Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

MH 370 .. Begitukah pengakhirannya?

Selama menghilangnya MH 370, selama itu lah Misz-ella menyepi.
Sedih. Susah hati. Hari-hari keep on praying agar MH 370 kembali.  Ada masanya sampai terbawak ke dalam mimpi.

Khabar terkini .. MH 370 lokasi terakhirnya adalah di Lautan Hindi, kawasan paling sukar, paling sunyi, paling digeruni.

Satelit Inmarsat mengesan kewujudan pesawat di situ.  Data-data telah dihantar kepada Kerajaan kita pada 12/3/2014, empat hari selepas kejadian.

Lokasi terakhir dikenalpasti .. maka pencarian di lokasi terakhir ini dimulakan.  Sehingga kini, jangankan mangsa, cebisan pesawat pun masih belum ditemui.

Jauh di sudut hati, Misz-ella masih mengharapkan keajaiban. Mahukan MH 370 kembali ke pangkuan.  Pulang membersihkan nama yang dicemari dan menjawab semua spekulasi.  Terlalu tinggikah harapan dan impian Misz-ella?

Kun Fa Ya Kun itu milik Allah swt.  Dialah tuan punya segala-galanya.  Kalau Dia tidak berkehendak, maka ia takkan terjadi.  Maka Misz-ella takkan berhenti berdoa. Selagi tiada penemuan, selagi itu masih ada harapan.  Moga ahli-ahli keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan. Amin.

8 comments:

Unknown said...

sekurang kurangnya biarlah diketahui apa yang menimpa mereka..

Rizziela said...

betul sangat...sebab mcm jauh sangat ke Lautan Hindi tu kan

kakrose said...

salam KC,
akak pun sama mengharapkan keajaiban berlaku..

Mar Mansor said...

in sha Allah..semoga usaha pencarian dipermudahkan

Izwa Kamaruddin said...

:(

Unknown said...

Done follow ur blog :) #2001 Fell free to follow my blog okies awksweetgitu.blogspot.com

~ini itu~ said...

me to mengharapkan yg versi ada keajaiban berlaku...moga terbuka yg terhijab...so sad... (~_~)

Myra Jay said...

Mengharapkan keajaiban walaupun ianya sangat tipis..
Sabar ye KakCik