Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Selamat Pulang Berhari Raya ..

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari. Berat rasa hati meninggalkan Ramadhan pergi.  Sebak, sayu. Terkenangkan Arwah Ayah mertua yang pergi meninggalkan kami tanggal 27 Ramadhan yang lalu. Esok 27 Ramadhan, genap setahun (kalender Islam) Arwah Ayah meninggalkan kami. Betul kata orang ... kalau kita kehilangan orang tersayang di hari-hari istimewa seperti ini, kita akan terasa kesannya tiap kali hari tersebut menjelma. Hmmm .. Moga Arwah Ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jauh disudut hati, saya seperti tidak mahu Ramadhan pergi dan menyambut Aidilfitri. Pertama kali saya tidak menempah baju raya dan walau sudah membeli baju raya .. walau kuih raya sudah siap sedia, kehangatan Aidilfitri masih belum saya. Tetapi saya tahu saya harus berpijak di bumi nyata. Walau masih bersisa sedih dan pilu ..saya tetap bersyukur. Ramadhan kali ini datang dengan seribu pengajaran, memberi saya sejuta pengalaman .. mengajar saya erti kesabaran, ketabahan, kekuatan. Alhamdulillah. 

Buat yang membaca entry ini .. Selamat Hari Raya kawan-kawan. Buat yang pulang ke kampung halaman, moga selamat tiba ke destinasi. Dengan rendah diri, saya memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa .. terguris rasa sepanjang membaca entry-entry saya. Raya saya camni .. malam raya di rumah sendiri. Tengahari raya pertama, bakal pulang ke kampung bertemu ayahanda dan bonda di Johor. Raya ke 3 mungkin bakal berkonvoi ke Pahang. Korang macamana?



Kueh raya buat tetamu dan ada yang bakal dijadikan buah tangan. Sedap kueh-kueh raya pilihan saya tahun ini. Korang .. hati-hati ye makan kueh raya. Dah turun ber kg-kg bulan puasa ni  tetiba naik berdouble triple mati la kita nanti. Hihi.








18 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya kc, ampun maaf sepanjang perkenalan kita ye

qemaishak said...

Selamat hari raya kakchik..
Maaf zahir batin

Puan Eka said...

selamat hari raya sis..hehehe

kuih sedap2 nampaknyerrr

Nazifa M.Zali said...

selamat hari raya kak chik.

balik kelate dop?

Ibu Muda 30series said...

nak dtg beraya rumah kakchik la :)

CT said...

KC..ko biar betik...org Johor ke? Kat mana ekk?

logorithm said...

Selamat Hari Raya KC. :-)


Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Ketiak

[U] Amoi comel

[U] Kentut durian

eelobor said...

saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut lebaran, ampun dan maaf jika sekiranya ada komen saya sebelum ini yang boleh mengguriskan hati awak.

Nurfaizah M Nor said...

kc, selamat hari raya dan maaf zahir batin ya. smoga bahagia menyambut lebaran kali ini. kc org johor ek??? nampaknya kita sama destinasilah balik beraya nanti!

Ct Arina said...

selamat hari raya kc. maaf andai ade tersilap kate, terguris rase ~_^

sekamar rindu said...

salam..

selamat menyambut hari lebaran buat kak cik

Mama Zharfan said...

selamat hari raya utk kc & family :)
jemput dtg beraya kat umah suzi raya nanti :)

kindergartenlibrary said...

selamat hari raya !!
hari untuk kita bersuka ria !
:)

Aida Azryn said...

selamat hari raya kak! maaf zahir dan batin. :)

azma said...

Yum2....sedap2 kuih tu KC!slmt hr ry KC..

Dakwah Islam said...
This comment has been removed by the author.
Dakwah Islam said...

Asslamualaikum. aunty zaila. bole baca blog saya?

Uzair
http://dakwahislamsampaikan.blogspot.com/

Melati Qistyna's Mummy said...

Yg kueh zebra tu cm best je.... Ape Namanya tu kc...