Famili Misz-ella memang suka makan Roti. Baik roti kosong mahupun roti yang dibeli di 'bakery'. Pagi ni Misz-ella masak Roti lagi. Kali ni buat Roti Telur Tuna. Hmmmm .. sedap Aiman cakap. Makan lah Aiman. Makan banyak-banyak ye. Bila Misz-ella cakap macam tu, sungguh-sungguh dia makan .. bersulamkan Nescafe O yang Misz-ella buat.
Roti Telur Tuna
Repeat Roti Telur Tuna pagi Ahad sebab nak habiskan stok Roti dan Tuna dalam peti. Kali ni bersulamkan Air Soya Bercollagen untuk awet muda selalu. Hihihi.
Hadiah tuala mandi dari jiran Misz-ella, Kak Ani sebagai tanda Terima Kasih kerana menolong masa Kenduri Kawin anak dia bulan 12 tahun lepas. Beria-ia Misz-ella menolong sampai sanggup terbang ke Jakarta bulan 10 menemankan dia dan famili beli itu ini. Lepas tu sanggup 'unpaid leave' 2 hari untuk membantu dia berkenduri. Misz-ella tak kesah .. harini hari dia .. esok-esok entah-entah hari kita.
Meh nak 'stori' sikit. Dulu, ada la Makhluk Allah yang 'label' Misz-ella sebagai "Mata Duitan" *i donno who*. Logiknya .. kalau la Misz-ella ni Mata duitan, tak perlulah Misz-ella ambik cuti tolong Kak Ani masa kenduri, kan. 2 hari tu dah berapa ratus gaji Misz-ella kena potong. Kalau lah Misz-ella ni mata duitan, lebih baik jual Collagen AAA tu RM45 macam orang lain mula-mula jual dulu dan kalau lah Misz-ella ni mata duitan jugak, tak perlu la Misz-ella buat iklan F.O.C. kat blog Misz-ella ni. Caj je la, dapat gak RM200-300 satu iklan. Tapi Misz-ella bukan mata duitan. Kebanyakan iklan-iklan kat blog Misz-ella ni adalah Free Of Charge .. niat nak kongsi dengan 'readers' dan tolong sahaja. Kenapa ye dalam dunia ni orang nampak duit semata? Sikit-sikit orang nak kaitkan dengan duit? Sejujurnya lah, sejam ajar aero Misz-ella dah boleh dapat RM120-150. Tapi tak pe lah .. hati orang lain-lain. Kita terima sahajalah mereka seadanya. People simply misjudge without knowing us. Ada jenis-jenis manusia yang dia dah 'block their mind'. So kalo kita cerita logik kat dia .. hati yang hitam tetap tak boleh terima dan mind yang da 'block' tu tetap akan tak terbuka. Hmmm .. tak pe lah. Misz-ella dah lama maafkan diaorang semua. Kita doakan je lah agar mereka sentiasa berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah SWT. Amin.
BTW, Selamat Minggu Baru korang. Jaga diri eh. Bye.
21 comments:
Sy mmg dr dulu smpi skg, x hbs pelik dgn pangai manusia. Tp KC mmg cool. Selalu chill. Sbb tu sy suke.
Roti tuna telur? Aduh mak! Sedapnya!!!!
ade2 je kan?hmmm
i believe u r very kind
baik hati kc ni,btl2 hari ni hari org kan?esk lusa kita x tay
ermmm sdpnye
jom visit..
http://yatdhamid.blogspot.com/2013/01/promo.html
eh menggoda la rupa roti tu.. akak buat tu goreng roti telur dulu lepas tu baru buh tuna ke cemana kak..? hahaha..
sedapnya KC...untung aiman....=)
Seronok dapat berbuat baik itu lebih dari mendapat duit, kan Ella? :)
Ella pergi tak ke majlis MDT nanti?
ujang xmkn lak tuna/sardin/ikan..klu dak mesti seronok nk buat bekpes gini..huhu
Abaikan saja orang yang selalu pot kepochi hal kita. Kebanyakannya tu dengki cemburu iri hati jer tu.
sla abaikan org itu kakchik..hehehehe...
sedap tu kc.. manusia ni mmg byk sgt penyakit PHD tu , abaikan ajelah !
Amin
Sblm cool tu dah hot dulu Fara
Rindunyaaa kat Pia. Muahhhh
Feveret anak Kc, Hayati
Buh tuna tengah2, salut telur dan goreng kering atas 'pan'
Aiman untung sbb dia mkn sorang, pinky
Betul tu Kakcik. In Sha Allah ella pergi
Gantikan dgn ayam, yana
Saya da lama abaikan kak. Saya doakan dia bahagia.
Baiklah Alin
Baiklah KA. Kc ikut nasihat awak eh. Tq KA
Post a Comment