Hello pembaca kesayangan,
Rakyat Malaysia suka makan, kan, nak pulak makanan dari negara Thailand sebab ianya pedas, masam, manis dan menepati citarasa Melayu kita. Tomyam, Somtam, Paprik, Kerabu Mangga dan macam-macam lagi adalah antara makanan Thailand yang tak asing lagi pada kita.
Baru-baru ini Misz-ella berpeluang untuk merasa daging bakar atau Premium Crying Tiger Beef dari jenama NIASE. Biasalah, I pantang nampak makanan, terus teruja dan cepat-cepat order.
Begini lah rupa 'packaging' NIASE Premium Crying Tiger Beef. Sebutannya ialah Ni-as. Satu peket seberat 480gm ini (hampir setengah kilo) harganya adalah RM38.00 sahaja.
Didalamnya ada :-
100% Daging 'tenderloin' atau batang pinang (480gm) yang telah diperap dengan 13 ramuan asli termasuklah Halia Thailand, Sos Ikan, Sos Tiram,Thai Palm Sugar dan bawang putih. Tak da lada hitam ye.
Sos istimewa NIASE
Bijan & beras yang telah disangai
CARA-CARA MEMASAKNYA :-
Bila kuali dah betul-betul panas, masukkan daging (tak perlu letak minyak)
Balik-balikkan supaya ianya masak dengan rata.
Well, it's up to you all nak buat well done ke, separuh masak ke .. Misz-ella suka 3/4 masak.
Senang sangat memasak daging crying NIASE ni .. dalam 7-8 minit settled!
Lepas tu tabur bijan atas daging dan beras di dalam sos. Wow! Very authentic! Tak sabar nak makan *excited you alls ....* Misz-ella tambah salad, timun dan tomato .. haruslah kita amal pemakanan seimbang, kan.
1 comments:
TQ sis for Ur sharing....sangat sedap...saya jadi stokis pun sebab puas hati dengan kesedapan dia...♥️♥️
Post a Comment