Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2022 di Zebra Square Kuala Lumpur

Hai pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Buffet Ramadan 2022 di Zebra Square, Kuala Lumpur. Zebra Square yang terletak di lokasi yang strategik buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Buffet ramadan 2022 bermula dari 7hb April 2022 bagi memeriahkan suasana Ramadan tahun ini setelah dua tahun menyepi gara-gara pandemik.

Tarikan utama buffet ramadan ini adalah kambing panggang  yang sememangnya menjadi idaman ramai di bulan puasa. 


Selain dari itu terdapat juga sate, ikan bakar yang merupakan juadah kegemaran rakyat Malaysia.

Pengunjung juga akan disaji dengan juadah-juadah kampung seperti Daging Gulai Utara, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu perut serta lempeng kelapa dan sambal bilis.




Di sudut pemanis mulut pula, pengunjung akan disajikan dengan kuih melayu yang sememangnya sangat sinonim di bulan puasa.









Ruang makan buffet ramadan di Zebra Square sangat selesa dan boleh memuatkan sehingga 400 orang sehari manakala kemudahan surau turut disediakan. Pengunjung tak perlu risau tentang 'parking' kerana terdapat hampir 250 petak parking di Zebra Square dan ianya adalah PERCUMA.




Buffet ramadan di Zebra Square ini hanya berharga RM125.00 sahaja. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 017-5707039 dan 017-2516315 atau email info@modernndynamicgroup.com dan jangan lupa ikuti Instagram Zebra Square Kuala Lumpur di https://www.instagram.com/zebrasquarekl/


1 comments:

JiwaSihat said...

Sedap-sedap menunya.