Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Khairuddin mahu kekal 'brutal' demi pembangunan Paya Jaras, Sg Buloh

Pilihanraya bagi enam (6) negeri di Malaysia bakal berlangsung pada 12 Ogos 2023, maka rakyat pun bakal keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab untuk mengundi termasuklah Misz ella sendiri.

Bakal mengundi di Sg Buloh, sebuah daerah dalam negeri Selangor yang lokasinya di pinggir bandar Kuala Lumpur. Sg Buloh yang damai dan indah, tenang, tiada pembangunan melampau tetapi tidak terpinggir oleh arus pemodenan. Selama 22 tahun menetap di Sg Buloh, yang ada hanya rasa bahagia. Pernah Misz-ella berhijrah, keluar sekejap dari Sg Buloh tapi tak lama. 

Sg Buloh ku tercinta, sampai kadang Misz-ella terlupa yang saya lahir di Kuala Lumpur. Di Sg Buloh ini Misz-ella mulakan kehidupan bekeluarga, berkerjaya, memulakan karier sebagai blogger hingga menubuhkan syarikat sendiri. Pelbagai perubahan di Sg Buloh telah Misz-ella saksikan.  Dari jalan persekutuan FR 54 yang sempit sehingga ia dinaiktaraf, dari Saujana Utama yang kurang penghuni sehingga ia meriah dikelilingi oleh taman-taman kejiranan lain yang berdekatan, dari tiadanya restoran McDonalds sehingga kini di Sg Buloh telah ada 3 restoran McDonalds, dari hanya Klinik Kesihatan Sg buloh hingga kini ada Hospital Sg Buloh, Putra Medical Centre, Hospital UiTM Sg Buloh dan kini ada Hospital UiTM Puncak Alam (berjiran dengan Sg Buloh) Sejujurnya saya sangat bangga melihat pembangunan dan kemajuan di Sg Buloh.



Baru-baru ini Misz-ella berpeluang berbual dengan Mohd Khairuddin Othman, calon pilihanraya dewan undangan negeri bagi kawasan N38, Paya Jaras, Sg Buloh.



Nama Mohd Khairuddin Othman bukanlah asing buat penduduk Sg Buloh malah dalam keluarga Misz-ella sendiri. Almaklumlah, mama, kakak dan abang Misz-ella juga adalah warga tetap Sg Buloh. Mama sememangnya adalah penyokong tegar Khairuddin, rajin dia turun padang menyertai majlis yang dihadiri Khairuddin berbanding dengan kami semua. Balik dari majlis bertemu Khairudddin, hati terdetik "Beliau ada karisma tersendiri, ada wawasan dan ada arah tujuan dalam memperjuangkan hal-hal berkaitan di Sg Buloh"


Menurut Khairuddin, perjuangan sebagai wakil dewan undangan bukanlah mudah. Perlu ada sensitivity, humanity, emphathy, sympathy malah 'brutality' bagi memastikan suara penduduk Sg Buloh di dengar. Will power is very important. Kalau kita tak da 'brutality', tak kuat semangat dalam perjuangan, bagaimana suara Sg Buloh ini didengari .. kata Khairuddin.

Khairuddin mula terlibat dalam kerja-kerja kebajikan sejak bergelar peguam dimana beliau melibatkan diri dalam kerja-kerja pro bono, mewakili golongan kurang berkemampuan yang memerlukan khidmat guaman secara percuma.




Dari situ terbit rasa mahu memberi dengan lebih lagi maka medan politik adalah platform terbaik. Sepanjang 15 tahun di Sg Buloh (mula bertanding di Sg buloh pada tahun 2008), Khairuddin sangat dekat dengan masyrakat dan telah melalui banyak moment menyentuh hati yang bukan sahaja meninggalkan kenangan indah di kalangan penduduk malah beliau sendiri.

Mengulas tentang perbezaan membela nasib rakyat sebagai peguam dan ahli politik "hak bergaduh dan marah dah tak da kerana sekarang rakyat yang akan marah kita. Bukan itu sahaja, hak bersama keluarga pun dah hilang. Keluarga hanya memiliki jiwa sahaja, badan kita adalah milik rakyat'.

Dari kaca mata Misz-ella sendiri, Sg Buloh tiada masalah besar. Kalau kita sebut soal traffik jem, traffik di Sg Buloh hanya teruk pada waktu puncak. Bukan kerana jalan berlubang atau tidak dilebarkan tetapi kerana kepadatan kapasiti penduduk itu sendiri (ramai yang suka menetap di Sg Buloh, kan). Masalah paling besar pun adalah banjir kilat yang berlaku sekiranya dilanda hujan lebat tanpa henti. Ini disebabkan oleh sistem perparitan disini yang dibina dari zaman British dimana ia tidak mampu menangani masalah limpahan air ketika banjir.

Walaupun begitu, beberapa usaha telah dijalankan seperti mendalamkan Sg Kedondong dan akan disusuli dengan kerja melebar dan mendalamkan Sg Buloh secara sistematik. Kerja-kerja meninggikan tebing Sg Subang dan pelbagai usaha pembaikan dan menaiktaraf juga sedang giat dijalankan.

“Saya juga tidak bercita-cita besar dalam politik. Saya tidak mahu merebut jawatan. Saya hanya mahu terus kekal berkhidmat di Sg Buloh ini. Selagi masalah-masalah di Sg Buloh belum dapat diatasi sepenuhnya, selagi ada orang susah yang masih perlu dibantu, selagi itulah saya masih mahu memberi khidmat disini”



Bakal menentang calon Pas, Professor Datuk Ab. Halim Tamuri dan calon Bebas, Nurhaslinda Basri pada PRN 2023 ini, Khairuddin tidak akan mensia-siakan harapan yang diletakkan ke atas beliau sekiranya mendapat kepercayaan penduduk Sg buloh sekali lagi.



Selamat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi buat warga Sg. Buloh. Semoga Sg Buloh terus kekal tenang, damai disebalik arus pemodenan yang tidak melampau. Semoga Khairuddin Othman dapat terus "KEKAL BERKEBAJIKAN"  di Sg Buloh yang indah ini. Jangan lupa undi calon N.38 Khairuddin Othman, k.

0 comments: