Hello pembaca-pembaca budiman,
‘The Best of You’ yang telah diadakan sejak dari 2014 adalah pergerakan sosial yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat agar menghargai pengalaman dan insan yang telah berusaha gigih menerapkan nilai-nilai terbaik yang ada di dalam diri mereka.
The Best of You 2016 bertemakan ‘People First’ iaitu mendahulukan insan menerusi penyertaan
tujuh personaliti utama dari Malaysia dan Singapura. Kisah-kisah mereka mampu
menggalakkan rakyat Malaysia untuk berfikiran positif dan mengubah pemikiran
stereotaip di kalangan pelbagai lapisan masyarakat kita.
Program ‘The Best of
You’ ini diharapkan dapat menerap budaya penghargaan terhadap usaha murni orang
lain serta diri sendiri. “Dari sering membuat tanggapan buruk dan berfikiran
stereotaip, lebih bermanfaat jika kita dapat berfikir dari aspek yang baik
dan membentuk masyarakat yang saling menghargai,”kata Encik Sai Tzy Hong,
konsultan pergerakan’ The Best of You’.
Dalam usaha kita
menyesuaikan diri dengan perubahan pantas pembangunan negara yang penuh
cabaran, program 'People First' adalah merupakan satu usaha penting dalam
membentuk masyarakat majmuk yang harmoni.
Beberapa kisah inspirasi turut dikongsikan. Jom kita baca ..
“Saya adalah anak
jalanan dari Buku Jalanan Chow Kit. Inilah ayat yang saya inginkan kanak-kanak
saya dengan bangganya memberitahu semua orang,” jelas Siti Rahayu, pengasas
bersama Buku Jalanan Chow Kit, pertubuhan bukan kerajaan yang memberi
pendidikan kepada kanak-kanak jalanan. Sepanjang usahanya, Siti mendapati adanya
harapan, keyakinan dan semangat di kalangan kanak-kanak ini. Setiap Ahad, dia
dan sukarelawannya tidak pernah berputus asa membantu dan mendidik kanak-kanak
di kawasan sekitar.
“Saya mahu masyarakat menghayati
karya seni yang dihasikan oleh saya,” kata Dennis, penghidap sindrom Asperger’s yang tidak meletak kekurangannya sebagai halangan untuk mengejar
impian. Dennis menghidap sindrom ini pada usia 7 tahun. Namun, dia tetap
bersemangat dan berjaya menamatkan pengajian peringkat tinggi dan kini memiliki
Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka. Dengan sokongan kuat sistem
pendidikan dan kepercayaan utuh kepada Tuhan, dia mampu menzahirkan karya seni yang
kreatif.
“Tak kira ke mana anda
pergi dan apa yang dilakukan, jika anda lakukan kesilapan, jangan lari,”
ulas Phuong warga Vietnam yang bekerja di Malaysia. Menurutnya, keputusan
bekerja di negara asing bukanlah satu pilihan yang mudah. Walau tidak fasih
berbahasa Malaysia, dia tetap berusaha menempuh pelbagai dugaan tanpa gentar. Dia
amat bersyukur atas segala pertolongan rakan-rakan dan majikan baru yang
dikenali sewaktu bekerja di Malaysia. Kesemua ini membuatkan Phuong berasa dia
memiliki keluarga kedua di Malaysia.
The Best of You 2016
kali ini mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Singapura. Di Malaysia, pihak
penganjur telah menerima hampir 4,000 penyertaan
menerusi beberapa siri pameran yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur,
AEON Bukit Tinggi, AEON Shah Alam dan Gurney Plaza, Pulau Pinang. Pameran-pameran ini memaparkan kisah dan karya seni peserta yang telah
memberi inspirasi kepada pengunjung. Pengunjung menunjukkan penghargaan dan tanda
sokongan mereka dengan menulis kisah penghargaan mereka serta kata-kata
semangat untuk dipamerkan.
Bagi meraikan kisah dan
karya yang diterima, pameran finale ‘The Best of You’ 2016 telah diadakan di
ruang concourse AEON Bandaraya Melaka dari 19 hingga 23 Oktober 2016. Pameran
ini mengetengahkan kisah yang menyentuh hati dan karya-karya seni karyawan
tempatan dan luar negara, serta bakat dan personaliti yang mendapat inspirasi dari
pergerakan ini.
Fahrin Ahmad, Adibah Noor dan Chui Ling adalah artis tempatan yang turut berkongsi kisah peribadi mereka di pameran tersebut.
Dan sejujurnya, ini adalah kali pertama Misz-ella berpeluang untuk menghadiri Pameran hebat ini dan Misz-ella tak ketinggalan menyokong pameran ini dengan menitipkan sedikit perkongsian tentang perjalanan hidup Misz-ella sebagai Blogger selama hampir 10 tahun ini. Moga bermanfaat pada mereka yang memerlukannya.
Tu .. Misz-ella selitkan disitu
Pada pendapat Misz-ella, pameran The Best of You ini adalah sebuah program yang sangat bermanfaat buat kita semua. Perkongsian-perkongsian hebat oleh mereka adalah sangat berharga dan mempunyai pengajarannya. Sama ada kita sedari atau tidak, setiap dari kita mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Buatlah yang terbaik dan menyerlahlah dengan "The Best of You".
Bagi mereka yang terlepas menghadiri Pameran The Best of You 2016, nantikan pameran seterusnya pada tahun hadapan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan ini sila layari laman web www.thebestofyou.my
Bagi mereka yang terlepas menghadiri Pameran The Best of You 2016, nantikan pameran seterusnya pada tahun hadapan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan ini sila layari laman web www.thebestofyou.my
0 comments:
Post a Comment