Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Konsert Amal Diraja “REMEMBERING WHITNEY – THE GREATEST LOVE OF ALL” raih dana untuk BAKASA

Hello pembaca kesayangan,




Konsert Amal Diraja berjudul REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL akan diadakan pada 22 Mac ini bertempat di Istana Budaya bagi memperingati mendiang penyanyi terkenal, Whitney Houston.

Menurut Yang Dipertua Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA), Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah, "Konsert ini diadakan bagi meraih dana  bagi menampung kos keperluan BAKASA". Sasaran kutipan kami adalah sebanyak RM700,000 dimana 100% dari keuntungan konsert pada malam itu yang dianjurkan  oleh Milestone Production Sdn. Bhd., akan disalurkan kepada BAKASA.
Ini adalah salah satu inisiatif untuk memperluas aktiviti mendidik kanak-kanak pintar dan berbakat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan.
BAKASA yang ditubuhkan pada tahun 2004 adalah sebuah non-profit organisation yang didekasikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, keluarga dan masyarakat dengan tujuan untuk membantu membendung kemiskinan.
"BAKASA kini menguruskan Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (Ruktaa) dan Pusat Inovasi Tengku Ampuan Afzan (Cintaa) yang terletak di Raub, Pahang.
"Justeru, kami berharap konsert ini akan mendapat sambutan sekali gus membantu golongan yang memerlukan terutama kanak-kanak," ujarnya lagi.
Pada acara berkenaan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar bakal mencemar duli bagi menyerikan majlis.



Konsert antarabangsa yang didatangkan khas dari Las Vegas ini akan menampilkan Trina Johnson Finn yang bakal menyanyikan hampir 16 buah lagu yang dipopularkan oleh mendiang Whitney Houston antaranya adalah Greatest Love of All, I'm Every Woman, I Will Always Love You, I Wanna Dance With Somebody dan banyak lagi.

Menurut Grace Lee dari Milestone Production Sdn. Bhd., penjualan tiket konsert "REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL" yang akan berlangsung selama 2 malam iaitu pada 22 dan 23 Mac 2019 sedang rancak dijalankan dan mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai.  
Harga tiket bermula dari RM80 hingga RM480 boleh didapati di laman web, www.milestone-entertainment.com. Terdapat pakej istimewa untuk belian tiket secara berkumpulan yang dikenali sebagai "Package of 4".

Buat mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur bagi menyaksikan Konsert ini, Hotel Maya Kuala Lumpur menyediakan Tawaran Istimewa bersempena dengan Konsert "REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL" ini iaitu :-

Menginap di Studio Suite pada harga hanya RM307.40 nett sahaja lengkap dengan International Buffet Breakfast untuk 2 orang dan akses internet secara percuma dan terdapat SPECIAL COMPLIMENTARY double upgrade to Deluxe Suite. Tawaran ini sah untuk penginapan dari tarikh 20/3/2019 hingga 26/3/2019.

Untuk mendapatkan tawaran istimewa ini, tempah bilik anda di reservation@hotelmaya.com.my dan sertakan bukti pembelian tiket untuk pengesahan. Hubungi no telefon 03-2333 1310 (Reservation line) atau 03-2711 8866 (General line). Promosi ini sah sehingga 20/3/2019 sahaja *tertakluk kepada terma dan syarat Hotel Maya.

OK. Misz-ella dah habis berkongsi tentang Konsert Amal Diraja "REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL"  yang akan diadakan pada 22hb Mac 2019 ini dan sejujurnya Misz-ella menyokong usaha murni pihak BAKASA membela golongan yang kurang bernasib baik ini.
Buat pembaca-pembaca kesayangan blog Misz-ella.blogspot.com, jangan tunggu lama-lama, sila dapatkan tiket anda hari ini sebelum terlambat. Sambil berhibur dengan lagu-lagu evergreen sepanjang zaman, sambil turut beramal.

0 comments: