Day 2 ~ Bangun pagi-pagi .. makan minum dan 'pack' beg masing-masing. Hari ni kita bakal berjalan jauh. Kita nak gi mana Mama Uda? Kita nak gi Bandung. Yeayy!! Wahhh .. ke main suka diaroang.
Malam sebelum tu Misz-ella dah SMS Jai ~ Driver kami untuk hari ini. Arahan kepada Jai ~ Jemput kami di Hampton's Park Apartment, depan Hotel Kristal .. berdekatan dengan Jakarta International School jam 8 pagi. Pukul 7:40 SMS ku berbunyi ~ Bu Ella saya sudah di Parkir Hotel Kristal. Orang cakap Hampton's Park apartment depan Hotel Kristal dia gi Hotel Kristal. Nasib la kau. Sib baik depan-depan je eh. Pagi ni misi kami ialah ke Tanah Abang Wholesale Textile Market lepas tu kita ke Bandung. Yeayyyy!! Hepi gila kitorang masa ni.
Dari Pondok Indah, Jakarta Selatan ke Tanah Abang dalam 40-45 minit, tapi pagi Isnin 11/2/2013 tu jalan 'jem' so it took us about 1 1/2 hour to reach Tanah Abang Wholesale Textile Market. Sampai dah dekat 10 pagi so kita naik ke Tingkat 8 untuk Makan dulu. Sangat bersih dan selesa Food Court di sini ye. Toiletnya pun bersih. Dua tempat pertama *sebelum tu Cafe Lada Putih* yang dikunjungi oleh diaorang di sini sangat memuaskan hati. I likeee sangat-sangat.
Dah makan, misi mengempiskan dompet pun bermula. Orang lelaki satu grup, ladies one group. I told them to skip 7th - 4th floor. Kita mula kan misi shopping dari tingkat 3 ye which is Handbags, belts, shoes, wallets and ladies accessories. Kalau u all nak tau .. Tanah Abang Wholesale Textile Centre lagi hebat dari Louhu Commercial City di Shenzen, China which we visited in 2000 dulu. Lagi banyak outlets sampai selalu kami rasa tak cukup masa. The best place for ladies since shopping is ladies best therapy. Langsir, alas meja, baju wanita, baju lelaki, baju anak, baju senam, nak tempah seluar, semua boleh dan ada di sini, asalkan korang sanggup meredah Mall besar, sibuk dan sesak ini. Tapi Alhamdulillah .. the day that we gone, segala-galanya indah dan mudah. Tak sesak sangat dan tidak merimaskan. Lega gila. By 2pm, we left Tnh Abang Wholesale Textile Centre ni untuk ke Bandung via Highway.
Berhenti 'lunch' di Restoran Nasi Padang Simpang Raya dan Solat di Highway. Menariknya tentang RnR sepanjang Highway Jakarta-Bandung ni ialah kawasan rehatnya besar-besar. Semuanya lengkap dengan Masjid, bukan Surau macam kat tempat kita. Kedai makan pun banyak. Toilet kat RnR pun bersih. When everything settled, we shoot to Bandung. Sampai Bandung dah malam. Kat Bandung, i have booked Villa Damar @ Jalan Setiabudhi, awal-awal lagi. Kalau nak tau, Misz-ella orangnya very the cerewet. Serius i cerewet sebab i nak yang terbaik. I google a lot before i decided to choose Villa Damar. Before that, i booked Rumah Kayu @ Retanata Homestay. Lagi sebulan nak fly, Agoda told me that there were overlapping booking so they offer me Summerhills Private Villa without additional charge to replace my booking. Being seorang yang cerewet, i tak terus agree tapi i google lagi. I tak nak Summerhills Private Villa so i decided to cancel the booking and replace a new one. Alhamdulillah .. Villa Damar meet 80% ciri-ciri yang i cari. Kalau lampu bilik tak terlalu samar, ada bilik untuk tukar baju, then i bagi 100% terus. Phewwwww .. susah nak puaskan hati orang cerewet macam i, kan. Hihihi.
Junior Suite @ Villa Damar. Tingkat atas ada 2 katil King. This floor kita bagi kat orang lelaki sebab diaorang ramai.
Model tanggaku Si Aiman buat muka kelakar.
Misz-ella, KY dan Mama tidur kat sini ~ Queen bed kat tingkat bawah. Kat Tingkat bawah ada Sofa, Coffee Table, TV dan "small pantry" lengkap dengan Peti Ais dan pinggan mangkuk. Yeayyy!!! Boleh masak Mee Rebus. Ecece ... makan Mee Rebus pun nak kecoh. Ehh .. mesti la sebab Mee Rebus disini lebih special dari tempat kita ~ Mee Segera .. Indomie yang direbus!! Hahaha.
Sebelum diaorang tidur, mari kita rasmikan dulu. Yeayyyy!!!!
Tengah syok 'tour' bilik hotel, Ting Tong .. laju Misz-ella bukak pintu. Ibuk, ini ada Welcome Food untuk Kamar Ibu. Owh. OK. Thank you. Singkong Goreng dengan Bawang Putih. Diaorang cakap best. Tapi since garlic is not my best friend, i makan cicah dengan gula. Perghhh .. sedap!! Dah selesai tour, mandi dan solat, kita jalan kaki ke Rumah Mode ~ The famous Factory Outlet pilihan artis-artis disini .. hanya 20 meter dari Villa Damar. Yeayyy!!
Sempat beli Roti Putih dan Kaya kat Cafe Rumah Mode .. nak buat makan malam sebab kitorang masih kenyang. Kat Cafe Rumah Mode ada banyak makanan tapi kitorang masih belum mahu makan. Beli Roti je la ye.
Dah macam Mak Datin dah Mama i kat dalam Butik Rumah Mode ni. Hihihi.
Dah habis sopink kita balik. Anak-anak paling hepi disini. Almaklumler .. kat Rumah Mode memang banyak 'branded' T-Shirt untuk remaja. Buat remaja "tua" macam Misz-ella .. cukuplah sekadar bergembira melihat mereka gembira. Hihi. On the way balik, singgah AlfaMart beli air sejuk dan makanan.
Kalau travel dengan anak-anak, makan minum adalah perkara yang sentiasa difikirkan. Dinie dah pakai baju tidur pun masih mahu makan lagi. Yeahhh .. itu dia Mee Rebus Pop Mie. Sedap oke .. dalam tu ada isi ayam.
Puan Blog pun nak 'enterframe' jugak. Sibuk je, kan. Tehehehe ..
Cepat bangun dan Solat anak-anak. Pukul 7 korang kena turun Sarapan. Pukul 8 Driver datang. Bangun cepat!!! Erkkk ... dah macam Warden Penjara kitorang. Hihihi.
Kamar mandi ala-ala Bali
Potato Restoran @ Villa Damar.
Bapak-bapak dan anak lelaki sarapan di sini ya.
Dah selesai urusan "Chek-Out" .. lepak sekejap sementara menunggu Driver kami bernama Faisal. Yang paling best di sini ialah Free Wi-Fi. Well .. mula la masing-masing sibuk dengan HP *update kawan-kawan la tewww*
Budak comel Sarah Ardinie yang berkelakuan baik sepanjang 6H/5M di Jakarta-Bandung. Really good mood and well behave la dia ni. Best gila siot lepak dengan dia.
Pemandangan dari Balcony Kamar 303, Villa Damar. Bandung cantik, sejuk dan berkabus di waktu pagi. Best!!
Yeahhhhh .. that is Villa Damar.
OK. Dah habis dah cerita tentang Villa Damar. Kesimpulannya, Junior Suite @ Villa Damar sangat sesuai buat yang travel berkumpulan sebab Suitenya ada 3 katil yang besar-besar .. tak da masalah tak cukup katil untuk tidur. Lokasinya sangat superb!! Hanya 20 meter@5 minit berjalan kaki ke Rumah Mode, Fashion World dan lain-lain Factory Outlet yang terletak di Jalan Setiabudhi. The only thing yang Misz-ella tak suka ialah suasana kamarnya yang terlalu romantis .. tak ada bilik sebab konsepnya "open" .. so kami tukar dan salin baju di Kamar Mandi. Bukanlah masalah besar sebenarnya sebab yang lain-lain adalah sangat selesa. I dont mind to repeat Villa Damar again in the future tapi selalunya bila Misz-ella nak travel .. Mr. Google akan jadi teman baik Misz-ella lagi. Google .. google dan terus google sampai betul-betul puashati. I like recommendations but final decision is mine. I kan cerewet. Lagipun, yang baik di mata orang tak semestinya baik juga di mata kita. Betul, kan. Ok lah. Got to go. Tq baca ye. Nanti Misz-ella akan tulis lagi. Bye.
17 comments:
bestnya Ella.. macam nak gi lagi ni. heee. best kan duduk di villa. sejuk tu yg best.. suka sangat..
siyes besh!! rasa mcm nak gi bandung gaklah :)
syok nyer!!!!
salam kc, driver Jai tu oke tak? yana pn nk pi jakarta next week..tgh mencarik driver jugak utk bwk kitorg jln2 pi bandung or mana2 tpt soping yg jauh2 tu..kc ada no fon jai tu? bley rekomen kt sy dak? hee~ :)
hai kak.ingat sy lagi?hehehe hmm rasanya akk dh penah g bandung kan.
eh katil dye memanjang cm tu eh.best nya leh tido reramai.
Peh! Mmg bestlah...bilik die bsr-bsr. Alahai, KC...bt sy teruja nak g bercuti!!!!
bagus la info yang kc beri ni..saya nak buat note ni...teringin nak pergi dengan family ^_^
Jakarta macetnya ok tak KC? Hari tu ada gak nk kesana tp driver tu kata macet total...haha..
Anak akk tnya, thn ni kita pergi lg tak Bandung? Waduh....kangen nk kesana plak...hehe..
Akk belum sempat baca abis ni, nnti kalau nk travel mna2 akk cari blog kc eh.
wah nampak pic2 terasa keseronokannyer sekali KC
wahh! bestnyer.. nampak selesa sgt2 :)
rindu nye nk ke Bandung :(
Bestnya jalan kaki jer ke Rumah Mode! Jeles nyaaa!
tulis lagi .............nak baca story makan angin
waa.. seronoknya..
tumpang happy bila KC happy... :)
Assalam Ella junior suite berapa orang bolih masuk....sebab kami nak pergi 8 orang adakah dia kira ikut kepala or ikut bilek. risau juga kerana first time nak pergi ni.teruja sangat2 ni.
look nice!tq for d info saya dah booked master suite heheheh x sabar!!!
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment