Hello pembaca kesayangan,
Grill Chicken with Lemon Herbs Sauce
Al-kisahnya puasa - Satu hari di bulan Ramadan 2018, Misz-ella tak keluar rumah untuk berbuka .. maka Grill Chicken with Lemon Herbs Sauce sahaja lah untuk hidangan berbuka puasa. Resepi ciptaan sendiri, masak sendiri, makan pulak seorang diri .. senang hidup aku ni. Ada masanya beramai-ramai, ada kala berseorangan ... beramai tak apa .. berseorangan pun tetap bahagia. Tak pernah complaint pun because for me, as long as we know how to appreciate and value every moment and be grateful with life, there is nothing to complaint about .. Hidup ini indah. Tiap detik, tiap saat amat berharga .. tiap kejadian ada pengajarannya. Hidup kita tak ada yang kurang sebenarnya kalau kita tau bagaimana untuk bersyukur. Bersyukur ada ahli keluarga yang sentiasa menyayangi dan memberi sokongan, bersyukur ada kawan-kawan yang baik buat penghibur hati, bersyukur ada anak seperti Aiman meskipun hanya seorang, bersyukur untuk itu .. bersyukur untuk ini .. ber macam lagi lah.
Sunset from my balcony
Bersyukur jugak masih bernafas untuk melihat kejadian Allah SWT yang sungguh indah ini ~ sunset from my balcony. Cantik, kan.
Dan bila malam tiba, pemandangan cantik ini lah peneman tidur di malam hari. Percaya tak kalau Misz-ella katakan yang saya tidur tanpa perlu ON kipas atau aircond tapi berselimut? Sebab rumah saya sejuk sangat. Orang kata rumah yang sejuk diberkati Allah SWT dan para malaikat. Tak tau lah betul atau tidak tapi sebenarnya sebab kawasan perumahan Misz-ella ini dikelilingi oleh 2 ekar landskap yang terjaga rapi .. maka tidur malam hanya perlu buka tingkap. Jangan risau sebab rumah saya tak da nyamuk. Maka tidur malam Misz-ella bertemankan bayu lembut dan bunyi alam. Best tau tidur bertemankan bunyi cengkerik .. tenang rasa hati.
Al-kisahnya jugak, satu hari di bulan Ramadan ni, Misz-ella diserang 'gastrik pain' ... gara-gara malam sebelumnya saya makan pada jam 9:30 malam sebab terlalu sibuk dengan kerja. Buka puasa dengan Cafe Latte je awalnya. Hummm .. bila dah sakit baru teringat .. oh ye .. semalam aku lambat makan *padan la muka, kan*
Dan akhirnya nak kongsi tentang Crispy Choco Bar yang sedap ni. Ya Allah tak sangka sambutan sangat memberangsangkan .. rasanya sungguh sedap sampai ada yang dah ulang order walaupun Raya baru nampak bayangnya sahaja .. Kak Jue beli satu bawak balik rumah terus bukak waktu berbuka .. akhirnya terus order lagi 1 bekas untuk Hari Raya, kawan Aiman pun. Qis order 4, Fieda pun order 4 .. my cousin si Hanim ni memang handal bab-bab mencipta resepi .. memang sedap Crispy Choco Bar ciptaan dia. You all nak cuba? Hanya RM30 sebekas untuk kuih raya berkualiti tinggi ini. Kalau nak, whatsapp Misz-ella di 012-6013773 ye. Whatsapp je tau ..
0 comments:
Post a Comment