suka. In Sha Allah kita akan kekal membuatnya. Ada banyak lagi perkara nak kongsi dengan pembaca semua tetapi buat masa ini (pukul 1:53 pagi), mata adalah sangat mengantuk maka saya harus ucapkan 'GoodBye'. Terima Kasih baca dan jumpa lagi di lain entry.





FitHub By Women in Motion @ Sri Hartamas - Eksklusif untuk WANITA SAHAJA


Hello pembaca kesayangan,


Misz-ella kembali lagi dengan entry-entry kecergasan dan kesihatan. Dah lama Misz-ella tak berkata-kata tentang topik ini, kan.

Baru-baru ini Misz-ella telah ke gym baru yang diberi nama FitHub by Women In Motion yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas yang tak jauh dari rumah Misz-ella di North Kiara Hills, Kuala Lumpur.




Menariknya gym ini adalah ianya khusus untuk WANITA sahaja. Sebagai seorang wanita yang suka bersenam, Misz-ella faham perasaan wanita lain yang agak segan nak ke gym yang bercampur perempuan dan lelaki. Ada sedikit segan-segan atau serba salah nak lalu kerana ramai 'Abang Sado' berada di situ sedang ber exercise, kan .. 


FitHub by Women in Motion ini mula dibuka kepada orang ramai pada 17hb Jun 2019 yang lalu dan merupakan cawangan yang ke 3 selepas kejayaaan cawangan pertama dan kedua di Teluk Intan dan Kuala Kangsar.

Bersempena dengan pembukaan cawangan ke tiga FitHub by Women in Motion ini, pihak pengurusan menawarkan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM90 sahaja (harga biasa ialah RM120). Selain dari itu, anda layak mendapat satu kemasukan percuma ke mana-mana kelas pilihan anda dan gym kit turut diberikan secara percuma. Best, kan!



Gym dua tingkat yang terletak bersebelahan dengan Restoran Nasi Kandar Bistari ini lengkap dengan pelbagai peralatan. Di tingkat bawah  ada gelanggang yang luas untuk aktiviti-aktiviti kecergasan yang high impact seperti circuit training ataupun 'HIIT' ~ dumbbell,  fitness rope, fitness ball, stepboard, weight plates, barbells semua ada. Paling menarik di sini juga  ada tyre untuk mereka yang mahu mencabar diri melakukan tyre challenge. Best you alls tyre challenge ni, Misz-ella pernah cuba di Fitness First dulu .. betul-betul mencabar!


Buat mereka yang mahu membina otot-otot badan agar lebih ketat dan 'sado, bermacam jenis weight training machine ada *tak sabar Misz-ella nak bermain dengan mesin-mesin ni*


Sit-up bench pun ada untuk mereka yang mahu mengetatkan otot perut 


Di tingkat atas ada dance hall untuk aktiviti berkumpulan seperti fitness dance, yoga dan sebagainya manakala di sebelah dance hall pulak ada ruang yang menempatkan pelbagai jenis cardio machine buat mereka yang ingin membakar lebihan calories seterusnya menurunkan berat badan.

Misz-ella memang suka cycling maka saya pun cuba ..

Ada juga rowing machine yang sangat eksklusif dan jarang didapati di gym-gym lain *yang ni saya belum cuba dan sangat teruja nak cuba*


FitHub by Women in Motion sangat selesa dan lengkap dengan locker dan tandas


Buat mereka yang perlukan personal trainer jangan risau kerana personal trainer wanita yang terlatih turut ada di sini untuk memastikan anda semua bersenam dengan betul dan target goal achieved. Tak perlu ragu-ragu tentang betul ke cara kita guna mesin ni kerana ada mentor mengawasi senaman kita. Best, kan!



 
Oopss .. selain dari itu, ada satu lagi berita baik buat mereka yang menyertai FitHub By Women in Motion ~ You all boleh tempah class yang ingin disertai dengan cara muat turun applikasi FitHub Malaysia di Google Play atau Apple Store. Baru nak daftar? Nak tau jadual class dan nak sertai class .. semuanya dihujung jari anda. Mudah, kan.

So buat wanita-wanita di kawasan Sri Hartamas dan kawasan sekitarnya, sekarang you all tak perlu lagi rasa malu, segan dan ragu-ragu untuk ke Gym kerana FitHub by Women in Motion khusus untuk WANITA SAHAJA.

 Sertai FitHub by Women in Motion dan mulakan gaya hidup sihat anda hari ini. Seperti yang Misz-ella selalu pesan, kita orang perempuan ni perlu sihat tau ... kerana kita lah ibu kepada anak-anak kita, kita lah isteri kepada encik suami dan kitalah anak perempuan kepada mak kita .. kalau kita tak sihat, macamana kita nak jadi mak yang terbaik, isteri yang terbaik dan anak yang baik. Betul tak?

OK you alls .. Misz-ella dah habis kongsikan tentang FitHub by Women in Motion yang terletak di D-0-1 & D-1-1, Plaza Damas, No. 60, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. No. telefon untuk dihubungi adalah +603-6211 1128 dan +603-6211 1127

Maklumat lanjut untuk FitHub by Women in Motion @ Sri Hartamas  boleh didapati di :-
Facebook: @FitHubByWIM
Instagram: @fithubbywim

Dance Ella Dance - Aurora Fitness Studio & Extreme Hardcore Fitness Centre


Hello lovely readers ..

I am back to the dance floor. Yah ..besides my busy hectic schedule, I still try to find time to sweat out my tired body.


After a year searching for an aerodance class, I recently found it under Coach Watie at  Aurora Fitness Studio, located at Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh, Selangor.  It's only 11km away from my house. Studio cantik, selesa sound sytem pun bagus .. and Watie's class are full of fun! Easy, fun steps, catchy songs .. her class is suitable for all level of fitness and ages.



I always enjoyed her class and look forward to sweat with her more and now she has become my favourite Fitness coach.

If you are looking for a dance studio at Sungai Buloh, Bandar Sri Damansara, Damansara Damai and other nearby area, perhaps you can consider Aurora Fitness Studio. Varieties of classes and Class tiap-tiap hari ada. Follow https://www.aurorafs.com.my/ for class updates.

Check this video out to see how fun Watie's class is 



Another fun dance class that I attended was Akish's class at Extreme Hardcore Gym located at Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Akish is a fun dance expert. Her students comes from all ages - ada remaja, ada umur pertengahan dan ada yang makcik-makcik macam i. Her steps, musics she selected .. are all very modern and catchy. Sometimes Misz-ella tak boleh masuk, but I layan je lah .. janji I burn and sweat *hehe*

Nak join class Akish? Contact 017-3846296 (strictly for ladies only)



Last but not least, pesanan ikhlas dari Misz-ella - bersenamlah untuk kesihatan bukan kerana kita nak kurus atau nak cantik. Cari sihat dulu, k .. dah sihat, badan dah segar, peredaran darah pun dah jadi lebih baik maka keserian wajah dan kecantikan akan datang dengan sendirinya. OK I m done my sharing session with you. Thank you baca. Bye.



Dutch Lady bekalkan 40% Protein yang diperlukan untuk lebih kuat


Hello pembaca kesayangan,

Siapa suka minum susu? Terus terang Misz-ella katakan, Misz-ella bukanlah peminat susu. Nak minum susu sehari sekali pun susah dan pada Misz-ella, cara mudah untuk minum susu adalah dengan menambahkannya ke dalam kopi *ohhhh .. i love hot latte!*

Walaubagaimanapun, seiring dengan peningkatan usia *I dah almost 50, ok* Misz-ella amat sedar akan betapa pentingnya susu untuk kesihatan tubuh badan. Susu mengandungi protein dan kalsium yang amat diperlukan oleh tubuh badan seorang manusia dan meskipun protein banyak didapati di dalam sumber makanan yang lain, cara paling mudah untuk kita mendapat khasiat protein adalah dengan cara minum susu, terutamanya pada waktu pagi.



Ini adalah kerana realitinya, kebanyakan dari kita terikat dengan gaya hidup yang sangat sibuk menyebabkan kita sukar untuk menyediakan sarapan pagi yang bernutrisi pada waktu pagi.

Jangan risau – susu Dutch Lady +Protein BAHARU yang penuh dengan nutrisi lagi lazat dapat memberikan kita permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi!





Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita2. 







Dutch Lady membekalkan 40% protein yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan kita dengan cara mengambil 2 hidangan susu tersebut setiap hari. Protein bertindak seperti kru atau 'askar-askar' di dalam badan kita yang berfungsi untuk membina serta memulihkan tisu badan kita, membantu membina otot agar ianya kuat bagi memastikan kita boleh menjalankan aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. 

Pengambilan protein yang cukup dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum bagi membolehkan kita memberi prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.


Indra Balaratnam 


Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition – The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam menyatakan, bukan semua protein itu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan. Akan tetapi, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk. Manakala buat daging dan ikan, sekiranya ia terlebih masak, boleh memusnahkan nutrien penting sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan ~ kata Indra.



Jika mahu rambut, kulit, mata, otot yang kuat, maka kita haruslah mengambil protein yang secukupnya. Manakala jika mahu tulang yang kuat, kalsium yang mencukupi perlu ada.



So, pembaca-pembaca kesayangan, jangan lupa tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga anda semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat!  Tengok tu, Misz-ella pun dah mula bersarapan pagi dengan Oat + kurma yang dibancuh dengan susu Dutch Lady bersama segelas susu Dutch Lady setiap hari. 


Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara. 



Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia atau layari laman web Dutch Lady Malaysia di http://www.dutchlady.com.my/plusprotein.