Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

'Staycation' di Family Premier Suite di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur


Hello pembaca budiman ..

Cuti sekolah dah dekat. Mesti masing-masing sedang sibuk merancang percutian cuti sekolah hujung tahun bersama anak-anak, kan, Almaklumlah .. masa cuti sekolah akhir tahun ini sahajalah anak-anak dapat berenggang dari buku sekolah sementara menanti penggal persekolahan pertama bermula.




Buat mereka yang sedang merancang percutian di cuti sekolah nanti, Misz-ella cadangkan you all bercuti di sekitar Kuala Lumpur sahaja dengan menginap di Family Premier Suite, Sunway Putra, Hotel, Kuala Lumpur.

Kenapa Misz-ella cadangkan menginap di sini? Ini adalah kerana, staycation sangat popular dan sudah menjadi trend di kalangan warga Kuala Lumpur sekarang ini. Ramai mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari hiruk pikuk rumah sendiri dan memilih untuk menginap di Hotel bagi menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga. Dari Isnin hingga Jumaat menghadap rutin harian yang sama, maka hujung minggu mereka memilih 'breakaway' .. untuk release stress. Tak perlu fikir dapur, tak perlu fikir kemas rumah, hanya fokus pada masa bersama keluarga tersayang sahaja. Seronok, kan.

Kenapa pulak Misz-ella cadangkan Sunway Putra Hotel? Kerana selain dari lokasinya di tengah-tengah pusat bandar yang sangat strategik, Sunway Putra Hotel juga menepati ciri-ciri percutian yang lengkap buat sekeluarga. Segala-galanya ada disini. Jemput baca entry ini hingga ke titik akhir ye untuk dapatkan jawapannya ...




Selain dari Family Room, Sunway Putra Hotel juga ada "Famliy Premier Suite", Suite mewah buat keluarga seluas 114 sqm bagi mereka yang inginkan kediaman serba mewah semasa bercuti. Dengan keluasan 114 sqm,  Family Premier Suite ini sangat selesa dan buatkan kita rasa bagai berada di rumah sendiri sewaktu sedang bercuti. Anak-anak saudara Misz-ella masuk dalam Suite ni je terus cakap .. Wahhh Besarnyaaa .. ni bukan bilik hotel ni macam kat rumah ni!



Suite serba mewah lengkap dengan perabot dan hiasan dalaman berkonsepkan rumah 'Inggeris' ..  sedap mata memandang, bahagia kita sekeluarga berada di dalamnya.



Amboiii .. Boss kecik Misz-ella si Aiman Yusuf bukan main ... berehat sekejap sementara nak pergi kerja sambil tak sedar mama dia ambil gambar dia




Family Premier Suite ini ada dua bilik. Bilik pertama sangat luas dan selesa lengkap semua kemudahan yang kita inginkan dalam bilik tidur kita termasuklah televisyen bersaiz 42 inchi dan hiasan dalaman bertema Inggeris yang sangat cantik!


Misz-ella pun apa lagi .. berfotoan lah. Setiap inci dan sudut Family Premier Suite ini dihias dengan teliti .. wallpaper, carpet, sofa dan perabot berkonsep Inggeris dan berwarna 'cool pastel' sangat cool lah!

Berhadapan dengan bilik tidur utama adalah bilik air  yang sangat cantik, luas, bersih .. 

Siap ada bathtub untuk sesiapa yang suka berendam .



Bilik ke dua lebih kecil tapi tetap selesa ..



Dan boleh memuatkan satu lagi katil bujang .. selesa sangat!


Attached dengan bilik mandi yang lebih kecil tapi tetap selesa .. 


Family Premier Suite di sini ada private balcony ~ maka kitorang pun melepak di luar menghayati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Nun sayup di bawah sana adalah bandar Kuala Lumpur lama .. bangunan-bangunan rendah yang dibina puluhan tahun yang lalu manakala pandangan hadapan mata pula adalah 'the new KL' bangunan tinggi pencakar langit yang melambangkan kemodenan bandaraya Kuala Lumpur  .. pandang jauh ke bawah lagi .. balcony ini menghadap kolam renang buat mereka yang mahu habiskan masa dengan bermandi manda semasa percutian di sini. Ini memang tempat kesukaan anak-anak buah Misz-ella.


Dah checked in dah tengok macamana Suite hujung minggu kita, kami beramai-ramai ke Sunway Putra Mall .. tak jauh, sebelah Sunway Putra Hotel je. Sunway Putra Mall adalah Kompleks membeli belah di dalam bandar yang mempunyai rangkaian kedai-kedai berjenama tempatan dan antarabangsa seperti H&M, MANGO, UNIQLO, Second Cup, Parenthood dan banyak lagi.


Kedai makan pun banyak. Misz-ella bawak anak-anak makan tenghari di sini.. dan lepas makan, kita jalan-jalan. Macam-macam ada di Sunway Putra Mall .. sesuai untuk percutian seisi keluarga ..


Dah penat, kami pun balik dan melepak lagi di balcony .. menghayati pemandangan malam Kuala Lumpur yang bermandi cahaya dari balcony Family Premier Suite kami .. cantik lah!



Bangun pagi rasa segar .. malas sangat nak tinggalkan tilam empuk. Kena paksa sorang-sorang bangun untuk sarapan pagi ..


Seperti biasa, sarapan pagi di Coffee House di sini tak pernah mengecewakan .. banyak pilihan .. rambang mata kita nak makan semua ..


And tadaaaa .. anak-anak yang susah nak bukak mata tapi dipaksa senyum oleh Mama dan Mama Ella nya .. *hehehe*


Lepas sarapan, kita bersiap-siap. Ehemmm .. nak ke mana tu?


OK .. dah sampai. Kami pergi jalan-jalan di Suria KLCC menaiki Shuttle Bus yang disediakan. This shutlle service is free for hotel guests. Yeayy .. tak perlu stress fikir mana nak parking kereta di Suria KLCC yang sentiasa penuh dengan manusia tu .. but remember to book your seat earlier ..




Hellooo ... kita dah di KLCC. Selepas berjam-jam di Suria KLCC, kami pulang ke Sunway Putra Hotel menaiki Shuttle Bus yang sama. Jangan lupa book Shuttle Bus awal-awal tau .. be clear on the Shuttle Bus arrival and departure time and depart the bus on time .. enjoy the journey. Driver bas sangat berhemah, memandu dengan sopan santun bagi memastikan keselamatan semua. Thank You Abang Driver!



Malamnya kami makan malam di Gen Japanese Restaurant ~ Masing-masing dah penat, malas nak keluar maka mari kita makan malam di sini sahaja. Lagipun anak-anak buah Misz-ella sangat minat makanan Jepun ..




Makan malam secara Buffet ~ Buffet spreadnya sangat luas dan banyak pilihan .. semuanya bercitarasa Jepun dari Nasi Goreng hinggalah ke pencuci mulut. Rambang mata melihatnya .. semua kami nak!








Auwww .. tergoda *baru tengok dah tergoda .. *

Jalan-jalan .. pusing-pusing meronda lagi. Seronok tengok anak-anak gembira dan teruja dengan pilihan makanan yang ada.





Dan Tadaaaaa ... meriah betul meja kami, kan. Sampai hari ini, masih teringat-ingat akan keenakan Sushi-sushi di Gen Japanese Restaurant ini ~ dibuat segar untuk pelanggan-pelanggan dan mempunyai rasa yang lain dari yang lain. Tiba-tiba rasa nak 'repeat'



Sambil makan, sambil menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam. We made a right decision when we decided to dine at Gen Japanese Resturant . Betul lah apa yang dikatakan oleh Chef Mawardie .. People came to Gens for two reasons - delicious food and beautiful scenery.

Sambil makan, sambil tengok pemandangan cantik .. best kan! 



Misz-ella sempat berjumpa dengan Chef Mawardie yang berpengalaman selama 13 tahun dalam menyediakan makanan Jepun. Chef muda berbakat besar yang baru berusia 34 tahun ini berkongsi rahsia keenakan makanan di sini ~ Kami sediakan makanan disini mengikut citarasa tempatan tanpa menjejaskan identiti makanan Jepun itu sendiri. Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini semuanya sukakan kesedapan nya dan pasti datang lagi. Well .. that is so true! Sebab kami pun rasa nak datang lagi ke Gen!


Lepas makan malam, anak-anak kecil semua naik ke bilik dan tidur. Manakala Misz-ella, Aiman dan Amir pergi melayan 'live music' di Cherootz Bar ..





Cherootz Bar adalah tempat buat mereka yang mahu meluangkan masa mendengar 'live band' sambil bersantai. Tak seperti bar-bar di tempat lain, Cherootz Bar is very relaxing, tidak bingit, suasana tidak sesak malah sangat privacy


Performance dia orang sangat best ~ Kalau nak dengar lagu-lagu zaman 70an, 80an dan 90an .. disini lah tempatnya! Oldies for goodies .. We had a good time with the songs from Whitney Houston, Patty Smith dan ramai lagi.

Maka berakhirlah hari ke dua kami di Sunway Putra Hotel ~ Bangun pagi sarapan pagi, ke Suria KLCC menaiki Shuttle Bus, makan malam di Restoran Gen dan bersantai di Cherootz Bar .. Best! Best!




Hari ke 3 - Lepas Sarapan pagi, ada yang ke swimming pool, ada yang ke Gym. Tak susah pun nak kawal dan perhatikan anak-anak kerana lokasi swimming pool betul-betul berhadapan dengan Gym. Sambil layan gym sambil tengok anak-anak buah mandi kolam. Lega i boleh bersenam dengan aman damai.


Menarik lah tempat ni .. so green ... I LIKE!

Dah puasa mandi-manda, kami pun Check-out pada pukul 12.30 tengahari. 3H/2M di Sunway Putra Hotel memang best ~ lokasi yang strategik, segala kemudahan  ada disini dan banyak aktiviti untuk sekeluarga boleh dilakukan disini -  makan, minum, membeli belah, bersantai .. memang berbaloi habiskan cuti sekolah sekeluarga di sini.



Tapi selepas Check out kami tak terus balik sebab setiap tempahan bilik kategori Family di Sunway Putra Hotel juga lengkap dengan tiket menonton wayang di TGV Cinema untuk 4 orang ~ budak-budak pun apa lagi .. memandangkan panggung wayang hanya di sebelah Hotel, jom kita teruskan aktiviti kita disini ..

Best, kan Bercuti atau Staycation di Sunway Putra Hotel ~ 3H/2M rasa sekejap je .. tau-tau dah kena balik.

Untuk semua yang sedang merancang percutian atau Staycation hujung minggu, Misz-ella cadangkan you all ke Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Disamping bilik penginapan yang luas, lokasi yang strategik, macam-macam aktiviti kekeluargaan boleh dilakukan bersama di sini. Baik buat anak kecil mahupun anak remaja ataupun yang dah tak remaja macam Aiman .. semua boleh enjoy! Mak ayah pulak bila anak-anak enjoy, kita lagi lah suka, kan.

Untuk keterangan lanjut tentang harga bilik serta promosi terkini, jangan lupa layari laman web Sunway Hotel

Dan kalau rajin, sila baca entry lama Misz-ella tentang My Club Suite Stay di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur di sini






0 comments: