Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Camtu ke Mak?

Ok Sedih. Sedih sangat.

Mana waras atau logiknya tindakan seorang bernama Mak mengurung  anak OKU kandungnya sendiri dalam bilik yang berkunci? Dan entah berapa lama sudah ditinggalkan .. anak tu sampai kurus kering .. bajunya hampir reput .. dan ditemui dalam keadaan berlemuih dengan segala kekotoran. Logik tak? Logik tak seorang mak yang sayangkan anak sanggup tinggalkan anaknya seorang diri dalam bilik berkunci? Sedangkan yang sehat pun kita takkan tinggalkan keseorangan, ini kan pulak yang OKU?

Tak terfikir ke kot apa-apa terjadi pada anak tu sepeninggalan kita nanti? Rumah terbakar ke .. pencuri masuk rumah ke .. apa la daya budak tu? Nak uruskan diri pun dia tak mampu inikan pulak nak menyelamatkan diri. Worst thing, if umur anak tu tak panjang .. dipanggil Ilahi masa kita tak ada, how? Tak menyesal ke kau?

And how could you as a mother saying that you do not know how to seek for help? Kau boleh bukak Akaun FB .. means you know internet .. takkan tak boleh google JKM? Or worst case .. kenapa tak tanya officemate? Or other option, kenapa tak kol 103 cakap dengan Operator mintak no telefon JKM? Or entah-entah kau malu .. tak pernah cerita pun dengan kawan-kawan yang kau ada anak OKU yang kau tak daya nak jaga maka kau tinggalkan dia sendirian. Sebab if kau pernah cerita pada sesiapa, for at least, i am sure you have received a lit bit of advise ..

Seriously, Misz-ella langsung tak boleh terima alasan tu. Sayang anak .. tapi kau tinggalkan dia sendirian sedangkan hakikatnya kau tau yang dia takkan boleh menguruskan dirinya sendiri. Alasan nak ajar anak tu berdikari adalah sangat tak logik. Tak logik dan tidak boleh diterima pakai.

Anak OKU itu adalah anak istimewa yang bakal memimpin tangan ibunya ke Syurga andai si Ibu menjaganya dengan sempurna. Sayang. Sayang lah si ibu tak nampak akan rezeki yang Allah SWT beri kepada dia yang disalurkan melalui anak ini. Mungkin kerana tekanan kehidupan .. mungkin kerana rasa malu kerana memiliki anak OKU ini .. mungkin kerana .. hurmmmm ..entahlah. Till now i couldn't think of how a mother could do that to her own child. 

Apa pun alasan yang diberikan, sebagai seorang ibu yang melahirkan alasan tersebut tak boleh diterima pakai. Anak amanah Allah swt .. besar tanggungjawab kita terhadap dia. Bukan kat dunia je ikatan kita tapi sampai ke Akhirat sana. Camana nak jawab? Camana nak jawab kat anak kenapa kau tinggalkan dia? Sebab nak cari rezeki? Silap lah. Makin kau redha .. makin kau sayang dia .. In Sha Allah Allah swt akan buka pintu-pintu rezeki untuk kita.  Tapi sayang .. kau tak nampak semua tu tapi kau jadikan anak OKU itu sebagai alasan kepada kesempitan hidup yang kau hadapi. Susah sangat, kau jual je Pisang Goreng depan rumah sambil belek si anak. Boleh, kan.

Ok dah emo. Dah tak boleh tulis dah. Kang i over kang susah. Ok bai.








12 comments:

Kakcik Seroja said...

Kalau ikut kata hati ini, memang maki hamun je boleh dibagi... tapi, Allah ada memerhati. Mak itu akan menerima pembalasan perlahan-lahan...

Misz-ella said...

Kan kakcik .. tak sampai d akal kita akan logiknya tindakan si mak berbuat begitu

azieazah said...

Seorang contoh ibu yang bodoh..!

Akak Kembang said...

Alin pun bersependpt ngan kakcik...kalau ko blh update fb...itu maknanya ko ada masa..takkan nak mandikan anak seminggu sekali pun tak mampu

Kak Mahh said...

Tapi kak Ella ada juga saya terbaca dalam blog yang menyokong tindakan ibu ini...Alasannya kesempitan hidup. Kita hanya mampu doakan ibunya terbuka pintu hati ke arah kebaikan.

zino said...

Hanya mampu mengurut dada tanpa kata kata

Kniedaz said...

Tak tahu macamana Mak tu berfikir...moga kita tidak begitu

Anis Farhana said...

Betul kak ella. Dia ckp xmampu nak beli baju baru, makan susah. Xkan xmampu beli baju selai RM5 kat pasar malam kan? Baju dia ok je tgk. Disgusting.

Liza @ Adzriel AB said...

Memang sukar akal ni nk terima alasan mak dia. Sabar KC, gugur air mata ni kang.

Liza @ Adzriel AB said...

Memang sukar akal ni nk terima alasan mak dia. Sabar KC, gugur air mata ni kang.

Unknown said...

Serius akak memang pasti meleleh airmata bila baca kisah anak syurga ini KC..sedih sgt2...rasa tk boleh terima dek akal..

akuzle ayu said...

Geram marilah geram sesama, kce..