Aku kan, Ahad ni nak gi Tesco. Nak beli barang sikit. Ooooo .. jawab Mek Ti. Takat oooo je lah tetiba pagi Ahad tu Mek Ti whatsapp tanya - ko dah gi Tesco belum? Belum. Aku nak ikut boleh? Boleh. Ko datang sini park kat rumah aku, pastu naik keta aku. Hmmmm ... begitulah Al-kisah bagaimana kami boleh pegi ke Tesco sama-sama Ahad pagi tu.
Al-kisahnya Mek Ti nak ikut sebab dia nak beli ayam tapi sebab dia bawak anak, bermacam-macam dia beli. Tapi sayang, tak dapat Mek Ti beli ayam sebab dah habis pagi-pagi lagi. Ayam Tesco RM5.90 je sekilo, ayam kat kedai runcit se kilo RM8.40. Camna dorang tak berebut beli, kan.
Lepas keluar gambar ni kat FB ada member sound ~ Wahhhh .. lawanya kau pegi pasar .. macam nak gi tengok wayang. OK la tu babe .. dulu-dulu aku gi pasar tesco ni pakai kasut tumit tinggi okeh sebab dari ofis, aku gi time makan tengahari. Aku idak la melawa sangat babe tapi aku memang gitu, ringkas habis dah aku ni. Tak da maknanya aku nak mekap tebal atau beria-ia bergaya. Terima la aku seadanya ye babe. Kita fren-fren very long long time ago kan. Tehehehe.
Olololo ... anak kesayangan mana la boleh tinggal. Dia tukang angkat barang, tukang membebel dalam kereta, tukang balas SMS masa mak dia drive. Dia lah tukang iring mama dia gi sini sana. Kalau jalan dengan dia, Misz-ella lebih konfident dari jalan sorang diri. Bayar je duit barang, Meh Ma Aiman pegang. Hilang Misz-ella sikit dari pandangan mata dia mula la dia ishhh .. mama jangan leka. Mama jalan depan lah .. aiman follow belakang .. risau sangat dia. Dia risau orang ngorat mak dia lah *Eeeeeee .. macam la ada orang nak ngorat i .. hihihi* dia risau kot-kot mak dia jatuh lah. Macam-macam dia risau. Sweet, kan.
Jeng ..Jeng .. Jenggg .. tunggu masa nak main masak-masak.
Kari Ikan Salmon, Sambal Ikan Masin Sepat, Sawi Bunga Goreng dan Sambal Bilis Jalan Jauh. Sib baik Misz-ella tak pandai buat Murtabak .. kalau tidak, dengan murtabak tu sekali i buat. Tapi seriously, hari Ahad tu memang penat. Dengan mengemop lantai atas dan bawah, buang habuk, gi Pasar, balik masak, malam stay lagi buat kerja-kerja terjemahan ... Huk alohh
Paling best .. Sambal Ikan Sepat Masin. Sedap oooo .. bertambah-tambah i makan. Lepas makan - habis laaaaa ... habis laaaaaa ... banyak aku makan tadi. Orang posa kurus ko membulat lagi ada. Adoi laaa .. Misz-ella memang membesar dengan sehat la korang - cukup vitamin, zat galian segala. Hihihi.
Sekian Entry Kenangan dari saya Misz-ella, Tukang masak, tukang taip, tukang beli, tukang cuci, tukang bawak kereta dan tukang segala-galanya lah dalam rumah ni. Penat teramat sangat tapi yang penting tetap bersemangat .. sampai tak sedar dalam bergambar apron dok melekat kat badan lagi. Ahahahaha .. dah macam Bibik Filipino syok sendiri ambik gambar sendiri masa Boss gi kerja leee!! Hihihi.
9 comments:
k.ella yg sentiasa cun =)
Kurus je KC ni. Mkn la byk mana pun. Mmmm...
Sedap kari KC tu...
sedapnya
untung dpt anak bujang saying mama .. nak plak ikut mama kesana sini
MAJLIS BERBUKA PUASA, OPEN HOUSE, MAJLIS DOA SELAMAT, KENDURI AQIQAH, MAJLIS BERTUNANG, MAJLIS PERKAHWINAN!!
Kami dari Bubbles Event menyediakan perkhidmatan catering dengan harga yang sangat berpatutan. Antara pakej yang kami sediakan termasuklah:
Pakej A - Hanya RM 7.00 untuk seorang!!
Nasi Putih + Masak Lemak Nenas dan Ikan Masin + Sambal Sotong + Ayam Goreng + Ulam-ulaman dan Sambal Belacan + Buah Oren + Air Sirap
Pakej B - Hanya RM 7.00 untuk seorang!!
Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Jelatah + Dalca + Papedom + Buah Oren + Air Sirap
Harga pakej kami termasuk:
1) Peralatan menghidang seperti tray (termasuk penutup dan kaki tray), termos nasi, bekas air, dan senduk.
2) Pinggan dan cawan pakai buang.
BERMINAT!!!
Layari www.bubblesevent.com/catering
yummeehhh!
ehh bagi la petua kak mcm mana nak jadikan anak lakiku mcm tu kak...sweetss sgt!serius nie..
OKEY..IDEA DH DTG
NAK BUAT SAMBAL IKAN SEPAT ;)
Wahh..bestnyer kari salmon...
Murah byk tu kc...
Murahnya ayam kat tesco....
Post a Comment