Sessi Lepas Rindu Peluk Cium Dengan BFF sebelum Ramadhan menjelma. Hati terdetik nak jumpa diaorang so Roger .. Rabu tak bole .. Kak Ros tak free. OK .. tukar Khamis ye .. nanti aku bawak makanan .. jawab Misz-ella.
So Khamis tengahari kita jumpa .. di Pantry ofis lama. 4 bungkus Nasi Kukus .. 1 bungkus Nasi Kerabu Misz-ella bawak untuk kami makan sama-sama.
Hepi gila dapat jumpa diaorang .. kawan dari muda sampai tua .. dekat 20 tahun kita kawan. Misz-ella dari keding sekeping berat 40kg je sampai sekarang dah lebih dari 10kg naiknya .. Kak Senah dari badan ala-ala model sekarang dah macam Mak Datin terlebih vitamin .. Fiza dari anak dara sekarang anak dah bujang teruna .. Sanisah Ruslin yang tak pernah membosankan kerana dia sentiasa ada macam-macam cerita. Hai la kawan .. aku sayang gila kat korang semua.
Dulu kitorang pernah berangan ... bila dah tua nanti nak duduk sederet rumah kat Kensington Park so that we can take care of each other. Sambil berangan sambil gelak-gelak. Kelakar!! Sekarang ni .. tak dapat duduk rumah sebelah menyebelah dapat kawan sampai tua pun jadilah. Dah cukup bersyukur dah.
Kak Senah kata .. Ella kau dulu masa kerja tak nak melawa dah tak kerja ni makin lawa. Kau gila nak suruh aku melawa masa kerja kat sini dulu?
Dengan environment ofis yang stress .. dengan jalan jem nak pergi kerja .. dengan jadual 'hectic' aku bangun pagi-pagi masak untuk famili lepas tu hantar anak sekolah lepas tu gegas balik siap-siap pergi kerja .. lepas tu jalan jem 'nervous-nervous' dalam kereta takut punch card merah .. kalau dari rumah lawa pun sampai ofis muka dah macam langsuir gamaknya. Haha.
Sanisah banyak kali pesan suruh 'post' gambar ni ... gambar dagu 'botox' dan kening Ziana Zain Misz-ella katanya .. banyak kau punya botox .. sori .. botox-botox i tak main .. I awet muda semulajadi. Tehehehe. Baiklah Lyn ku sayang .. kerana kau nak nah sekeping buat kenangan zaman Kilauan Emas nanti.
Dulu, Misz-ella pernah dengar orang kata Misz-ella ni pemilih .. nak kawan dengan orang yang 'standard' dan glamer je which is not true at all. Apa la ada pada 'glamer, cantik, standard' kalau hati tak molek. In friendship the most important thing is Ikhlas. Ikhlas, jujur .. tu yang paling penting. Dont backstabbed or betray your friend. Kadang-kadang Misz-ella rasa susah nak rapat dengan orang bukan sebab saya sombong tapi sebab saya terlalu berhati-hati. Susah nak dapat orang yang boleh terima buruk baik kita dan terima kita seadanya tapi bertuahnya saya kerana ciri-ciri tu ada dalam mereka. To be honest, i would go for quality friends rather than a big quantity of friends. Biar lah saya tak popular, tak ramai kawan asalkan kawan yang ada benar-benar kawan sejati. I dont need to be popular anyway, i just want to live peacefully and happily. Saya tak suka stress-stress .. tak suka sesakkan minda .. saya nak hidup tenang, aman, bahagia dan gembira je. I just want to be happyyyyyy ...
Hampir 2 jam jugak kami 'spend time together' dan bagusnya .. masa ni Big-big boss tak ada. Yeahhh .. boleh laga pipi lama-lama. After that we go back. Alhamdulillah for another quality time spending with kesayangan. Moga ukuwah ini berpanjangan. Amin.
Malam sebelumnya .. Misz-ella 'dating' dengan Kakak Cool kesayangan. Kakak Cool yang bukan calang-calang orang .. i pernah tulis tentang dia di sini dulu. She made a drastic decision last month dan mengikut langkah Misz-ella meninggalkan ofis kami yang gah. I will always remember her sentence ... Perancangan Allah itu indah. Akak tak pernah rancang semua ini tapi Allah lebih mengetahui. Betul. Sangat betul. Ada masanya kita terpaksa buat satu keputusan yang tak kita duga tapi andai kita Redha macam Kakak Cool saya .. In Sha Allah .. jalan yang sukar akan jadi mudah. Yakin dan percayalah yang perancangan Allah itu sangat indah dan 'cool' lah melangkah and my pray is always with those yang sentiasa positif like me.
OK dah. Misz-ella tak nak cakap lagi tapi yang pasti, minggu ni macam-macam ada. Jumpa kawan lama .. shopping .. 'planning' .. ketawa .. sedih .. airmata .. bahagia. Hurmmm .. macam-macam hal tapi tak pe .. Kalau sedih ke, terluka ke .. jangan lama-lama. Cepat bangun dan terus melangkah. Dont let your emotion control you, OK.
2 comments:
semua cun-cun!
Sapa kata kc sombong...x lah.. dia ramah baq hang! cuma ms ja x sempat sembang lama2.. kan kc? #love from manjung.
Post a Comment