Rasanya tahun ni paling beruntung .. sebab 1st day Puasa tu kita cuti. Hari ke 2 pulak Ahad. Yeayyy !! Dapat sambung tidor selepas bersahur di pagi Sabtu adalah sangat ohsemmmm .. dah tu boleh main masak-masak lauk pilihan hati tanpa perlu fikir Kertas Kerja dan tanpa 'rushing' sana sini. What a good Saturday for me.
Ikan Siakap Sambal Bakar dan Asam Rebus Kangkung tu kita masak sendiri. Ayam Percik dua orang Jejaka dalam rumah ni beli kat Pasar Ramadhan Paya Jaras. Best oooo Pasar Ramadhan Kg Paya Jaras .. ada jual Rendang Pucuk Paku + Kerang .. dia masak kat situ panas-panas. Ada Kulit Lembu .. dia masak apa entah .. ada Telur Ikan .. pun dia masak apa entah. Kita tak beli pun sebab Kulit Lembu dan Telur Ikan i tak makan. OK. Meh kita bagi Resepi Ikan Bakar Sambal. Hiris serai pastu kisar dengan cili kering, bawang besar, bawang putih. Tumis atas api macam biasa sampai jadi sambal .. means korang masukkan lah air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Sejukkan. Bila dah sejuk, letakkan atas aluminium foil pastu letak ikan. Tak kesah la ikan apa .. Ikan Cencaru boleh, Kembung boleh, Pari pun boleh .. Yang ni Ikan Siakap. Disebabkan terlalu besar .. kita potong dua pastu belah tengah kepala.OK bila Ikan dah duduk atas sambal .. tutup rapat-rapat simpan dalam peti ais *belah bawah .. bukan tempat beku* dalam setengah jam ke satu jam. Pastu bakar atas kuali. Api kecik je tau .. kalau kuat nanti hangusssss. Makan panas-panas masa nak berbuka. Aiman cakap .. Sedapssss.
Agar-agar Tembikai dan kueh-kueh ni pun diaorang beli kat Pasar Ramadhan Kg. Paya Jaras. Kalau tengok kueh kueh ni confirm la bukan Misz-Ella yang pilih sebab kita Bulan Posa suka makan Kueh bergoreng jer. Cokodok Bilis ke .. Cucur Udang ke .. Popia ke .. kueh-kueh camni tak bape layan. Anyway, Agar-agar Tembikai tu harap manis dan cantek je, kan. RM2.50 sepotong tau. Beli satu dan sila la makan ramai-ramai .. ye kawan-kawan.
Lagi 1 aktiviti di dapur sempena Ramadhan ke 2 yang kitorang seisi rumah malas nak keluar. Kisar kunyit hidup + bawang putih pastu simpan dalam Peti Ais. Esok-esok nak goreng ayam, ikan senang .. tambah garam je. Heaven sangat la Cuti 2 hari ni sampai terfikir .. Kan best kalau Sabtu-Ahad tu berulang-ulang dalam 7 hari. Eh .. mula la mengarut si Ella. Hahaha.
15 comments:
rajin lh akk memasak..de ikn bakar lg tue..
menu masak sendiri juga yang best kan!
akk pulak suka kueh mueeh yg berkukus.masakan sendiri juga best..walaupun goreng ikan..hehe
KC jaat...dera mata kami tunjuk menu sedap petang2...hahaha...
Saya pun suka weekend..sbb menu pnuh dlm kpla!!hehe
peh! sempoi ah kc.. agar2 tu mahai nyaaa
sedapnya ikan bakar
sabtu pergi pasar carik siakap tak ada lah pulak, rasanya masak sendiri lg puas kan
samapi la tak pergi lagi pasar ramadan.. bila pi pasar ramadan, sure, rembat habis..aduii..
i pun nak macam tu kak...sabtu ahad..sabtu ahad..pastu cukup bulan masyukkk....hehehe..tapi..dalam mimpi je la nampaknya..huhu.
ikan bakar tu memang nampak ohsome...!
kat rumah ni pun sama..hari cuti je kisar semua bawang, cili siap2 simpan dalam fridge...nak masak nanti boleh kaut je dari bekas..
sedapnyee kak cik..pagi2 tengok lauk pasuk ni..rase lapar teruss..oopsss...xbaikkk
Kalo mak, mak suka kuih2 yg kukus dr yg bergoreng KC..berbeza la plak citarasa tekak kita. ha ha ha
nape agar2 tu mahai sgt? pasal deko ke? huhu..
kak ella....pass resepi asam rebus kangkung tu boleh? nak try la..
sedapnyeeee..tgh jalan2 carik idea nk masak ape ptg ni..huhu
terliur sy tgk siakap sambal tu...mesti sedap
sedapnya,aduh kc eheheh
pia n hubby demam hari ahad,isnin
Post a Comment