Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rezeki Aiman

Sampai hari ini, masih ada tetamu mahu ke rumah untuk menziarah. Masih ada yang bertanya khabar. Tu tandanya masih ada yang prihatin dan sayang, kan. Alhamdulillah. Rezeki Aiman. Masa di Wad ICU, ramai pelawat yang mahu melawat Aiman sampai harus beratur menunggu giliran. Maklumlah hanya 2 orang dibenarkan masuk dalam satu masa. Kadang-kadang sampai tak cukup masa. Masa di Wad biasa, orang depan selalu cakap .. Ramai? Alhamdulillah. Rezeki. Dan kini, walaupun Aiman dah balik ke rumah, masih ramai tetamu datang ziarah. Mana-mana yang tak sempat ke Hospital tu, diaorang sudi luangkan masa datang ke Teratak buruk kita. Ingat lagi masa kat Hospital, masa Aiman dah betul-betul sedar, masa Tok Ayah Ngah dan keluarga datang, masa Opah datang, masa Kak Yon dan Abg Yon datang, airmata Aiman menitis menangis. Sebak. Terharu barangkali. Pastu bila dah balik rumah, family Ana datang, kawan-kawan Aiman datang, cikgu Aiman pun datang. Hari Sabtu petang El, Kak Long Shakira and Key my cousin dari Kelantan, KY and Family, Mama dan Abah dan kawan-kawan Aiman datang serentak. Mak aihh .. riuh rendah sekejap rumah. Sib baik KY dan Abg Pai suaminya ringan tulang menolong di dapur. Semalam, tengah-tengah nak azan Maghrib tu, datang jugak tetamu. Sila-sila. Masuklah. Terima Kasih Lyn dan Mummy sebab datang*Walaupun datangnya macam semut dan pulangnya macam ribut.* Dan hari ini dijangka bakal menerima tetamu lagi. Alhamdulillah. Rezeki Aiman. Sekarang Aiman dah semakin sehat. Dalam mengerjakan rukun solat, Aiman tak da masalah untuk rukuk dan sujud. Jahitan di kepala dah makin kuat ... Kulit dah bercantum. Tidur malam dah lena .. makan pun dah makin berselera. Alhamdulillah. Mama lega sangat-sangat. No matter what, i owe something to all of you. Doa kalian ... Sokongan kalian .. penguat semangat kami. Alhamdulillah .. rezeki Aiman semua tu, kan. Syukur.

21 comments:

Dr K said...

KC letak lah gambar aiman terkini...
saya harap aiman makin sembuh...:)

suri solehah said...

KC,,dah lama tak jenguk blog,,tak tahupun apa yg berlaku pada Aiman..apa2 halpun suri mendoakan yang terbaik untuk nya..moga cepat sembuh...

faraherda.razalan said...

=D

Saya tumpang gembira KC.

Syima Emi said...

kak chik, i follow your story just tak sempat nak komen.. semoga aiman cepat sembuh.. happy baca kc yg aiman dah sihat.. time gini la baru kita tahu susah senang, keluarga dan sahabat bersama kita, insya Allah...

nazayiena said...

Syukur alhamdulillah.

miloaiskurangmanis said...

alhamdulillah... seronok baca perkembangan kesihatan aiman....

Anonymous said...

syukur alhamdulillah .. aiman dh beransur pulih yek!

Ibu Muda 30series said...

lega...alhamdulillah :)

CT said...

Alhamdulilah...akk tumpang gembira KC...jaga baik2 Aiman eh...;)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

semoga Aiman cepat sembuh.. Allah swt menduga iman hamba nya.

Irfa said...

masa aiman kat wad,saya hanya mampu kirim doa dari jauh..nak pegi tak terdaya.itu tandanya ramai yg sayang aiman :)

Mama Zharfan said...

moga aiman cepat sembuh...amiin

Chekgu Azrine said...

Murah rezeki aiman..untung..semoga cepat2 smbuh btul2 ye aiman..

Ezzah Aziz said...

Alhamdulillah..
Aiman anak yang baik..balasan dari kebaikan Aiman pada semua..

Anonymous said...

air suam said:
alhamdulillah moga aiman sembuh spnuhnya.. thats ur main task actually rite now n get rid from other personal matters.. xpntg pon kn yg pntg ksihatan aiman dpt djga n smbuh spenuhnya..

Nurazzah8 said...

Salam Kak Cik..dah lama akak tak sempat jenguk blog Kak Cik. sibuk sesangat (mengalahkan PM!!) hehe.. annyway walaupun akak tak tahu cerita berkenaan Aiman...dari entry Kak Cik dan dari komen-komen followers di sini, akak dapat simpulkan mesti ada sesuatu yg berlaku kpd Aiman..jadi akak nak ucapkan SYAFAKALLAH kpd AIman "Semoga Allah akan cepat menyembuhkan hambaNya "..Amin sesungguhnya kadang-kala Allah beri sakit kepada hambaNya untuk menyucikan hambaNya dari segala dosa-dosa yang lepas..
Semoga Kak Cik akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik yang diperlukan untuk menjaga Aiman...

Kak Azzah8

ummiakid-lily said...

Alhamdulillah...namanya seindah maksudnya....Aiman ---> yang bertuah. Muga terus diberikan kekuatan dan kesihantan yang baik...InsyaAllah.

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. itu yg bagusnya bila dikelilingi oleh insan2 yg baik hati dan baik budi.. mmg rezeki yg sgt besar tu untuk aiman juga KC sekeluarga...

Unknown said...

KC, bertuah KC dan aiman ada orang sekeliling yg sangat supportive.. bukan duit ringgit yg kita nak sebenarnya..tapi sokongan moral dari mereka kan..

saya tak tau la bila terjadi apa apa ada ke yg prihatin macam tu..

sebak masa tengok desperate housewife masa mike tu mati.. supportive gila kawan2 susan tu.. saya membayangkan kalau kejadian yg sama menimpa saya..adakah saya akan dapat sokongan mcm tu jugak.. entah la..hehe..

Sheherazade said...

Alhamdulillah,kc kita pon nak dtg melwt insyAllah

eliyaezlinalias said...

hikssss
teringat gi wat kecoh kt umah kc...
yg asben kc senyum memanjang tgk gelagat budak2 masham semua aritu
hehehehe