Alhamdulillah .. dapat meraikan Ramadhan yang dinanti dengan adik beradik dan famili. Meriah sungguh 1 Ramadhan kami. Masing-masing balik rumah Mama menjijit bekal .. tak bawak bekal jangan datang ... Hehehe .. sebab memang 'planning' asalnya ialah kita berbuka ramai-ramai kat rumah Mama dengan konsep 'Potluck' dan seperti biasa .. mesti kitorang bahagikan tugas awal-awal supaya tak berlaku kejadian lauk sama kau dan aku.
Masak Asam Tempoyak Ikan Patin, Sambal Udang, Ikan Dory Swit Sour, Ayam Halia, Masak Lemak Jantung Pisang, Roasted Chicken, Sayur Campur, Puding Jagung, Kueh Talam Berlauk, Bubur Sum Sum, Karipap Sardin, Buah-buahan, Teh Tarik dan Oren Sunquick + Sirap. Perghhhhh .. Kita makan sampai otot perut ketat dan mintak rehat. Hehehe.
Masak Lemak Jantung Pisang dan Ayam Masak Halia Angah yang bawak. Kueh Talam Berlauk, Bubur Sum Sum *no photo* dan Sayur Campur made by Kak Yang (KY). Kueh Talam Berlauk tu special request dari me and my sista Aishah sebab masa kenduri baca Yassin kat rumah Mama aritu, KY buat Kueh Talam ni dan seriously .. tersangatlah sedap. We tak puas makan so we ask her to repeat this kueh one more time. Ekceli ... kita tak suka kueh-kueh yang berlauk ni tapi yang KY buat ni betul-betul sedap and change my mind. Cukup rasa .. lembut adunan .. 4, 5 ketul kita sekali telan. Weihhh .. jumpa makanan sedap lupa dunia kau eh .. *tu belum masuk yang bawak bekal .. Hehe*
Ikan Dory Fillet Sweet Sour dan Puding Kastard Jagung ini dibawa oleh Misz-Ella dari rumahnya. Alkisah, memula nak masak Ayam tapi sms dari Angah .. La .. Ko buat ikan lah. OK. Nanti aku cari Ikan Dory .. maka terhasillah Ikan Dory Sweet Sour feveret anakandaku Aiman. Hmmmm .. budak-budak ramai .. so lauk ni habis dulu. Antara Puding Jagung dan Agar-Agar Kelapa .. mula-mula Misz-Ella blurr. Puding Jagung pilihan Misz-Ella akhirnya sebab lebih cepat dimasak dan bahan-bahan dalam Cabinet sume ada dan akhirnya Puding Jagung ni habis kat meja makan tu jugak. Sedap kot Misz-Ella masak? Hehehe *jangan perasan lebih-lebih ehhh ...*
Roasted Chicken Boi beli dan Sambal Udang airtangan Mama. Perghhhh .. sedap gila Sambal tu. Pedas cukup, asam garam gula sume secukupnya. Aishah siap 'tapau' dan Misz-Ella hanya mampu melihat sahaja. Tu la kau .. tadi jual mahal .. takmo la konon .. kan Aishah dah bawak balik semua. Padan muka .. Hehehe.
My Darlingsssss ... Puteri The Princess, Sarah Ardinie dan Mukriz. Except Si Mukhriz .. yang dua orang tu puasanya hanya separuh jalan. Tak sabar nak tengok anak-anak kecil ni membesar depan mata Mama Udanya.
Borak dan lepak sama-sama sebelum tiba waktu untuk Berbuka.
Yang muda-muda lepak kat luar .. Aiman dan sepupu-sepupu. Danial hepi sebab SMT bagi pulang ke rumah sambut puasa dengan keluarga hujung minggu ni.
Yeayyy .. dah masuk waktu. Makan rebut-rebut ramai-ramai memang best. Ulang meja makan dua, tiga kali sebab "Buffet Ramadhan Opah Nap" makanan nya sedap-sedap dan kegemaran 'tummy.'
Tempat makan anak-anak.. Najihah pun ada sebab MRSM bagi 'student' balik ujung minggu ni ..
Misz-Ella pun makan kat sini tau. *Feeling budak bila makan dengan diaorang semua* Hehehe
Hari Pertama Ramadhan kami akhiri dengan ucapan Alhamdulillah .. dapat berpuasa dengan jayanya *walau Misz-Ella hingga jam 3 petang sahaja* .. dapat mengeratkan silatturahim sesama kita dengan cara berbuka puasa dan bertarawikh bersama. Perut kenyang, hati senang ~ BAHAGIA.
21 comments:
Seronok kan KC bila dapat kumpul ramai2 berbuka pose. Saya belum berkesempatan nak balik kampung.. sedinya..
mmg meriah sungguh ni!
mak aii.. best best nya lauk Ella.. terkecur jap. hee.. meriah nya kan kalau buka ramai2 adik beradik cam ni..
p/s: saya pun posa first day, sampai kol saploh pagi jek.
paling terliur tgok karipap tu..seyes nampak sedap!!
uuuiii..bestnya menu potluck akak..!
WAH....SALAM RAMADHAN....
MERIAH SUNGGUH SAMBUTAN RAMADHAN TAHUN INI.
ya allah
telan air liur
Buffet Ramadan Opah Nap memang nampak best, lebih meriah..kalah buffet ramadan shangri-la ! ~haha
AllahhuAkbar...
terujanya kakcik tengok lauk pauk kampung tu. :)
ya allah..menariknya buffet ramadhan ni..saya lama dah teringin makan kuih cara berlauk tu..tapi mcm susah betul nak jumpa yg sedap..
meriah
beshnya..
bestnyer la kalau KC ajak saya bukak puasa sesama. ngeeeee...!
wah,bestnyer kan dapat berbuka ramai2x? xspecilly ngan family
KC, ini betol2 cobaannnn
dahla org baru lepas pam susu. mmg perut kruk krak kruk krak ni.. tgk juadah buka kat sini.. cobaan....
meriahnya...suka tengok meriah berkumpul satu keluarga macam ni
seronok dpt buka reramai ditambah dgn makanan yg enak-enak..:D
kalau saya balik berbuka sebelah family en. abah pun mmg camni. memang meriah. sronokkan kak. tapi saya sedap tgk ikan dory sweet sour tu...terliur
wah bermacam juadah sedia terhidang.. Seronok berkumpul beramai2 kan.. Selamat berpuasa untuk akak sekeluarga.. :)
best nya pot luck! suka nya yong tgk..x pernah lg buat gitu.. tingin nk buat jgk
Mak aiiii...mmg sgt seronok la kakcikk..ramaii+meriah makanan!!
berbuka bersama keluarga,terindah
Post a Comment