Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dinner Roti, Nasi Basi, Kepala dan Mata

Kala bosan dan tak tau nak makan apa .. mari layan Roti Paratha yang boleh tahan jumlah kalorinya.

 Banana Chocolate Paratha ~ Kalau yang manis bercoklat ni sure milik Aiman.

Satay Paratha ~ mine. OK. Ni dinner malam semalam. Jauh keluar cari 'dinner' sebab api kat rumah tak da. Dah 2 kali dalam masa 4 hari api putus tiba-tiba. Apa daaa. Tengah syok jalan-jalan telefon Aiman berbunyi .. Suruh Mama beli nasi. Nasi dalam periuk basi. Lauk tak payah .. banyak lagi. Aiman tanya .. Makan Roti macam kitorang nak Bah? Tak nak. Nak nasik jugak. Eeee .. memang perut Melayu betul la Abah Aiman ni. Kalau tak makan nasi, tak kenyang. Apa daaa ... First time Nasi yang kita masak pagi tadi basi. Camna boleh basi? Sampai sekarang jadi tanda tanya. Arrrggghh .. lupakan sahaja Ella. Tak yah pening hanya kerana secawan Beras Herba Ponni Taj Mahal.

Pastu lately kepala selalu pening. Check BP OK. At last Doktor cakap cuba check power cermin mata. Finally yesterday i got the answer. Power cermin mata turun ke 2.75 from 3.5. Mata punya pasal, kepala merana. Each and every parts of the body related, kan. Tu pasal org tua-tua cakap Cubit peha kiri peha kanan pun sama sakit. Hihihi. Yang ye nya kalau kiri kena cubit, yang kanan sama terjongket. Hahaha. OK lah. Since everything answered, sila Misz-Ella sediakan budget untuk cermin mata dan Contact Lens baru supaya kepala lebih hepi dan tidak merana lagi. Moga lebih gila-gila Misz-Ella selepas ini. Hihi.


15 comments:

Farah Deeb said...

Wahhh ape rahasianya power bleh turun tuu? Ndak la gak tau huhuuu... tp kan mmg betul. Kite pun kalau kena migrain- lepas tu g cek power sure up lg. Adehhh!

Melati Qistyna's Mummy said...

Uiks, cemana leh turun, kalau abby naikkkkk je manjang...hehehehe

faraherda.razalan said...

Ishh! Beras Taj Mahal tu KC, dahlah Mahal! Suke2 nak basi lak! Heheheheh!

Izan Ishak said...

pelik pulak tang nasi boleh basi tu KC... misteri rasanya...

suri solehah said...

KC,sebut nasi basi teringat sorg ank sedara,,dia ni kuat sembelit,,pernah dia nangis ckp nk makan nasibasi..bg ok..huhu

Unknown said...

frust betul bila bukak periuk nasi basi kan ella...tp la ni jrg gak boleh nasi basi...mst ada sebab tu...

p/s lama dah akak tk bw..sibuk sgt2 sejak bos baru ni ada...penat betul..keja bertimbun2..tambah migrin akak...

Akak Kembang said...

Alin pun bercita2 nak beli lens..hehehe

Queenie said...

gila-gila takper ya ella..
jgn gila udahlah...haha

lenkali kalo (katakan) nasi asyik selalu basi, sebelum masak nasi baru, panaskan periuk yg sama tu atas api dapur gas sampai mcm nak bau hangit. Pastu masak nasi mcm biasa...sbb kalo tak dibunuh dgn kejam, sebenarnya ada bakteria nano dlm periuk yg kita tak nampak, tak mati dgn hanya cuci sabun, nak kena bakar jugak....

tu pengalamab akak la ya ella...

susumanis said...

Salam KC..teringat dulu de ustazah cakap kalau food cepat basi especially nasi tanpa sebab yang diterima akal de tamu tak diundang kat rumah..ce buka surah albaqarah insyaAllah kejadian mistik x kan berulang lagi..:)

Pia said...

"napa leh basi tu...beras mahal lak tu... mungkin ada salah kt mana2 kot...kc,pakai cermin mata ker kontek lens..mana satu?"

Chekgu Azrine said...

kak cik.. saya pun power dah banyak nih.. makin xnampak.. tgk nex week buat cermin mata baru kot..

uncle gedek said...

durian prata ada?

hehe

jeBateja said...

kalau den pun...nasi gak di carik...perut MELAYU sejati...ahakz

Nurfaizah M Nor said...

camne nasi bleh basi ni??? terliur plak nengok banana paratha ni....

Anaasuria said...

Ella, i selalu masak nasi pagi, malam je dia dah start belendir..
agaknya ada petua yang tak diikut kot .. entah ler..

waah, contact lens baru. kaler tukar ke sama..? hehe..