Hello pembaca kesayangan,
Selamat Minggu baru. Entry kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang kisah inspirasi kejayaan seorang wanita biasa-biasa yang menjadi Jutawan di usia 33. Dalam banyak-banyak kisah, Misz-ella paling suka mendengar dan membaca Kisah benar.
FROM ZERO TO HERO adalah kisah benar perjalanan hidup Miskiyah Mijan meniti kejayaan dalam bidang yang diceburinya dari tiada apa-apa hingga lah menjadi Jutawan pada usia 33 tahun berbekalkan keazaman, yakin serta percaya pada diri sendiri, kegigihan dan percaya pada kasih sayang Allah SWT.
Buku FROM ZERO TO HERO ini diberi kepada Misz-ella oleh Cik Miskiyah sendiri dan sebaik sahaja ia di tangan Misz-ella, 100% tumpuan Misz-ella berikan pada buku ini dan Misz-ella berjaya habis membacanya hanya dalam beberapa jam sahaja.
Kisah hidup Miskiyah diceritakan di dalam buku setebal 155 mukasurat yang ditulis di dalam bahasa Melayu ini bermula dari saat beliau dilahirkan, diberi nama tujuh (7) hari kemudian, diberi kepada ibu angkat yang juga adalah ibu tiri beliau sendiri, perjalanan hidup beliau semasa kecil dimana Miskiyah menjadi penggembala lembu, menjadi pembantu Bomoh dan macam-macam lagi yang beliau lalui dikongsi di dalam buku ini. Asyik sungguh Misz-ella membaca sehingga terpaku dan tertanya-tanya .. Adakah benar-benar wujud watak seperti di dalam buku ini di dunia nyata tapi itulah kenyataannya kerana Miskiyah, yang menjadi subjek utama buku ini adalah kawan Misz-ella sendiri.
Berbaur perasaan saat membaca buku ini dan terus Miskiyah yang manis terbayang di minda Misz-ella. Sedari kecil telah berperang emosi untuk menjaga hati ibu kandung sendiri atau mak tiri beliau yang menjaga beliau seperti anak kandung sendiri. Sedari kecil telah bekerja kuat membantu keluarga terutama nya Bapak yang mempunyai berpuluh-puluh ekor lembu dan juga seorang Bomoh. Tak cukup dengan itu Miskiyah juga adalah anak yang patuh dan taat pada arahan Bapak yang sangat tegas dan berdisiplin orangnya dalam mendidik anak-anak. Miskiyah juga adalah anak yang baik dan taat kepada empat orang emak.
Walau dihimpit pelbagai tekanan emosi dan fizikal, Miskiyah tetap bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tapi mengenangkan ketegasan dan betapa garangnya Bapak .. Miskiyah pendam kan hasrat beliau sampai lah satu ketika dimana beliau mengambil keputusan tekad untuk mencapai impian beliau tanpa pengetahuan Bapak.
Miskiyah juga turut berkongsi kisah sekeping Karipap yang sehingga kini menjadi kuih paling banyak nostalgia dalam hidup beliau. Miskiyah juga turut menjadi seorang yang percaya kepada amalan perubatan tradisional Islam kerana Bapak dulu seorang Bomoh dan sedari kecil, beliau telah biasa membantu Bapak merawat pesakit.
Macam-macam kisah hidup yang beliau kongsikan di dalam buku ini. Ada masa Misz-ella tersenyum tetapi sebenarnya Misz-ella lebih banyak sebak dan menitis airmata .. terutama saat Miskiyah kehilangan Abang Adi dan Bapak buat selama-lamanya *sobs*
Saat Miskiyah bercerita bagaimana beliau diperangkap di bilik hotel dan berjaya melepaskan diri, Misz-ella terbayang adegan yang pernah Misz-ella saksikan di dalam filem .. tak sangka rupanya kejadian seperti itu pernah berlaku di kalangan orang yang Misz-ella kenali.
Bila Miskiyah kongsikan tentang betapa perit dan susahnya kehidupan beliau satu ketika dahulu sehingga beliau pernah tidak makan selama 3 hari dan hanya bergantung kepada air suam yang dibekalkan oleh Tuan penyewa bilik sahaja. Pada waktu itu, satu Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik (blackout), Miskiyah tidur di dalam kegelapan dan kelaparan.
Keadaan ini menyebabkan Miskiyah bertekad melakukan tiga jenis pekerjaan dalam satu masa. Setiap hari, dengan hanya berbekalkan doa Tahajud dan Dhuha, Miskiyah melangkah kaki mencari rezeki. Miskiyah ketepikan penat dan segala rasa demi sebuah kehidupan. Misz-ella menangis terharu dan kagum akan kegigihan Miskiyah saat membaca perkongsian ini.
Seterusnya bila Miskiyah kongsikan tentang cabaran beliau sebagai seorang ibu dalam mendidik anak, sekali lagi airmata Misz-ella gugur dengan sendiri, kerana Misz-ella juga seorang ibu dan sangat memahami situasi ini. Allah SWT bagi kita nikmat menjadi seorang ibu berserta dengan dugaan nya yang tersendiri. Bukan mudah dugaan untuk menjadi seorang ibu .. kerana selain dari ibu, kita juga adalah guru dan kita lah juga sahabat buat anak-anak kita. Dan kerana setiap seorang dari kita tak terlepas dari dugaan selama kita berkelana dan bernafas di bumi Allah SWT ini, maka dugaan itu harus kita hadapi dengan tabah, sabar dan redha. Hidup kita ini seperti rantai yang sentiasa berpaut sesama sendiri .. anak kita, harta kita dunia akhirat. Masalah anak kita, tetap masalah kita. Tetap kita jaga sebaiknya walau berat bagaimana sekalipun dugaannya *sobs*
Di dalam buku FROM ZERO TO HERO ini, Miskiyah turut berkongsi tentang tekanan kewangan yang beliau hadapi hingga beliau bertekad untuk menjadi seorang Ejen Insuran. Menurut Miskiyah, kerjaya ini beliau pilih kerana ianya tidak memerlukan wang, hanya memerlukan ilmu, keyakinan dan kerja kuat.
Walau tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan walau tiada 'natural market' kerana tiada saudara mara, kenalan dan keluarga) malah ada kawan-kawan yang menjauhkan diri sebaik tahu beliau adalah seorang Ejen Insuran, Miskiyah tidak berpaling lagi dan tetap berusaha. Cara yang Miskiyah gunakan adalah 'approach stranger' untuk dijadikan pelanggan beliau dan antara tempat yang beliau paling suka pergi adalah Hospital kerana beliau suka melihat pakaian berwarna putih yang dipakai jururawat dan doktor. Ini kerana dari kecil, Miskiyah tak berpeluang memakai baju berwarna putih. Nak tau kenapa? You all kena cari sendiri jawapannya di dalam buku ini.
Bermula dari pendapatan pertama beliau sebanyak RM229.16, Miskiyah tidak berpaling lagi malah terus melangkah jauh. Bayangkan, dengan cara ketuk-ketuk pintu rumah/pejabat orang sahaja, pendapatan Miskiyah terus meningkat hingga mencecah ke RM50,000.00 sebulan.
Walaubagaimanapun, Tsunami melanda hidup Miskiyah pada tahun 2008. Disaat itu, beliau sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat AMTC. Tahun yang sama jugalah terlerainya ikatan perkahwinan Miskiyah. Miskiyah sedih tetapi redha. Kedua-dua mereka berpisah dengan cara baik dan urusan penceraian mereka selesai di mahkamah dalam masa dua minggu sahaja. Walau bersedih dan tertekan, Miskiyah terus bangkit kerana Miskiyah perlu memberi sokongan terhadap anak sulung beliau, Shukery yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Tak cukup dengan itu, Miskiyah berdepan dengan karenah Hafiz dan Amier yang suka menghabiskan masa di Cyber Cafe kerana pengaruh rakan sebaya.
Dalam waktu yang sama, Miskiyah berdepan dengan cabaran menyelesaikan tuntutan insuran sebanyak RM1.2 juta orang pelanggan yang diserang strok. Sebagai seorang Ejen yang bertanggungjawab dan prihatin kepada pelanggannya, Miskiyah perlu mengikuti kes tuntutan itu dengan teliti bagi memastikan tuntutan pelanggannya diluluskan.
Tetapi, segala cabaran, jatuh bangun sebuah kehidupan, tekanan dan dugaan yang bertimpa-timpa itu lah merupakan titik tolak kepada kejayaan Miskiyah. Bila kita sabar, redha dan terus melangkah saat kita diduga, Allah SWT beri ganjaran yang manis-manis sahaja untuk kita dan itulah yang terjadi kepada Miskiyah. Beliau tidak menjadikan kegagalan perkahwinan beliau sebagai satu musibah, sebaliknya mengambil positif keadaan tersebut dan terus mengorak langkah jauh ke hadapan sehingga memperoleh pendapatan sebanyak RM1 Juta! Malah Miskiyah turut mencipta sejarah apabila tersenarai di dalam Malaysia Book of Record sebagai anak Melayu pertama mencapai Million Dollar Round Table (MDRT) dari syarikat insuran Great Eastern. Segala-galanya Miskiyah kongsikan di dalam buku FROM ZERO TO HERO ini.
Antara pencapaian peribadi Miskiyah sepanjang menjadi Ejen Insuran
Miskiyah hari ini dan Misz-ella
Kesimpulannya, buku FROM ZERO TO HERO sangat padat dengan pengajaran berharga berbanding harganya yang cuma RM45.00 sahaja. Banyak perkara-perkara positif yang boleh kita pelajari dari buku ini malah kejayaan Miskiyah meraih kejayaan dari bawah dan dengan sendiri sesungguhnya merupakan sebuah kisah yang sangat memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.
Kegagalan perkahwinan dan tekanan hidup bukanlah penghalang kita untuk berjaya. Miskiyah telah membuktikan bahawa asalkan kita yakin, percaya dan terus berusaha .. In Sha Allah kejayaan bakal menanti kita.
Buat mereka yang ingin dapatkan buku yang tinggi nilai nya ini, whatsapp no ini - 016 9149250. Misz-ella sarankan you all beli kerana kisah kejayaan Miskiyah ini sememangnya dapat kita jadikan panduan kepada kita semua dalam melayari badai kehidupan. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Selain untuk dijadikan koleksi peribadi, ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah kepada teman-teman mahupun anak-anak kita.
Buat Miskiyah, Terima Kasih kerana sudi berkongsi kisah kehidupan dengan kami semua. Semoga kita semua setabah dan secekal Miskiyah. So buat pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, jangan tunggu lagi, dapatkan senaskah buku ini di talian 016 9149250 atau kalau nak lebih mudah, klik link ini. Jangan lupa juga ikuti Miskiyah di laman Facebook beliau iaitu di sini.
OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua tentang buku FROM ZERO TO HERO ini. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca ye. Bye.
Kegagalan perkahwinan dan tekanan hidup bukanlah penghalang kita untuk berjaya. Miskiyah telah membuktikan bahawa asalkan kita yakin, percaya dan terus berusaha .. In Sha Allah kejayaan bakal menanti kita.
Buat mereka yang ingin dapatkan buku yang tinggi nilai nya ini, whatsapp no ini - 016 9149250. Misz-ella sarankan you all beli kerana kisah kejayaan Miskiyah ini sememangnya dapat kita jadikan panduan kepada kita semua dalam melayari badai kehidupan. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Selain untuk dijadikan koleksi peribadi, ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah kepada teman-teman mahupun anak-anak kita.
Buat Miskiyah, Terima Kasih kerana sudi berkongsi kisah kehidupan dengan kami semua. Semoga kita semua setabah dan secekal Miskiyah. So buat pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, jangan tunggu lagi, dapatkan senaskah buku ini di talian 016 9149250 atau kalau nak lebih mudah, klik link ini. Jangan lupa juga ikuti Miskiyah di laman Facebook beliau iaitu di sini.
OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua tentang buku FROM ZERO TO HERO ini. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca ye. Bye.
1 comments:
Good encouragement for youth to take a good value in Pn Miskiyah life journey.
Post a Comment