Alolololo .. banyaknya kenangan di Ho Chi Minh City, Vietnam nak dikongsi di sini. Banyaknya gambar nak upload. Tak pe Ella .. sabar .. kuatkan semangat .. jangan malas*motivasi diri* Hehehe.
Lepas makan, solat dan rehat .. kita gi jalan-jalan ke Dong Koi Street. Area Elit 5 Bintang tempat orang-orang kaya. Jalan kaki sahaja dari Benh Tanh Area. Waaaa .. banyak betul 'calories burn' di Ho Chi Minh City ni ye. Good. Good. I like. Tapi sayangnya 'top up calories' pun banyak jugak sebab makanan kat Vietnam ni sedap-sedap .. tak sedar habis nasi sepinggan. Hehehe.
Tugu kuda ni ialah trademark bagi Benh Tanh Market.
Ayoyoyoyo .. Geli geleman tengok Exotic Food and Drink mereka. Snake Wine .. Air Kala Jengking. Ismayanti si Bedak Sejuk dah kecut perut dah time ni .. I said 'cool .. rilek dear ... ' Hehe.
Kena hati-hati di Vietnam ni ye kerana ramai diantara mereka dah boleh faham bahasa kita. Kalau tengah tawar barang, jangan sesekali sebut perkataan "Murah". Kalau dia dengar kita sebut murah .. habislah .. mesti tak boleh dapat discount lagi dah.
'Waffle' pun main jual tepi jalan jer ... kat tempat kita kena masuk sopink kompleks baru ada. Tang tu diaorang lagi advance dari kita, kan.
Sapa cakap Vietnam tak maju? Sila keluar dari tempurung sekarang juga. Sekarang tau. Jangan jap-jap lagi. Jangan esok pagi. Ce tengok gambar ni .. hampir semua 'branded boutiques' ada di Dong Koi Street.
Tin Minuman dibuat beg dan topi? Kreatif. Kat sini kita main tendang-tendang .. buang-buang. Kat Vietnam diaorang jadikan sumber rezeki.
Cantik lukisan diaorang. Kak Zana reward herself by buying few paintings.
Kedai jual Blouse sutera ready made adalah antara kedai yang harus kita singgah sebab 'this is their local product'. Diaorang guna 'Vietnam Silk' buat blouse dan dijual dengan harga yang murah. Dengan RM30 dah boleh dapat sehelai 'blouse' sutera yang berkualiti. Kat tempat kita jangan harap la nak dapat, kan.
Nama kedai ni 'Viet Tanh' - kedai jual barangan kulit yang dihasilkan oleh rakyat tempatan. Banyak jugak cawangan kedai ni kita jumpa di mana-mana. Tapi harus hati-hati ye .. jangan terbeli yang kulit *a*i.
Cantikkan senibina bangunan Hotel Continental Saigon ni? Auwwww .. tergoda. Macam nak duduk sini pasni. Eh .. ada lagi ke Rombongan Cik Ella ke Vietnam lepas ni? Hehehe.
Mari kita cari air mineral di Parkson. Eh .. Jap-jap. Di Vietnam tak ada Mineral Water. Yang ada hanyalah Drinking water dan yang paling bagus pun adalah dari jenama AquaFina. Tu pun tak sedap Rasanya pasni kalau ke Vietnam lagi harusss la bawak air mineral dari tempat kita banyak-banyak. Kasi senget itu kapal terbang. Hehehe.
Dah habis merayap di Dong Koi Street kita balik ke rumah kita di Hotel An Tam tapi sebelum tu kita singgah di Pasar Malam. Pasar Malam kat sini ada 2 blok. Blok A dan B. Satu depan Pasar Benh Tanh satu lagi belakang bangunan Pasar.
Yanti si Bedak Sejuk sedang tawar harga Kain Tudung Sutera yang tersangatlah lawa gila and she managed to get it at a cheap price. Tudung Sutera berkualiti dijual RM12 sahaja disini.
Wohohoho .. jangan terkejut jumpa Kedai jual Jubah Lycra di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh City, sebuah bandar yang penduduk Islamnya cuma 500 orang sahaja dan mereka tak pakai baju kurung lak tu. Memang orang kita target peniaga-peniaga di sinilah.
Waaaa .. Misz-Ella sudah berkenan sepasang Baju Kurung manik blink-blink. RM50 sahaja. Tergoda tak? Tergoda kan .. dengan kecantikan baju dan ke berbaloian harga. Tehehehehe.
Best Girlfriends yang turut serta dalam Edisi Jalan-Jalan Dengan Kawan Tahun 2012 ini.
Mama tengah tunggu 'final price' dari Kak Ropiah ~ Saya orang sini kak. Orang Melayu Champa. Kedai saya jauh kak .. sebab tu saya juai di sini". Oooooo .. gitewww - jawab Misz-Ella.
Handbag kulit original warna hijau dan merah tu boleh dibeli dengan harga tak sampai RM50 kalau korang pandai tawar. 100% kulit lembu ye .. berbaloi-baloi dengan kualiti dan harga.
I found this interesting. Akak tu tengah pasang manik kat kasut. Kat sini dia siap ada kasut bertumit kosong kita boleh pilih manik yang ada pastu suruh dia pasang. Best, kan.
OK. Berakhir sudah penerokaan Hari Pertama kami di District 1, Bandar Ho Chi Minh City. Kita dah ke Pasar Benh Tanh, dah ke Dong Koi Street dan dah ke dua-dua blok pasar malam. Banyak dah barang kami beli. Ada dua hari lagi untuk membeli belah di sini. Nanti kita sambung lagi ye. Bye kawan-kawan. Tq for reading ye.
13 comments:
Teruja kakcik tengok jubah2 hitam tu - tapi yang pastinya, itu bukan saiz yang sesuai untuk badan kakcik. :(
Orang Vietnam tahu BM sebab ramai warga dia dah kerja kat Malaysia..hehehe..
Lip lap lip lap jubah tu :)
masa saya ke sana nanti, saya nak bergambar kat kedai BUNGA tu. heheh~
baju kurung bling2 hanya rm 50?? memangggggg murah! Berapa pasang KC borong..
best best kak chik
rasa macam nak pegi lg sekali
sbb tu ari pegi balik hari..tak sempat nak jelajah pun
banyak shopping ella?
mesti borong baju raya terus yek
kalau ada lebih kirimlah kat klia
ni..hik3
bagi hantu beg dan kasut macam kita ni..
nak pengsan kalau datang kat sini!
gambo KC sikit..x acii
kalau sy misti teruja tgk tudung-tudung murah dan cantek tu hehe
eh eh berkenan lah jugak baju kurung manik tu murah duhhhh...kt sini mau ratus2..arrghh ni yg x tahan ni nak gak pi sn hehehe
Akak dah teruja ni.. nnt ingat nak duk kat hotel yg u duduk je tu lah..
cam ni nak follow la next time
hi ella..
menarik gilerr!!!!
nih rasa terkinja2 nak ke vietnam
makneng follow kamu
jom follow makneng
Salam Ella...menarik betul cerita shopping u kat Ho Chin Mihn..
Nanti boleh bagi address butik yg u pergi shopping kat sana...Nov saya nak ke sana..Tq
Post a Comment