Hai. Hai. Hai. Good morning. Eh ... tengahari sudah.
Khamis yang manis ~ Walau semalam badan penat dan minda stress sebab mengejar masa mengisi BQ tender .. tidur malamku tetap lena. One thing kan, lagi penat lagi bersemangat ber aerodance. Itu satu cara untuk melegakan tekanan*in case if u dont know* So, lepas dinner dengan famili malam semalam, kita bergegas ke Lantai Tari. Best kelas malam semalam. Happening habis!!
Bermula dengan bangun pagi dan 'iron' baju Aiman, bergegas ke bawah menyediakan Roti Tuna Goreng bekalan Aiman ke sekolah ... tengah-tengah sibuk tu tetiba Aiman cakap .. "Mum u have to send me to school, Razman tak gi sekolah dia tak sehat". Haaaaaa ??? Jap-jap. Mama goreng Roti ni dulu". Nasi belum masak, Sambal Ayam belum buat*dalam hati*
Bermula dengan bangun pagi dan 'iron' baju Aiman, bergegas ke bawah menyediakan Roti Tuna Goreng bekalan Aiman ke sekolah ... tengah-tengah sibuk tu tetiba Aiman cakap .. "Mum u have to send me to school, Razman tak gi sekolah dia tak sehat". Haaaaaa ??? Jap-jap. Mama goreng Roti ni dulu". Nasi belum masak, Sambal Ayam belum buat*dalam hati*
Aiman is still with me. He rejected the offer from Sek. Men. Teknik Kuala Kangsar atas alasan tak suka course offered but deep deep inside my heart, i think he doesnt want to be far far from me. Tak pe lah .. asalkan ada niat untuk belajar, mana-mana pun tak apa. Lagi 5 minit pukul 7 .. Maaa .. mana kunci kereta? Mama dah kena start enjin sekarang. Aiman ni disiplin dia kuat .. macam kita jugak. Dulu masa sekolah, kita cukup takut kalau lambat .. sanggup tak pegi sekolah sebab tak nak kena marah kerana datang lewat. So 5 minutes to 7, he's ready. Suddenly he changed his mind. Aliff, ko gi sekolah naik moto eh arini? Ye. Ambik aku boleh. Boleh. Pukul berapa? Dalam 7:05 camtu. OK. Bye.
Ohh .. Aliff ambek eh? OK .. tak payah Mama main kejar-kejar lagi. Macam tu lah kejadian manis pertama di Khamis yang manis hari ini. So, kita sambung tugasan sebagai Chef di dapur dan hasilnya ...
Roti Tuna Goreng. Semalam Aiman bawak bekal Roti Cheese Goreng harini kita tukar Tuna pulak. Aiman cakap Roti Cheese Goreng semalam sedap Ma .. ramai kawan tumpang. Alahaii .. dari kecik kita memang dah ajar Aiman supaya jangan kedekut dan sayang kawan-kawan. Tiap kali siapkan bekalan mesti kita pesan .. Nanti makan dengan kawan-kawan eh dan pesanan tu dia ingat dari Sekolah rendah sampai lah sekarang.
Ini Sambal Ayam. Kita masak lebih sebab bawak bekal ke ofis untuk makan dengan Geng Makan. Minggu ni dua kali kita bawak bekal ~ Sambal Sardin dan Sambal Ayam. Memang muka sambal lah Misz-Ella ni, kan. One thing about my Geng Makan ni kan, kitorang memang tak berkira bab-bab makan ni. Harini orang ni bawak, esok orang tu bawak. Sedap tak sedap belakang kira .. yang penting makan sama-sama. Time lunch je lah kita nak borak-borak .. gelak-gelak. Lepas tu dah kena buat hal masing-masing sampai lah satu lagi masa paling hepi .. "Waktu untuk balik" Yeayyy!!
Dan Khamis yang manis diteruskan dengan beberapa lagi kejadian hepi harini. Alhamdulillah .. Saya sangat tenang walau dugaan, cabaran tak putus-putus melanda jiwa kecil ini.
13 comments:
Kakcik bawa bekal nasi goreng pedas dengan telur goreng je hari ini. Alhamdulillah. :)
kalau saya jadi Aiman pun saya tak nak masuk boarding school. Duduk rumah best, boleh makan best2 mama masak! haha
KC ni cekap betul baba2 pengurusan ni...Akak dek terlampau letih, mintak tolong mak ndak aje.
kagum ngan kakchik sb rajin memasak..
waaah...lapar pulak nengok makanan kat sini.
hehehe.... kite pun rasa kelam kabut bila bc entry ni bab aiman nk g skul tu hihi
nampak sedapnya sambal ayam tu...
adehhhhhh!~ lapar le plak!
lama dah munna tak bawa bekal ke opis.... malas punya pasal lah ni....
Alhamdulillah
Mcm nelah KC tak terkejar2. Roti tuna? Sambal ayam? Iron baju Aiman? Peh! Superwoman ke atau iron lady nie KC?
Tak terjangkau larat sy nak mmbuatnye...
kc D dulu masa zaman belajar masuk giat mara kami sekawan bw bekal ikut minggu...
menu(nasi,sayur,sambal,ikan grg)
mcm kalau dlm 1 minggu tu D kena buat sambal kena buat sambal ja lah..sambal tu tukar la sambal apa...
pastu rotate la..
kalau minggu depan kena masak nasi plak kira 1minggu masak nasi la...
panjangnya komen ni...adakah kc faham ni?hehehehe...
yummy:))
sedap tuuuu
Roti tuna tu celop telor ke? Sedap ahh... :D
yummy,nak skit kc ;)
Post a Comment