Hello pembaca kesayangan,
Hari ni dah 10 Ramadan. Sekejap betul masa berjalan, kan. Alhamdulillah sepanjang 10 Ramadan ini Misz-ella telah berpeluang untuk berbuka puasa dengan ramai 'kesayangan'.
Ramadan ke 9, Misz-ella telah ke Shah Alam untuk bertemu dengan 'kesayangan' dari kumpulan hijau. Misz-ella panggil diaorang ni orang-orang hijau kerana latarbelakang diaorang adalah 'Landskap' .. tapi kebanyakan dari mereka telah meninggalkan bidang tersebut dan beralih ke bidang lain.
Kali ini kami ke Restoran Halia, SACC Mall (berhadapan dengan Uncle K). Yana yang pilih restoran ni kerana restoran ini ada hidang makanan 'small eats' ala-ala 'boat noodles' .. sesuai lah untuk kita yang tak makan banyak ni.
Cantik restoran ni .. 'colourful'!
Dan kami pun pilih dinding cantik ni sebagai tempat makan kami ..
Yang ni lah kitorang order - meatball, tom yum glass noodle, beef glass noodle dan popiah tu RM1.90 je sepinggan, Chicken Lor bak tu RM7.90, tambah dengan 3 pinggan Thai Chicken Basil Rice, 1 pulut mangga, 3 cendawan goreng dan 5 gelas minuman - RM87 sahaja.
Pada Misz-ella, harga makanan di sini sangat berpatutan. Restoran bersih dan paling penting, makanan dia sedap. So you all, kalau sedang mencari tempat berbuka puasa di sekitar Shah Alam, Misz-ella rekomen lah tempat ni - Restoran Halia. Buat 'reservation' dulu ye .. supaya you all tak gigit jari. Hehe.
0 comments:
Post a Comment