Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sambutan Hari Jadi Yang Terawal

Actually i'm sad. Very sad. A few things really touch my heart and make me sad ... tapi tak pe lah .. kita kunci sedih dalam hati untuk Entry ini.

Hai Readers .. Selamat Hari Rabu. Tahun ni birthday Misz-ella jatuh pada Bulan puasa. Biasa la bulan puasa ..masing-masing sibuk. Maka kawan-kawan baik i pun merancang .. Get-Together sebelum puasa dan bersempena dengan Hari Jadi saya. Ehhh bukan i sorang je ok .. tapi bersama dengan dua orang budak comel .. Qisya dan Batrisyia. 

Dalam perjalanan ke Seksyen 9. Misz-ella guna Waze tup-tup dia hantar lain tempat. Udah lah sorang-sorang .. malam gelap .. penghuni Banglo tak da sorang pun kat luar .. dalam hati ada sikit risau tapi Alhamdulillah .. akhirnya sampai jugak.

I am the real Cancer.  Orang kata, if kita lahir sekitar 2 minggu dari permulaan sesuatu Zodiac, maka kita memiliki ciri-ciri zodiac yang paling kuat. Maksudnya .. if lahir sekitar 22hb Jun + 14 hari .. iaitu sehingga 4 Julai .. maka orang itu dikatakan memiliki personaliti Cancer yang sebenarnya .. means you are the real Cancer or dalam erti kata lain ciri-ciri dan personaliti si Cancerian sangat melekat pada orang itu.  Katanya lah .. bukan boleh kita caya sangat, kan .. tapi .. tapi .. kalau diikutkan apa yang ditulis tu .. macam betul jer .. macam kena jer dengan i. Tehehehe. 

Sensitive .. oh memang sangat sensitif .. kat traffic light nampak budak sekolah jalan sorang-sorang pun sempat lagi i berdoa supaya budak tu selamat sampai ke destinasi dengan jayanya. Nampak gerai ikan lengang tak berorang pun cepat-cepat ajak Aiman berdoa moga ada rezeki hari ini untuk dia. Mana la tau ..entah-entah kat rumah anak isteri sedang menunggu sang ayah pulang membawa rezeki, kan.

Sensitif jugak dengan 'surrounding'.  Even kadang handphone vibrate tak berbunyi tapi deria saya sangat sensitif kalau ada 'incoming call' yang masuk even tak terdengar bunyinya. 

Dan sebenarnya segala-gala rasa sensitif itu bermula dari dalam hati nurani. Ada orang tak peka/tak sensitif pada apa yang orang lain rasa. Ada orang tak sensitif pada 'surrounding' .. ada orang tak sensitif pada kata-kata .. ada orang 'couldn't be bother' or langsung tak peka pada sekitarnya ..

'Dependable' ~ Wahhh .. memang kena sangat la dengan Misz-ella. Laki gi kerja dia tau everything bini dia boleh settle. Masak, hantar anak sekolah, hantar anak tution, kemas rumah, pergi kerja .. Ok .. that was Once Upon a Time punya stori sebab now i tak lagi bekerja and anak pun dah duduk Asrama ler .. but seriously .. people can rely and depend on me. Saya sangat boleh diharap punya orang, OK .. hehehe.

Nicer than everyone else ~ WOW !! Ramai orang baik dalam dunia ni and i am one of them. Nak kata 'nicer' tu .. ermmmm ... this is very subjective cos i can be cruel also at times. Haha.

Helpful ~ Mana yang boleh kita tolong kita tolong lah. Seperti yang pernah i mentioned in one of my entry .. when people come to us seeking for help, jangan anggap dia menyusahkan kita .. tapi anggaplah ini peluang kita untuk berbakti kepada dia dan peluang untuk dapat pahala. Orang tak mintak tolong hari-hari, kan.

Hellooo readersss .. Saya Qisha dan Saya Batrisyia .. kitorang lah partner Auntie Ella celebrate birthday together that night.  Ololo .. comelnya diaorang pakai baju sama. Qisha dan Batrisyia .. sorang 4 tahun .. sorang 6 tahun .. sorang lagi tu 41 tahun. Tehehehe.

Eeeeeee .. meriahnya gelakkk


 AJK Majlis.
I was late. By the time Misz-ella sampai, dorang dah selesai Baca Yassin dan tengah makan berjemaah. Ala jelesss. Jeles + kecewa. Kecewa sebab kelambatan dan tak dapat baca Yassin berjemaah sesama mereka. Tak da jodoh, kan .. jodoh kita kat meja makan rupanya. Haha.

 Lepas baca Yassin they olls Fun-Fun. Oittt .. Akak jeles ok .. 

Gila kau tak jeles tengok Aina posing comel camni .. kalo berduet dengan Kella double comel kot Ainot .. haha.  Oh ye .. dalam group ni .. Misz-ella dikenali sebagai Kella ..singkatan untuk Kak Ella. Apa-apa aje .. Kella pun i ok .. janji kita hepi together.

 Tiba-tiba i ada ramai anak. Yeayyyy ..

This is the complete family members .. Aina, Yana, Salina, Mawar dan Ellina.
Comel lor diaorang ... Bila jumpa camni .. ambik kau ..  terserlah kegilaan kepala sorang-sorang .. tak dan nak 'cover-cover'.  Haha. 

Ye anak-anak  .. meh Mak Ella tolong potong kek ye .. 

 Tak kira .. nak jugak ambik gambar macam dorang. Sebaik je ambik gambar si Mawar @ Wai cakap .. Ehhh u macam Miss Universe lah Kella. Hahaha .. Miss Universe katanya .. meletop sungguh 'crown' Miss Universe tu ye. Tehehe.

Ooooo yang ni Ms World!!! Kalah Ms Universe tadi  .. haha.

Mawar @ Wai yang baru pulang dari Umrah.  Masa kat sana dia post gambar kat kitorang and Misz-ella macam terpegun tengok dia .. Pasaiapa Wai nampak berseri kat sana? Orang lain pergi Umrah post gambar kat Whatsapp macam biasa je rupa .. tapi Wai bagai dilimpah cahaya!! Hamboiii .. sudah ada 'extra' nur ye Wai? Tehehe.

Oh My Salina .. Salina @ Lyn nama dia. Hamboiii dekat beno kita 'selfie nak sama besar dengan pinggan muka kita. Haha.





Alhamdulillah .. untuk perjalanan hidup yang indah.  Saya yang sangat bertuah kerana berpeluang mengenali mereka. Saya yang bertuah kerana dilimpahi kasih sayang rakan taulan yang melimpah ruah.  Itu rezeki.  Rezeki Allah SWT bukan datang dengan wang ringgit sahaja .. tapi jugak kawan yang baik,hati yang tenang, kelapangan masa dan fikiran.

Thank you Yana for initiating this Birthday Get-Together. Thank you Salina kerana sediakan tempat untuk kami berpacaran .. Thank you Wai, Elina dan Ainot kerana joining the fun together. Qisya dan Batrisiya .. Selamat Membesar menjadi anak yang Solehah .. nanti dah besar jangan lupa Auntie-auntie ni semua, Ok.  Wahhhh .. panjang birthday speech Miss Universe ye. Haha.

3 comments:

safurara said...

happy belated buffday kak! maintain gojes oke!

uncle gedek said...

meriahnya...!

Oooo... ingatkan dintang cancer ni kuat menyepit!

haha

kakrose said...

selamat berpuasa ella..