Cuti sekolah ni, kita jalan-jalan dengan famili. Betul-betul last minit program ni. Balik dari Ho Chi Minh City, Vietnam haritu, mama kata nak pegi lagi Cuti Sekolah ni. Mama kata tak puas beli baju. Mama kata nak borong Baju Kurung banyak-banyak lagi. Kakchik set kan tarikh ye tapi elakkan hujung minggu sebab kenduri kawin banyak. Baiklah Mama. Nanti Kakchik buatkan. Hmmmm .. seperti biasa, senang berurusan dengan saya, walau awalnya berlaku insiden yang merentap jiwa gara-gara memikirkan "Nak pegi ke tak?" Nak ke Tak? Ok ke tak ok? Berbaloi ke tidak? Tapi .. setelah berbincang dengan Mama lagi dan lagi .. akhirnya saya dapat buat keputusan yang bulat. Ringan kepala dan bahu bila Mama menjadi Wira saya untuk hari itu. Alhamdulillah. *Sayang mama ketat-ketat*
Teacher Cantek dan anak nya Fatnin Hann*hehe* pun ikut juga. Fatnin Hanim yang putih melepak .. pandai dan rajin mekap malah dia berani mekap pelik-pelik dan unik. Kagum lah dengan dia. Pegi mana-mana orang pandang dan tanya .. Korean? Japanese? Malaysia lah.
Jarang sekali berfoto di KLIA tapi bila Teacher ajak ambek gambar kat sini*memang ratu bab bergambar* i ON aje.
Lagi ..
Lepas ambek gambar ni kena 'sound' ~ Apsal ko duduk belakang Akak? Dah la aku ni besar. Kahkahkah .. OkOk .. i will go to the front ~ saya jawab.
Dan Lagi .. Ohhhh .. kulit Teacher sangat cantek dan flawless .. saya sangat jeles. Hehe.
Ada cerita disebalik "Earphone". Kahkahkah *gelak kuat dalam flight* Betul-betul bengong la kitorang.
Flight pegi kosong .. Flight balik sesak macam tin sardin. Walau tiket kami sedikit mahal (beza RM60) dibandingkan dengan tiket kapal terbang tambang murah .. MAS tetap jadi pilihan kami berlima.
Aiman dan Hanim. Gelak, gurau, gaduh-gaduh manja je kerja diaorang *Penghibur hati kami bertiga*.
Hai Aiman Darling. Mama start to miss you.
3H/2M membawa dia ke sana sini .. melayan kehendak dia yang mahukan itu ini betul-betul buat saya hepi. Bahagia buat orang yang kita sayang bahagia*sambil bergenang airmata gembira*
Hellooooo Ho Chi Minh City. Misz-Ella was found in this airport twice in a month. Over tak? over tak kita? Kerana Mama .. kerana Aiman .. kerana kawan .. korang nak chop over pun tak per ler .. Hehe. Masa ni tengah tunggu Teksi. Hanya last flight yang mahu membawa last minute passenger like us. So sampai di Ho Chi Minh City sudah gelap dan malam. Ekceli, saya takut naik teksi .. baik di Malaysia, Jakarta, China mahupun di HCMC*sebab pernah terkena dengan Driver Taxi Melayu di tempat kita* tapi bila ramai-ramai macam ni, konfiden level ada naik sikit. So, dengan lafaz Bismillah dan dada berdebar .. kita redah dan Alhamdulillah .. Driver Taxi di HCMC ni sungguh baik, mengikut meter dan sangat perihatin.
Bilik di Hoang Gia Huy hotel lebih besar dari AnTam Hotel dan harga nya pun 15USD lebih mahal. But their service is very good. Bila Mama request for extra mattress .. bergegas budak hotel tu dapatkan. Bila i request for 5 towels .. sampai berpeluh dia nak dapatkan. Berlari-lari anak dia .. Rilek arr .. Macam la kalau lambat 5 minit aku nak marah kau. Hahaha.
OK. Tilam tambahan dah sampai. WahWahWah Aiman .. habis Topi Mama dia gayakan. Comel la tu.
Muka penat tapi bersemangat. Siap sedia untuk ke Pasar Malam Benh Tanh yang tutup jam 12 malam. Misi :- Mencari Kak Linda dan Azizah .. mahu beli Kueh Bingka ... Murtabak Vietnam .. Karipap Vietnam and i tell you .. the taste is soooooo good. Bukan sahaja Azizah dan Kak Linda, Fazil owner Restoran Vietnam Delights pun kita jumpa disitu. Kalau dah jodoh .. tak berjanji pun bertemu juga kita ye.
GADIS DAN BUNGA. Ecece .. perasan!!
Dah la cantek. Murah lak tu. Kalaulah boleh dibawa balik dengan pesawat. *Hehe*
Muka penat after burning many many calories by walking. But i balance it by topping up the calories by eating, eating and eating. Hehehe.
Muka fresh lepas mandi. Ingat kan nak tido dah tapi malam pertama tu, pukul 3 pagi baru boleh pejam sebab menunggu Hanim dan Aiman yang turun ke Lobi ber 'facebook'. Internet Free ok disini. Sikit pun diaorang tak caj*Hepi*
12 comments:
suka tgk akak..ceria jer..berjln bersama2 family dan kengkawan..
wahhhh kakchik... ke HCMC lagi....
best banget tu!
Bila Ella nak bawa kakcik sama ni? :)
kc, bestnya, jeles tina tau, kc tak beli byk baju kurung untuk bisnes ke
teringin nak gi!!
KCE baru berapa hari balik dari sana dah mengulang lagi ke? Jelez...jelez...
bestnye dpt jln2...mcm biasa pegi je akak...
salam kenal dr js..
Salam kenal Ella. Nampak seronok ja jalan2 gitu dengan kawan2 :)
kakchik, Wan stay kat hotel ni lah masa dia pegi haritu ;)
nak pi HCM lagi sekali laaa...jeles ngan u sis....
wah..sgt best tue!
salam kak cik..
rasanya hotel ni dah dkat ngan hotel yg saya tido hari tu la kak..
bestkan stu..
Post a Comment