Dulu-dulu mama selalu pesan .. Orang perempuan jangan balik lambat. Nanti dikata orang. Dulu-dulu .. Macam tu la pandangan orang dulu-dulu terhadap perempuan yang balik lewat malam. Perempuan yang pulang lewat malam seringkali dikaitkan dengan perbuatan/kerja yang tidak baik.
Zaman berubah .. begitu juga dengan pandangan manusia. Zaman sekarang, perempuan-perempuan yang balik lewat malam dilabel sebagai seorang yang sangat sibuk, berpangkat dan berkerjaya. Professional la konon ..
Alkisahnya .. semalam saya antara perempuan-perempuan yang pulang lewat malam. Pukul 9:30 keluar pejabat hampir jam 11 baru sampai rumah. Secara jujur, saya bukanlah suka dengan situasi di atas. Kalau boleh nak balik 'cun-cun' .. nak lepak depan TV dan luangkan masa berkualiti dengan famili. Makan malam dengan famili dan kemudiannya melepaskan tekanan di lantai tari bersama teman kesayangan antara aktiviti feveret di malam hari. Tapi bila bekerja dengan orang-orang yang 'fail' atau tidak peka dengan pengurusan masa .. begitu lah jadinya. Keluar pagi balik malam. Tak bagus. Sangat tak bagus. Kalau selalu begini, maka akan Tua sebelum waktunya lah kita semua. Hrmmm .. Tak mau. Tak mau macam tu. Biar tua itu datang dengan sendiri .. tak perlu kita cari dengan men 'tua' kan diri sendiri. Sebagai manusia, kita tetap akan tua tapi kalau diizinkan Allah SWT biarlah tua dengan sihat .. bukan sakit atau tua dengan terlalu cepat.
So kawan-kawan .. Mari amalkan pengurusan masa yang sempurna dalam hidup kita.

14 comments:
Salam, sgt setuju time management is very important! Sy pun xnak tua sebelum waktu... tp sering tidur lewat malam..huhuuu
betul tuh.. dan sy nih salah sorang wanita yg kadang2 terpaksa pulang lewat.. penat sgt kak KC..:(
Kalau tak pandai menguruskan masa tapi tidak melibatkan kehidupan orang lain, mungkin tak mengapa juga...
kadang kadang rasa macam tak cukup masakan?
KC...balik pukul 11 tu boleh tahan lg...kalo sy ni, kalau dah pegi site...balik kul 4-5pg pon selalu kakchik....
rasa nak ikut kak ella ber aerobik tu....tp tu la. Kita dok jauh. huhu..
kalau KC ketua..KC kena tegas dan terus terang la dgn team..kalau org lain yg ketua ermmmm camne ek nak ckp..
kalau kat barat diorang akan salahkan ketua sbb tak reti handle org bwh dia..org melayu kita kalau ketua tegas sgt pulak akan dibenci..
tapi jadi ketua mmg berat t/jwb kan..kalau dapat projek org kata bgs tul semua org yg buat keje ni..kalau tak dapat..teruknya dapat ketua mcm ni..
mungkin rezeki saya bekerja di kawasan kg, balik lambt pun tapi masih waktu petang, :)betul kata KC apa2 pun pengurusan masa tu sangat penting..
setahun sy idup mcm tu...keje pagi kekadang balik pun pagi..penat gila, nasib baik bujang lg. tp mak dok bising2 terus cr keje lain...ha skrg dh on time.
tp betul la, mmg cpt nmpk tua.nyampah
saya masuk keje 8.30 dan balik tepat jam 5.30..syukur la dapat keje begini
hmmm kalau yg kerja shift tu cane.tp perempuan skrg x mcm dulu.xleh nk kata xbaik balik lewat.ye kan kak.
Tua sebelum waktunya.... Hurmm.... :) mcm lagu Fauziah latip kan...kan
Ada ofis mate yang kata lagi lambat balik, kekonon lagi bagus. Tah mana dorang belajar ajaran sesat tu. So orang2 cenggini..time office hrs dok melepak2, lunch berejam..pastu kul 5 baru nak start keje. So bos nampak macam dorang ni rajin bebenau la kekdahnya sebab lambat balik..
Lantak pi la korang nak keje sampai pukul 10pm..kul 5 sharp2 gue nak cabot balik rumah..hoho
betul apa di kata cik sibuk..nak claim OT kononnya..dh hbs ofis hour baru nak buat kerja..yg plg nyampah bila semua report menatang segala minit form status kerja nak email waktu malam lps keje..konon dh tgh2 mlm pn dok sibuk lg keje..
Post a Comment