Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Tiba-Tiba Rindu


Tiba-tiba rindu. Bukan satu rindu tetapi seribu satu perasaan rindu. Timbulnya rindu itu kerana kenangan yang pernah kita cipta bersama dan kekal di dalam kotak memori kita sampai bila-bila.

Kotak memori tak ada butang 'delete' atau 'backspace'. Masa Allah SWT cipta manusia, dia tidak bekalkan kita dengan butang 'delete' atau 'backspace' .. kerana setiap kejadian itu datang dengan kebaikan dan keburukannya yang tersendiri .. datang dengan pelajaran yang tinggi nilainya.




Rindu Lantai Tari .. Misz-ella suka 'Fitness Dance' .. seawal umur 20an dah mula ber aerobic, ber aerodance ..dah mula berkongsi tentang gaya hidup sihat di blog Dari Jari-Jari Halusku ini mengajak kaum Hawa sama-sama bersenam menjaga kesihatan diri bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk kesayangan kita. Kalau nak jadi mak yang baik untuk anak-anak, nak jadi isteri yang sentiasa menyokong suami dari belakang, nak jadi pekerja yang cemerlang kepada majikan, nak jadi kawan yang sentiasa susah senang bersama .. kita kenalah sihat dulu kan. Kesihatan yang baik juga adalah rezeki pemberian Allah SWT kepada kita .. maka sewajarnya kita jaga. Bila cerita tentang lantai tari, teringat kenangan masa mula-mula join kelas menari dulu .. walau penat kerja, walau bergegas sibuk ke sana sini mengurus rumahtangga, cukup masa mesti Misz-ella ke lantai tari. You all semua, rajin-rajin lah jenguk blog Misz-ella ini untuk cari entry-entry lama tentang senaman ye. Ishhh .. rindu lah!


Rindu nak ke India terutamanya Agra dan Kashmir (tapi ini di Jaipur). India mungkin bukan destinasi percutian yang dekat di hati orang lain tapi istimewa di hati Misz-ella. Teringat akan betapa sebaknya hati bila kali pertama melihat Taj Mahal di depan mata .. bergenang airmata Misz-ella tau. Taj Mahal bukan sekadar sebuah istana lambang cinta Shah Jahan kepada Mumtaz, tetapi juga merupakan tempat ibadat para ulama satu ketika dahulu. Surah-surah Al-Quran sering berkumandang di persekitaran Taj Mahal. Tempat-tempat seperti ini ada aura dan 'roh' nya yang tersendiri sebab tu lah sangat dekat di jiwa Misz-ella. I kan sentimental dan kaya dengan jiwa .. hehe. 




Rindu Kashmir. Sesekali terkenang akan budi bahasa dan layanan baik masyarakat Kashmiri semasa di sana. Terkenang akan aura bumi Kashmir yang penduduknya 95% beragama Islam. Ungkapan Assalamualaikum sentiasa dibibir mereka kerana pada mereka, kita adalah bersaudara. Walau ada masanya mereka ragu-ragu nak mengucap Salam pada Misz-ella (sebab saya nampak lain sangat, kan .. Hehe), mereka  tetap tak kedekut dengan senyuman. Banyak entry Misz-ella kongsi tentang Kashmir dan menariknya entry-entry tersebut menjadi rujukan rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk berkunjung ke Kashmir. Misz-ella terharu bila Asma, isteri Arwah Fahad (Tour Agent Misz-ella semasa di Kashmir) beritahu yang entry-entry tulisan saya membantu beliau meneruskan kehidupan selepas suami beliau meninggal kerana dia dapat banyak tempahan hasil dari tulisan Misz-ella. Syukur Alhamdulillah. Saya hanya berkongsi perasaan dan pengalaman saya seikhlasnya dan bersyukur atas ukhuwah yang berpanjangan. Semoga Asma, Esa, Baba dan sahabat-sahabat Misz-ella di Kahsmir sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah SWT. Amin. Ada masa kita jumpa lagi ye.


Rindu kawan-kawan lama. 17 tahun Misz-ella bekerja di bawah satu bumbung dengan mereka .. mana mungkin Misz-ella akan lupakan mereka. Selama 17 tahun, Misz-ella tak pernah bertukar jabatan .. tetap kerja di bawah Boss yang sama. Terima Kasih kepada kedua-dua boss saya N..... bin Tan Sri Ahmad Noordin (nama sebenar dirahsiakan) dan R.... bin I ... kerana banyak mendidik saya menjadi lebih berdisiplin. Teringat saat diberi tugas berat .. menangis stress sorang-sorang sebab susah dan mencabar tapi berkat didikan dan tunjuk ajar Boss itu lah yang membentuk diri saya hari ini. Hard work do pays off

Dan buat kawan-kawan Terima Kasih kerana menerima saya seadanya. Misz-ella waktu kerja serius, garang .. sabar betul assistant saya, Rosnah melayan karenah saya. Diluar waktu kerja karakter terus berubah .. boleh gelak gila-gila, boleh layan lawak bodoh. By the end, its all about balancing our life, kan.


Rindu kawan-kawan fitness .. makan bersama, menari bersama, berlari bersama .. sampai ke Penang kita tahun lepas, kan. Sejak arwah adik Misz-ella meninggal tahun lepas dan sejak kawan baik Misz-ella, Evelyn meninggal kerana koma selepas tragedi 'hit & run' di Klang Inter City Marathon, semangat untuk berlari hilang entah ke mana .. berlari di threadmill pun Misz-ella tak boleh *sobs*

Rindu saudara mara sebelah Arwah Abah. Lama tak balik Kelantan .. lama tak borak-borak dengan Ayah Ngah, Mama Su, Ma Jah, sepupu-sepupu .. rindu! Dari sehari ke sehari plan nak ke rumah Dato' Husamuddin (my uncle) nak ziarah auntie dan sepupu yang baru bersalin .. sampai sekarang tak lepas-lepas. Hidup kita ni tak habis-habis dengan urusan duniawi, kan .. This is reality of life!


Rindu nak berjalan di taman-taman cantik di London. Alahai .. entah bila kita akan 'repeat' lagi ..

Rindu nak masuk hutan. Hutan beri ketenangan tersendiri yang tak terucap dengan kata-kata. Rindu pada bunyi-bunyi alam .. daun-daun hijau .. udara segar. Ye saya anak bandar lahir di kota Kuala Lumpur tapi jiwa saya sangat halus. Tak kisah lah kalau orang label saya 'very conservatif' or 'kampung' sangat .. yang penting 'i am very natural dan sangat semulajadi'

Rindu nak bersenam. Sejak kebelakangan ini jadual Misz-ella tersangat lah padat. I miss my Gym Session. Moga Allah beri saya kelapangan masa di masa yang akan datang maka dapat lah saya ber senam seperti dulu. Rindu lah!

Rindu nak duduk sorang-sorang tepi kolam. Rindu jugak nak duduk sorang-sorang tepi laut .. dengar bunyi ombak menghempas pantai sambil tubuh ditiup bayu lembut .. rindu nya saat-saat seperti itu.

Rindu nak keluar dengan kawan-kawan yang baik .. sekarang ni kalau keluar pun kerana kerja. Habis kerja .. terus balik. Tak da masa nak bersantai-santai. Life!


Rindu kat kawan saya Puan Sri Nisa Bakri. Allah beri rezeki dengan berbagai cara dan kawan yang baik adalah salah satu dari nya. Puan Sri Nisa suka masak lepas tu jamu kawan-kawan rapat makan. Food connect people. Lama nya kita tak jumpa, kan.

Rindu 'get-together' dengan group Sisters ni. Puan Sri Dato Zainab penuh dengan kata-kata nasihat, dia 'cool', sangat positif, sangat keibuan .. bagai pulang ke pangkuan mak sendiri bila dengan dia. Baru-baru ni Puan Sri Dato Zainab dan Tan Sri Ibrahim Saad menjemput Misz-ella ke Hulu Langat untuk Trip 2H/1M di kediaman mereka di sana. Misz-ella tak dapat pergi. Sedih! Rindu kat Balqis, Fida, Yaz dan Julie. Rindu koranglah!


Rindu Bukit Maxwell! Taiping best lah! Ada Resort tanah tinggi yang pertama di Malaysia iaitu Bukit Maxwell, ada taman awam yang pertama di Malaysia iaitu Taman Tasik Taiping. Ramai tak tau yang negeri Perak di zaman pemerintahan British satu ketika dahulu adalah pusat pentadbiran Tanah Melayu kerana industri perlombongan bijih timah yang menjadi sumber utama pendapatan negara. Keretapi pertama di Malaysia juga bermula di negeri Perak. Lift pertama di Malaysia juga di negeri Perak. Tak percaya? Rajin-rajin lah baca entry lama Misz-ella ye.

OK OK .. tak boleh cakap lagi sebab kena keluar pergi event padahal banyak lagi nak kongsi dengan you all sebenarnya. Akhir kata .. Rindu ke dua-dua mama saya. Lama tak makan masakan Mama. Lama tak balik Segamat. Rindu ke dua-dua Arwah Abah. Kedua-dua Abah saya adalah lelaki paling istimewa dalam hidup saya. Kakchik rindu Abah. Lepas Abah tak da, dah tak da orang teman kakchik minum kopi bila balik rumah mama. Mama pun dah tak beli kopi lagi sekarang ni. Lepas Abah tak da, dah tak da orang lagi ajar kakchik tentang enjin kereta dan sebagainya. Dan tak ada lagi bebelan Abah tentang cerita-cerita lama. Abah sentiasa di hati kakchik walau kita sudah berpisah dunia *sobs* 

Al-Fatihah buat kedua-dua Arwah Abah saya .. Ismail Bin Haji Hamzah dan Salam Bin Samad. Moga roh kedua-dua mereka berada di kalangan para syuhadah. Amin.


0 comments: