Aiman kan, dia memang 'one kind' tau. Dia tak suka makan lauk berasaskan daging yang orang lain masak. Dia hanya enjoy makan daging yang dimasak mama dia jer .. sebab Misz-Ella kalau masak daging termasuklah 'Steak', dia make sure daging tu tersangatlah lembut. Aiman kalau lauk liat-liat ni, dia tak reti makan .. gigi dia tak da 'kelass'. Hahaha.
Tapi kan, pagi Ahad tu, sekembalinya kita dari Joget-joget dengan Cikgu Cantek dan kawan-kawan yang baik, tetiba dia cakap, Mama, Aiman teringin nak makan 'steak'. Mama belanja boleh? Alahaiii .. terkejut kita sekejap sebab first time dia mintak makan 'steak' kat luar. All this while dia makan yang mama dia buat jer. Since its Sunday and kita memang nak ke SuperMall untuk beli buku rujukan dia, so kita pun bersetuju la haritu. Last minit abah dia cakap Abg Osman dan Kak Asmah depan rumah jemput kenduri pastu Abah dia cakap lagi dia tak boleh drive kitorang. Elehhh .. 17 tahun kawin .. i dah biasa go here and there secara berduet la u. Not a big problem for me. I kan very the independent. So Aiman my dear,, siap cepat kita 'dating' berdua sahaja. Nanti malam kita bakal ber'gather' dengan famili.
Chilli's @ 1U New Wing
OK .. yang ni Aiman punya. Komen pertama selepas potongan pertama masuk mulut ialah .. Yg Mama buat lagi sedap. Alahaiii ... RM49.90 tu sepinggan .. so frust la jugak sebab dia tak appreciate. First and last lah jawapannya. Tapi i pandai. I buat rilek jer. I bikin wayang sebenarnya tu. Dalam hati dah bengang time ni. Eh jap .. jap .. tadi bahasakan diri kita. Now dah i .. i. Baru makan sepotong daging dah perasan Omputeh!! Kahkahkah. OK. OK. Pastu dia makan lagi dan lagi .. last-last dia cakap OK la Ma .. sedap jugak. Hrmm .. lega. Pastu kita say good good things about this steak and finally he finished it. Berbaloi-baloi i spend u and definitely there will be a 2nd or 3rd round for you. Demi Aiman, kempis dompet mama pun tak apa. Mama rela.
Walaupun tajuk Entry tentang Aiman, Mama dia pun nak enterframe jugakkk. Eleh .. nama pun blog mama dia, kan. So tak da hal la kalau gambar mak dia banyak sangat dalam blog ni. Baru la berbaloi sumbing kuku gara-gara menaip laju-laju untuk entry-entry di Jari-Jari Halusku. Hahaha.
Yang ni mama dia punya. Total spend for 2 persons lunch is RM134.85.
Malam tu kita dinner ramai-ramai with mum, dad, KY's family makan berlaukkan Siakap Tiga Rasa 2 ekor, Sup Ekor 2 mangkuk, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung 8 ekor, KueyTiaw Goreng 2, Nasi Ayam 1, Sirap Limau 3 Jug = RM130.00 sahaja untuk 10 orang. Jauh beza harga, kan. BTW .. TQ Abah belanja kitorang ramai-ramai.
12 comments:
air tgn mak tu kan terbaik :D
Kannn..kak chik, kalau kat kampung sampai pitamm makan, campur plak dengan masakan sayur2 peree yang dikutip tepi2 rumah...tapi takpelah, duit kita tak bawak mana pun, untuk anak2 juga...dan anak tekak juga..
the best mum ever!!
mmg gtu kan kc. mak kita pun cakap, kalau anak nak makan.. apa je keluar dari mulut mak sanggup buatkan!
Hahahah! Mmg beza teramat tu KC. Takpelah...sekali sekala makan mewah. Org kate, manjakan diri. Hehehehe...
fuyoo chilis punya harga, tapi sesekali belanja untuk anak okey lah tu
Kat tempat yang ada kelas, harga pun mesti kelas juga walaupun rasa mungkin tak seberapa! :)
Chilis mmg berbaloi sesuai dgn rega!!
sedapnya...meleleh air liur hihihi
aduhhh..tgh lapo ni buat akak teruja je..tp akak belum penah try kt chilis ni..
emmm.. mahal jugak tu 2 orang rm134
tak penah try chilli's lagi
hahaha..betul tu...kalau dgn RM130 tu, makan kat Kg Baru, sampai sendat perut!
mahalnya kak.... walaumacamana pun masakan ibu mmg terbaikkk pada tekak kita
Post a Comment