Hello pembaca kesayangan,
Dalam entry kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang makanan lagi. Well ... its Dim Sum! Misz-ella memang suka makan Dim Sum. Sebab apa tau .. sebab cara memakannya mudah. Cicah sos manis dan sos pedas ... done! Yummyyyy .. kan!
Ayamas Kitchen baru-baru ini telah
melancarkan 10 produk Dim Sum sejuk beku (Frozen) yang lazat untuk
memenuhi selera penggemar makanan tradisional Cina.
Ayamas Kitchen menawarkan 10 jenis Dim
Sum dimana lima jenis kini telah berada di pasaran iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam
& Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai, dan Pek Kombo Dim
Sum. Lain-lain termasuk Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau
Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam & Ikan, dan Dim Sum Udang.
“Produk Dim Sum (frozen) ini memberikan
kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak
berkesempatan untuk menyediakannya dengan cara konvensional. Selain hotel lima
bintang, tidak banyak restoran halal yang menghidangkan dim sum halal. Dim Sum
halal keluaran Ayamas Kitchen memudahkan mereka yang beragama Islam untuk
menikmati hidangan ini di rumah,” kata Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai
Eksekutif, QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Diperbuat daripada bahan-bahan
segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan
peralatan terkini supaya para pelanggan dapat memastikan ianya 100%
selamat untuk dinikmati dan disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam
Singapura (MUIS), antara badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM). Ianya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanaskan menggunakan microwave. Untuk rasa yang terbaik, lagi bagus kalau ianya dikukus secara tradisional, lepas tu makan bersama Sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life *Sedapnya!*
Lima daripada sepuluh jenis Dim Sum ini
kini boleh didapati di pasaraya Giant di seluruh negara iaitu Ayamas Kitchen Hakao
Udang (160g) yang dijual pada harga RM13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum
Ayam & Udang (160g) pada RM10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g)
pada RM11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada
RM11.99 sepaket, dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada RM12.79 sepaket.
So, pembaca-pembaca kesayangan kalau ke pasaraya Giant, jangan lupa cari Dim Sum (Frozen) jenama Ayamas Kitchen. HALAL dimakan tanpa was-was!
0 comments:
Post a Comment