Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Buka Puasa 2017 - Bazaar Buka Puasa di The Settlement Hotel Melaka


Hello pembaca budiman,

Semakin hampir kita dengan kedatangan bulan Ramadan, semakin teruja Misz-ella nak bawakan entry-entry Buffet Buka Puasa. Kali ini lebih istimewa, kerana lebih jauh Misz-ella berkelana iaitu ke negeri bersejarah, Melaka.



Terletak di No. 63, Kampung Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, Melaka, The Settlement Hotel bersedia untuk meraikan kedatangan Ramadan dengan membawakan Bazar Buka Puasa kepada tetamu sepanjang bulan Mei dan Jun ini.


Membawakan konsep Ala-kampung dengan, Bazaar Buka puasa The Settlement Hotel membawakan pelbagai juadah antarabangsa dan tempatan yang ... ahemmm .. tersangatlah membuka selera. OK Jom .. kita check it out ..










Antara yang menarik menanti tetamu adalah Udang Masak Lemak Nyonya, Daging Kawah Utara, Daging Salai Masak Lemak Ciliapi dengan Mangga Muda, Lala Kam Yeong, Ayam Percik, Ikan Jelawat Tempoyak, Char Kuey Teow, Nyonya Asam Pedas, Ketupat dan Lemang, pelbagai jenis Kerabu, Ulam-ulaman dan bermacam jenis Sambal untuk melengkapkan lagi buka puasa kita.




Roti John Pak Isa dan Gerai Goreng-Goreng Bincang Petang pun ada . Sedap Roti John Pak Isa .. lain dari yang lain.




Selain dari itu, pengunjung boleh ke gerai Panggang Ala Settlement untuk hidangan ikan bakar, sate dan pelbagai lagi yang dibakar segar.



Gerai khas Sup Ujong Pasir dan Laksa Jonker Baba Nyonya pun ada .. pendek kata, semua hidangan terkenal dari Melaka negeri bersejarah ini ada di sini.





Dah sudah berbuka puasa, jangan lupa ke kaunter pencuci mulut dan nikmati kuih muih tradisional dan moden seperti Sago Gula Melaka, Kuih Bingka, Bubur Jagung, Bubur Pulut Hitam dan pelbagai jenis kek-kek moden.




Bazaar Buka Puasa The Settlement Hotel akan bermula dari 3 Jun sehingga 23 Jun 2017 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam dengan Harga Buffet hanya RM68++/Dewasa/seorang dan RM40++/Kanak-Kanak/Seorang. Buat warga Melaka atau you all yang bercadang mahu ke Melaka di bulan Ramadan ini, Misz-ella cadangkan agar you all berbuka puasa di The Settlement Hotel ini. Harga sangat berpatutan, suasana berbuka puasa sangat meriah dan makanan pun tersangatlah sedap .. sampai Kuala Lumpur Misz-ella teringat-ingat. Jangan lupa dapatkan potongan 15% dengan menempah lebih awal. Telefon Tina di 012-3561448 atau 06-2921133 hari ini. Cepat-cepat jangan terlambat.


Misz-ella, Blogger Ben Ashaari dan pihak The Settlement Hotel Melaka

Misz-ella nak ucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak The Settlement Hotel Melaka kerana menjemput Misz-ella.blogspot.com untuk preview Bazaar Buka Puasa ini. Dari jauh saya datang .. so worth my long journey cos the food is super awesome!



Last but not least, I am so excited to share my discovery on The Settlement Hotel with you all, soon. You guys dont forget to check it out! And for the PR and management team of The Settlement Hotel, Thank you very much for your kind hospitality. I had a great time! 







0 comments: