Dalam hidup ni .. paling penting Jangan layan emosi. Nanti kita susah nak ceria .. nanti kedut rebut-rebut nak keluar kat muka kita. Hehe. Jom kita tukar topik ye. BTW, baca komen korang buat kita rasa hepi lah. Buat kita rasa korang sayang kita. *rasa je .. belum tentu korang sayang pun, kan* Hehehe.
Perasan tak kalau bulan puasa kan, topik paling best kita sembangkan ialah makanan. Hari ni ko masak apa? Ce bagi idea sikit kat aku ~ Dialog Kak Senah dan Fiza. Elehhh .. nama pun perut tengah berdondang dendang .. maka kena sangat la soalan tu dengan kita semua, kan. Semalam kan .. kita main teka teki .. Nak tak nak? Nak tak nak masak untuk berbuka nanti? Jawapannya .. Yeszzzz!!! Virus Malas berjaya disingkirkan dengan kemunculan Antibodi bernama Rajin. Hahaha .. suka la dapat main masak-masak kat dapur sorang-sorang. Eh silap .. silap. Aktiviti memasak di dapur petang semalam bukan sorang-sorang tetapi dalah secara berjemaah.
Perasan tak kalau bulan puasa kan, topik paling best kita sembangkan ialah makanan. Hari ni ko masak apa? Ce bagi idea sikit kat aku ~ Dialog Kak Senah dan Fiza. Elehhh .. nama pun perut tengah berdondang dendang .. maka kena sangat la soalan tu dengan kita semua, kan. Semalam kan .. kita main teka teki .. Nak tak nak? Nak tak nak masak untuk berbuka nanti? Jawapannya .. Yeszzzz!!! Virus Malas berjaya disingkirkan dengan kemunculan Antibodi bernama Rajin. Hahaha .. suka la dapat main masak-masak kat dapur sorang-sorang. Eh silap .. silap. Aktiviti memasak di dapur petang semalam bukan sorang-sorang tetapi dalah secara berjemaah.
Aimannnnn .. Meh tolong Mama potong sawi. Awakk .. tolong saya blender Cili boleh? Saya belum Solat Asar lagi ni*sambil buat muka kesian kat Abah Aiman* ~ Camtu la kecohnya rumah kita petang semalam. Mana taknya .. semalam punya jem, Ya Ampunnnn .. pukul 6:20 baru sampai rumah. Apa nak buat .. everybody nak balik cepat. Nak kejar waktu berbuka .. nak makan dengan keluarga. Sedih ooooo kalau terpaksa berbuka sorang-sorang. Bila makan sorang-sorang, automatik terfeeling Ala-ala Dendang Perantau, kan? Hehehe.
Bihun Goreng Express. Cuma ada Ayam, Fishball dan Sawi je. Kita jarang letak tauge dalam Bihun Goreng. Tak berapa 'on' la dengan tauge. Kureng suka. Echewah .. berlagak. Hehe.
Popia Goreng 3 ketoi ni kita yang kena habiskan. Aiman takmo ... Abah dia makan 2 ketoi. Nangis 'tummy' tau .. Tercungap-cungap ai. Cehhh ..drama. Jgn caya ye. Hehehe.
Sepeket Bihun kita habiskan semua. Baru la berbaloi berkungfu taichi di dapur. Dan biasalah .. kalau dah banyak .. bersedekahlah ke rumah jiran sebelah menyebelah. Hmmm .. Bihun dan Popia Goreng ~ sempoi je Menu Berbuka kita, kan. OK la tu .. seharian 'tummy' sepi .. tak mungkin macam-macam boleh isi. Lagipun .. macam ni baru la tak membazir. Membazir tak baik .. nanti Tuhan marah ... Nanti kita tak dapat kasih sayang Allah. Hari ni dah ada dah Menu dalam kepala. Nanti kita tengok jadi ke tidak ye. Hmmm .. OK lah. Sekian sahaja Entry Mengenang 6 Ramadhan Tahun 2012. Tq baca ye. Bye.
15 comments:
Bagi kakcik, kalau letak taugeh dalam mihun, kemungkinan untuk mihun itu cepat basi adalah tinggi. :)
Bestnyaaaaa makan bihun :)
Hari ni menu apa lak kak
samaa.. tak suka letak taugeh.. suka sawi ;), KC, best lah tgk lauk KC bukak puasa.. simple je.. tapi selera tgk.. ada tak nak ajak fillanie gi buka umah KC? hahahaha
Assalamualaikum kakchik...meehoon togel2 pun nampak sedap jek....waaa popia pun ada, leleh air liur tgk sos atas popia tu...mesti sedap ni.. ^__^ Selamat berpuasa dan berbuka ya Kakchik...muah, muaahh..
bihun goreng saya suka kalau ada taucu...
takpe..weekend ni KC boleh bersantai kat rumah + relax2 masak juadah berbuka :)
saya pun tak suka letak taugeh dalam bihun dan mee..
puasa ni semua sedap...yg penting masak sendiri not PARAM
salam ramadhan kak cik sekeluarga
paling menarik kangkung masak asam rebus tu..selalu guna bendi ajer..nanti nak cubalah..
sedap2!
Smlm berbuka meehub jgk..bt sndiri mmg terbaek la k.kc..hehe
alamak... popia basah memang kegemaran... setiap kali ramadan mesti beli....
nk sket...!!!!!!!!!!! pls2... heee
Ehh sama plak.
Semalam (day 7), Kak Azie pun goreng mihun gak. Tp ada boh Sos Tiram.
Pun tak suka taugeh gak. Tak sedap dan cepat basi.
Popia belum buat, tp plannya hujung mggu depan.
Hari ni menu apa yg rahsia tu?
uiihh kakchik..
bihun tanpa togeh mmg taste kitalah kakchik..
balik satgi nak goreng bihun lah!
ekekke...
semua entri makan je huaaaa
laparrrrrr
Post a Comment