Salam Syawal buat korang semua. Mcmana ye raya korang?? Mesti meriah, kn.
Aku ? Selama 15 tahun aku mnyertai keluarga ini sebagai menantu, ini la raya yg paling sedih pernah aku rasakan. Ayah pergi meninggalkan kami lagi 3 hari menjelang raya. Terasa sgt2 kehilangan ayah, nak pulak masa buat persiapan raya. Biasanya ayah org yg paling sibuk dan riuh sekali. Anak ayah 9 org .. 7 lelaki, 2 perempuan. Riuh rendah mulut ayah mengarahkan anak-anaknya mncari buluh, daun pisang. Budak lelaki .. paham2 je lah. 10 kali suruh baru diaorg buat. Aku dulu masa mula2 join famili ni rasa pelik dn kekok je Mana taknya .. sume lelaki, aku sorang je pompuan. Pastu tmpat tinggal ayah ni betul2 kg. Santan dari pokok sendiri ..so kena mesin kelapa, perah kelapa .. aku pulak lahir dn besar kat KL .. dh tentu tak penah mesin kelapa, tak penah timba air perigi .. serba serbi kekok la. Tapi alhamdulillah .. walaupun dtg dr latarbelakang yg berbeza, aku brjaya menyesuaikan diri dlm famili ini. Kalau korang nak tau .. famili ayah masih mengamalkan cara tradisi. Jodoh dicari dan diaturkan oleh org tua. Aku sorang je menantu yg bkn dijodohkan dgn cara itu. Menantu2 perempuan lain sume ayah carikan. Tapi alhamdulillah .. ayah menatang aku mcm minyak yg penuh. Sbb tu aku sgt2 terasa kehilangan ayah. Terlalu byk kenangan manis brsama ayah slama 15 tahun ni.
Malam raya kami masih lagi sibuk dgn tahlil. Mana nak masak utk raya .. masak utk tahlil. Org2 menziarah lagi .. Tido mmg tak penah cukup, rehat mmg almost tak da langsung. Lepas solat Aidilfitri, kami beramai2 ke kubur. Dgn brlantaikan tikar, kami bertahlil beramai-ramai di pusara ayah. Tak yah org luar .. anak cucu dn menantu ayah seramai 40 org pun dah cukup.
Lepas solat Jumaat pulak kami bertolak ke Segamat. Kali ni nak jumpa Abah aku pulak. Abah anak jati Kelantan tapi sekarang dah menetap di Segamat. Abah dh byk kali telefon tanya bila nak balik .. rindu katanya. We are actually physically and mentally tired. Tapi tanggungjawab sebagai anak harus dilaksanakan. Bayangkan la. Dari Hari Isnin lagi kami dah balik Taiping. Pastu dari Utara gerak ke Selatan pulak. Alhamdulillah .. perjalanan kami diberkati. Kami tak jumpa 'jem' langsung walaupun org lain kata highway sesak. Dan Alhamdulillah juga ..Tuhan bagi kekuatan utk menempuh saat2 getir ini. Raya ke 2 aku dh ada di Sg. Buloh. Rindunya pada rumah sndiri. Serba salah gak bila abah tanya nape tak ikut dia balik Kelantan raya ke 3 ni .. tapi alhamdulillah .. abah faham.
Korang .. Selamat Hari Raya eh. Sori .. lmbat wish. Nak wat camna .. aku pun kelam kabut.
2 comments:
selamat hari raye kak...
u too bert...
Post a Comment