Hello pembaca kesayangan,
Imej dari website What Tasty Food
Hari ni Misz-ella nak bawak you all ke sebuah North India vegetarian restaurant di Bangsar, Kuala Lumpur bernama What Tasty Food. Ehemmm .. Misz-ella jarang makan vegetarian food so sesekali diajak makan vegetarian food .. wow .. teruja!
Restoran vegetarian What Tasty Food lokasinya di No. 98, Lorong Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur. Bangsar sebenarnya adalah antara tempat yang Misz-ella tak suka pergi kerana sentiasa sesak dan selalu ada masalah parking. Susah nak cari parking di Bangsar tetapi kerana lokasi restoran sedap ini terletak di Bangsar, maka dengan lapang hati, Misz-ella gagahkan juga ..
Appetizer (Pembuka selera) adalah Puree comel yang sedap yang teramat sangat. Misz-ella pertama kali rasa dua jenis Puree ni. Satu jenis yang rangup dan satu lagi telah disumbat dengan macam-macam sehingga menjadikan rasanya teramatlah sedap.
Untuk Puree yang rangup tu pulak, kita ketuk-ketuk tengah dia dengan sudu, masukkan inti tu dan curahkan dua jenis sos tu ..
Siap sedia untuk dimakan ..
Manakala main dishes kitorang pula adalah Nasi putih yang dimasak dengan jintan (Ya Allah .. sedapnya ..), Puree (yang jenis ni Misz-ella biasa makan), Keju yang dimasak dengan rempah (paling kiri), kuah kari (dua dari kiri) dan sayur campur juga dimasak dengan rempah (dua dari kanan). Rasa? Sampai hari ini Misz-ella teringat-ingat terutama Nasi tu .. punya lah sedap sehingga boleh dimakan begitu sahaja .. terbabas diet ku kerana mu, wahai Nasi ..
Sebelum makan .. harus 'posing' dulu kata Cik Fieda ..
Tiga orang sahabat (Misz-ella, Fieda dan Datin Sofea) yang enjoy makan vegetarian food di What Tasty Food ..
Dan Misz-ella nak ucapkan Terima Kasih tak terhingga kepada Datin Sofea kerana membawa kami berdua ke restoran yang sedap ini. TQVM Pretty Datin! The food were so delicious .. can't wait for more (next is your cooking, ya) .. hehe.

So readers, if you are looking for a North Indian Restaurant which serve delicious vegetarian food, try What Tasty Food Restaurant at Bangsar, Kuala Lumpur. The food are delicious and yummy!
0 comments:
Post a Comment