Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Restoran Sri Belanga Exclusive sediakan masakan Johor

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang restoran Sri Belanga Exclusive yang lokasinya di Publika, Kuala Lumpur. Restoran Sri Belanga Exclusive menyediakan juadah dari negeri Johor. Meskipun restoran Sri Belanga Exclusive di Publika baru di buka beberapa bulan yang lalu tetapi restoran Sri Belanga Exclusive ini telah mula beroperasi dari tahun 1996 lagi di lokasi-lokasi yang lain.



Suasana di luar restoran Sri Belanga Exclusive - santai, selesa dan sangat menenangkan.


Sebaik kaki melangkah ke dalam .. wow! Misz-ella suka dengan susunatur perabot dan hiasan dalaman di dalam restoran ni. Kemas, bersih, siling tinggi dan cahaya lampu sangat terang .. sangat menenangkan perasaan, ditambah lagi dengan pilihan perabot mewah tetapi tidak sarat mewujudkan suasana selesa di restoran Sri Belanga Exclusive ini.



Di satu sudut ada ruang santai dimana terdapat sofa empuk. Sangat sesuai buat mereka yang mahu berehat mahupun berfotoan bersama rakan-rakan dan kesayangan selepas menjamu selera.

Rakan makan-makan di Sri Belanga Exclusive ~ Kak Yun dan Della. Merata kami pergi makan sama2. Makan sedap, tummy happy .. kami pun happy 


OK .. jom tengok apa yang kami makan di Sri Belanga Exclusive  ..



Laksa Johor
Mee Bandung Johor pilihan Misz-ella ~ mee bandung ni sedap sangat, ada udang, sotong .. secukup rasa! 


Set asam pedas ikan pari



Della dengan Laksa Johor nya. Sesuap demi sesuap .. licin dia makan semuanya sampai lupa nak pelawa Misz-ella. Sedap sangat Laksa Johor ni, kata si Della



Kak Yun order set asam pedas ikan pari. Set ni memang sangat berbaloi sebab ia datang dengan sayur goreng dan telur dadar. Asam pedas tu sedap dan very big portion, tengok la ikan dia .. banyak, kan. Sedikit pedas dan terasa asam garam nya .. Perfect!

Kami ambil dessert pisang goreng cicah kicap cili padi. Well .. ini baru betul2 Johor ... Cicah kicap baru ngam!


Lepas tu kita jugak cuba Nasi Bariyani Kambing (sedap you alls!), Cucur udang dan Mee rebus. Mee rebus tu secukup rasa .. manis semulajadi tak rasa manis gula pun dan nasi beriyani tu .. sungguh enak walau dimakan begitu sahaja. Kopi Muar 434 yang sangat sinonim dengan Johor pun ada.





Terima Kasih Datin Sri Ezzan yang juga kawan Misz-ella atas layanan mesra yang diberikan. Datin Sri Ezzan memang sangat friendly. Tahniah Sri Belanga Exclusive kerana menyediakan juadah dari negeri Johor buat penduduk-penduduk di Kuala Lumpur. Rasanya sangat asli .. very authentic! Buat semua pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku, jom kita sama-sama rasai keenakan masakan Johor di restoran Sri Belanga Exclusive. Lokasi restoran di Blok A, Publika (sebaris dengan Thai Tuk Tuk dan bersebelahan dengan restoran Nasi Ayam).


Jangan lupa ikuti Instagram Sri Belanga Exclusive di https://www.instagram.com/sribelangaexclusive/


0 comments: