Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Aku, Yanti dan Orang Gila

Sedang asyik bercerita mencurah rasa berdua tetiba datang seorang gila tumpang semeja.

Dia berkenan la tu ~ Kata Kak Ina meja sebelah sambil senyum mengusik kami berdua. Yanti muka dah cuak. Kita rilek je sebab bukan kali pertama kita nampak dia. Sebelum ni dah pernah terserempak banyak kali.

Mula-mula orang gila tu berdiri sebelah sana, pastu beralih sebelah sini .. last-last di meja kami dia tumpang sekaki. Haihhhh .. bila la Tokey Kedai ni nak 'offer' makan free? Hati berdetik sebab pernah diceritakan yang orang gila ni hanya mahu makan free. Kalau tak diberi, mengamuk la dia nanti. Kecut perut membayangkan orang gila mengamuk di meja kita. Sempat ke nak lari ni?

Lepas fikir akhirnya kita dapat idea .. Memandangkan Tokey Kedai tak nak offer dan orang lain buat tak tau jer .. apa kata kita belanja dia? Bila lagi nak merasa belanja orang gila, kan? Yanti dan aku dok cari idea .. Pe kata belanja dia Nasi Ayam je? Biar dia kenyang gila sampai kalau boleh hilang gila dia sekali. Hihihi.

Yanti panggil Tokey Kedai. Kira ~ Katanya. Sambil dia kira kita cakap .. Order kan Nasi untuk dia sekali. Kita bayar.  Tokey Kedai tanya dia .. Nak makan apa? Nak minum apa? Dia jawab tak nak guna isyarat tangan sambil geleng kepala.

Ishhh .. eksyen betul. Orang nak belanja tak nak lak dia*dalam hati je berani*. Tapi hati sedikit lega sebab pasni sure dia blahh. Lama baru dia blahh .. tapi tak jauh mana .. dia patah balik. Kali ni berdiri. Awat dia tak pegi-pegi? Risau dah ni ..

Tetiba Tokey Kedai ambek sebatang rokok pastu offer dia sekali. Dia terima. Ooooo .. nak rokok rupanya dia. Tak sangka .. dalam gila pun pandai merokok ye?  Pastu baru dia pergi. Hurmmm .. dunia .. dunia .. Tak gila sepenuhnya dia barangkali. Hanya gangguan jiwa yang buat dia merana dan kelihatan seperti orang gila. Tak terurus, terabai .. tidur di mana sahaja sesuka hati .. makan dan minum apa sahaja yang diberi. Kesian. Berdoa dalam hati .. Jangan la hidup kita jadi seperti ini. Hurmmmm .. camtu la Cerita Aku, Yanti dan Orang Gila di Hari Khamis Malam Jumaat haritu. Sekian. Terima Kasih baca ye.

10 comments:

Lady Milo said...

jiwa kacau la kot... jadi tak menentu.. best part tak lupa plak cara-cara nak merokok.. wahahaii!!

KuNanGKuNanG said...

merokok leh ilangkan tension dia kot.he3

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

org gila ni...kita jgn takut kat dia ja...contoh mcm kc nak buat tu..kdg2 lepa suka ooo mkn free...hehehe..

Chekgu Azrine said...

hehehe.. macam2 pesen erk.. tapi kesiankan.. terpikir kenapa dia blh jadi macam tuh..

Izan Ishak said...

izan pun rasa takut kalau ada org gila lalu. bukan apa takut tiba2 dia mengamuk ke apa kan...

pandai pula org gila merokok ye...

Bila Hati Azwani Berbicara said...

Teringan dulu masa kecik2 jaga kedai runcit. Ada orang gila ni selalu masuk kedai buka peti ais sendri ambik air tin. Boleh dikatakan tiap-tiap hari dia masuk ambik. Tapi dia tengok dulu, sapa yang jaga kedai. Kalau mak saya dia tak berani. Masa saya je dia ambik sebab kalau dia masuk, saya rasa saya sebesar biji guli je senyap kat kaunter sbb takut.

Melati Qistyna's Mummy said...

Eh Ada satu kat area umah ni, Dia mmg nak rokok je, lain xnak.... Hehehehe

shark said...

hai kak cik,shark singgah :)

pinky said...

KC....kalau saya dah pindah tempat dah.... bkn apa takut wei....huhuhu...

Suara Kalbu said...

Kehkehkehkeh..

Kalau kat rumah ida, ada sorang budak lelaki ni suka datang dan duduk sebelah . Selagi tak bagi dia seringgit, dia memang tak blah punya. Nak marah, dia bukannya waras sangat. Kadang beri, kadang ida geleng kepala je kat dia..