Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jom shopping perabot Raya di Kedai Kaki Lelong

Hello pembaca kesayangan,

Dah masuk minggu ke dua kita berpuasa. Maka kita pun mula lah berfikir akan persiapan untuk berhari raya. Baru nak fikir baju raya warna apa .. nak beli kat mana .. kuih raya nak buat ke nak tempah? Bermacam persoalan bermain di minda.

Bukan sahaja diri kita mau serba baru, rumah kita pun kita nak cantik kan jugak, kan. OK Persoalannya .. kenapa kita beria-ia menghias rumah ketika menyambut Syawal? Jawapannya senang je .. Kerana di musim perayaan ini lah kita akan kunjung mengunjung dan rumah kita akan dikunjungi oleh sahabat handai dan saudara mara. Kalau tak kerana berhari raya, jarang kita nak berkunjung ke rumah mereka, kan. 




Di dalam entry kali ini Misz-ella nak kenalkan you all semua dengan Kedai Kaki Lelong, sebuah gudang yang menempatkan pelbagai jenis perabot dari hotel lima bintang yang telah dibaikpulih dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.

Misz-ella sendiri dikenalkan dengan Kedai Kaki Lelong oleh kawan-kawan. Dengar-dengar tentang Kedai Kaki Lelong tapi tak pergi-pergi dan akhirnya pada bulan 12 tahun 2017, Misz-ella berjaya jejakkan kaki ke sana.




Ada empat cawangan Kedai Kaki Lelong di seluruh Malaysia iaitu di Ara Damansara, Seksyen 19 Petaling Jaya, Brickfields dan Seremban. Cawangan yang Misz-ella kunjungi adalah yang terletak di Ara Damansara. Lokasinya di Pusat Dagangan NZX, Kedai Kaki Lelong mengambil hampir keseluruhan kawasan parking (basement) ini sebagai gudang perabot-perabot dan peralatan lain yang dibekalkan mereka.



Antara barangan/peralatan yang boleh kita dapati di Kedai Kaki Lelong - kabinet dan ye .. kelihatan ada kepala katil (divan) di belakang tu



Sofa - single seater, double seater, three seater, L-shape sofa, lampu dan opsss .. hiasan dinding (lukisan) pun ada. Berbagai jenis corak sofa ada di sini .. nak yang kosong, berbunga, atau corak petak-petak ..



Meja makan dan meja konsol pun ada juga ..


Sofa cantik English Design 3 seater ..



Pelbagai bentuk dan saiz meja makan berserta kerusi, kabinet buku, meja kopi, lampu meja ..



Nak meja 'marble'? meja kaca atau meja kayu yang kukuh dan solid? nak kerusi berciri antik? atau kerusi moden dan biasa-biasa .. juga ada di Kedai Kaki Lelong



Meja makan cafe berbentuk bulat juga ada ..



Cantik sungguh kerusi hijau ni, kan *jatuh cinta* tapi sayang .. tak ada jodoh Misz-ella dengan dia. It was SOLD before I can own it *sad*




Kedai Kaki Lelong telah ditubuhkan sejak dari tahun 1995 lagi. Kedai Kaki Lelong merupakan pemborong yang akan membeli kesemua barangan dari perniagaan (kedai atau restoran) yang ingin menghentikan perniagaan mereka atau pun hotel yang ingin menaiktaraf hotel mereka.

Bermula dari satu cawangan di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Kedai Kaki Lelong telah mengembangkan sayap perniagaannya sehingga mempunyai 4 cawangan di seluruh Malaysia hari ini. Cawangan di Ara Damansara ini sangat besar. Berbagai jenis perabot atau kelengkapan rumah boleh didapati di sini, malah peralatan yang diperlukan untuk membuka perniagaan juga ada. Katil dan perabot bertaraf 5 bintang, lampu dinding, lampu siling, cermin dinding, perhiasan dinding, pasu, perabot pejabat dan jangan tak tau pinggan mangkuk, peti ais, sudu, garfu, gelas dan dulang juga ada. Segala-galanya ada di Kedai Kaki Lelong!

OK Now that you have known Kedai Kaki Lelong, lets scroll down the entry till the end to see what I bought there ..



Meja makan dan 4 kerusi. Yang menarik tentang Kedai Kaki Lelong ialah pembeli boleh 'mix and match' perabot yang mereka ingini. Kita boleh pilih meja makan mana yang kita inginkan dan pilih kerusi bagaimana yang kita mahukan untuk melengkapkan ruang makan rumah kita. Tak puas hati lagi?



Tukar (refurbish) alas tempat duduk kerusi meja makan dengan pelbagai pilihan kain yang terdapat di Kedai Kaki Lelong (this is what I did). Tak suka dengan warna perabot yang dipilih? Kita boleh tukar warna perabot yang kita pilih dan akan dicat mengikut warna yang kita diingini. Nothing is impossible in Kedai Kaki Lelong!



Misz-ella juga turut beli Peti ais 220L jenama Samsung di Kedai Kaki Lelong pada harga yang sangat berpatutan (RM400 sahaja)! Dan jangan terkejut walaupun ianya adalah second hand, condition peti ais adalah sangat bersih, baik dan ada warranty selama 1 bulan! Well ... huge savings for my vallet *I like*



Selain daripada itu, Misz-ella turut beli katil bersaiz Queen berserta tilam. Dah beberapa bulan Misz-ella guna .. masih empuk dan selesa. I sleep like a sleeping beauty every night with this refurbished bed and mattress from Kedai Kaki Lelong *hummm .. i love it so much lah*



This beautiful good quality refurbished bed and mattress from Kedai Kaki Lelong is only RM600! Very wallet friendly price, right!



And lastly, not to forget this beautiful dispaly cabinet or book shelf which I bought at Kedai Kaki Lelong. Ada dua warna - coklat muda dan putih tapi dah tentu lah Misz-ella pilih warna coklat muda untuk dipadankan dengan my built-in wardrobe. Guess the price! It is only RM100 readers!! RM100  only! Well .. perhaps some of you might say .. "alah .. kat Aeon or Tesco pun boleh dapat rak buku pada harga RM100-150 but wait .. look at the quality. Made from a solid wood, the display cabinet/book shelf is strong and very high quality. You cant get it at RM100  at other place lah!


Based on my shopping experienced at Kedai Kaki Lelong, this are 6 reasons why you should shop here :-

Various choices .. warehouse/showroom is huge! 
Kedai Kaki Lelong is open 365 days a year
You can Mix and match your own furniture *for living hall and dining, especially*
Friendly staffs
Ample parking in all outlets
Delivery service are available
Price are really wallet friendly




So, pembaca-pembaca kesayangan, Hari Raya  hampir menjelma. Kedai Kaki Lelong pun sedang mengadakan jualan hebat sempena dengan Hari Raya ini *ohhh ... kerusi purple tu cantiks!* Nak cari perabot hari raya? Jom kita ke Kedai Kaki Lelong. Nak mula kan perniagaan restoran/cafe atau makanan? Juga ada di Kedai Kaki Lelong. Segala-galanya ada di Kedai Kaki Lelong.

Untuk maklumat lanjut tentang Kedai Kaki Lelong, hubungi no telefon 010-2591717. Jangan lupa LIKE Facebook Kedai Kaki Lelong di sini dan layari laman web Kedai Kaki Lelong di https://kakilelong.com/







0 comments: